Hebat sangat rasa, bercuti pun ada entry kan. Kekeke! Ekceli entry ni aku buat malam sebelum nak bertolak. Malas nak tidur. So hadap la blog sampai ke subuh.
Kemana aku bercuti? Ecececeeeee... Dekat je pun, negara jiran. Haha! Jadilah. Nak pegi jauh-jauh tak mampu. Korang jangan berharap sangat aku buat entry tips2 melancong ke apa. Entry pegi Hong Kong and Shenzen pun aku tak up. Malas aku nak mengenangkan saat-saat cuti dengan perasaan mabuk yang teruk. Aku takut masa aku cerita tu aku mabuk balik je. Hehe!
Ekceli mula-mula nak ke cameron, tapi entah macam mana melencong ke tempat lain. Plan tak sampai seminggu. Lagipun dah Qery beriya2 sangat pun. Aku okey kan je. Sebab bukan selalu dia dapat cuti lama. Ni pun aku berkira-kira lagi berapa lama dia nak habis belajar. Dengar2 macam bulan 12 ni habis. Lepas tu 2015 convo. Syukur sangat dah nak habis. Kalau tak sabtu ahad memanjang kelas.
Tetiba Qery kata lepas convo nanti dia nak sambung lagi. OMG, kena mengalami balik ketiadaan Qery di rumah setiap Sabtu Ahad. Tapi takpe, ilmu tu tak pernah merugikan. Selagi mampu nak belajar, elok la kan. Aku support je. Setakat kelas sabtu ahad je pun. Dulu arwah abah aku kerja bawak lori, seminggu sekali balik rumah. Itu kalau seminggu, kadang berminggu2 baru balik. So kau takyah nak kecoh sangat ye, *berkata kepada diri sendiri, haha*
Dulu aku nak sambung belajar, mak berat hati sebab kena pergi Indon/India 2 tahun. Jadi terkubur je la. Lepas tu cerita2 kat Qery kalau ada rezeki nak belajar, Qery kata tak payah dah. Biar dia je yang belajar pandai-pandai. Aku duduk rumah jaga anak. Baiklahhhhhhhhh (-_-)
Sekurang2nya salah sorang yang belajar, tau apa aktiviti and program kat U. So anak kalau nak temberang pun tak boleh. Sekarang ni ramai anak temberang mak bapak bagi tau ada itu ini kat U, sebab mak ayah tak belajar tinggi, tak tau pun perjalanan hidup U, so percaya je la. Aku harap anak aku tak meEnipu la nanti, kalau menipu pun nanti aku tanya Qery betul ke ada dot dot dot kat U, cer cek cer cek. Haha! Almaklumlah mak nya tak belajar tinggi sangat. Siannnnn...
Eh tetiba cerita pasal lain takde kena mengena dengan tajuk. Aku memang camtu. Cerita2 lepas tu dah kemana-mana.
Aku ekceli jarang holiday. Masa tak kawin pun holiday dengan family je la. Itu pun setahun sekali belum tentu. Yang aku ingat masa sekolah rendah aku pernah bercuti dengan family pergi kelantan, terengganyu, langkawi, 2000 buat umrah, 2001 pergi Pulau Perhentian, 2013 pegi Pulau Pemanggil. Then ada la mandi sungai. Masa aku kerja memang aku jarang dapat join family trip. Tahun 2011 kot pergi HKDisneyland. Tahun lepas pegi lagi HK n China. Memang jarang bercuti. Tapi alhamdulillah dapat jgk bercuti.
Aku jenis tak kisah bercuti luar ke dalam negara. Yang penting happy and enjoy. Bagi aku kalau bercuti dengan orang yang kita sayang, tak kisah kat mana pun tetap best kan. Auwwww... Terpoyo sekejap.
Okeyla. Korang doakan la aku tau. Lepas tu doakan aku rajin nak update entry bercuti ni. Sukati mintak orang doa. Hihi! Byeeeeee
3 comments:
Assalamualaikum sepet, have fun bercuti tu.. sheila pun tak kisah cuti kat mana asalkan dapat rilekskan minda bersama yang tersayang. ecewahhh. singgah menabung ford sini ~~~
Selamat bercuti. Jom singgah blog saya dan follow..done follow sepet. Tq
Assalamualaikum,,happy holiday...rindu! rose klu login mintak2 kat dashboard tu ada nama kak sepet up entry baru..rindu nak baca bebelan kak sepet..hihihi
Post a Comment