Lama dah rasanya tak update blog.. Tapi takde la sampai kira berapa hari semua. Hihi! Rindu kat blog tu tak ada langsung. Cuma banyak sangat benda nak kena bagitau. Pasal contest tabita dah tutup. Pasal minggu lepas ada satu hari yang aku tak dapat nak pos barang korang. Hurm, banyak sangatlah benda nak diceritakan. Tapi sebab malas sangat nak layan perasaan, baiklah aku membalut barang yang korang order. Order setakat ni alhamdulillah, walaupun aku morning sickness yang agak teruk, tak dapat nak update pasal produk sangat, tetap ada customer yang order. Sekarang dah okey, barulah aku kembali normal. Kalau tak jangankan nak pandang handfon, nak charge pun aku tak kuasa. Hihi!
Buat pengetahuan korang. Abah aku Noh B. Mohd Daim dah kembali ke rahmatullah (27.9.1942 - 27.2.2014) Khamis selepas azan Asar. Ramai yang ucap takziah. Aku betul2 tak dapat nak reply kat semua orang, tapi tersangatlah berterima kasih kat semua yang ambil berat pasal abah aku, pasal aku. Yang mana-mana terus sedekahkan Al-Fatihah tu, TQ sangat-sangat. Nak ceritakan detik-detik indah bersama abah tu memang ada hasrat kat hati. Tapi memandangkan abah baru sangat meninggal. Nantilah...
Kepada yang risaukan aku, TQ jugak. Insyaallah aku okey. Keadaan ni aku memang dah redha sejak dulu lagi. Aku dah janji dengan diri akan terima kenyataan, takkan menangis depan mak dengan arwah abah. Walaupun hakikatnya aku sedih melampau2. Huhu! Tapi still aku sedar yang aku pregant, kena jaga kesihatan. Which is sebenarnya berat bagi aku, tapi biarlah roh arwah abah boleh pergi dengan tenang.
Tq sebab jadi abah yang terbaik dalam dunia.
Okeylah. Nak sambung buat kerja. Order macam biasa, korang wasap je terus 0122678134. Aku sekarang ni dah laju sikit dari dulu. Hihi! Stok semua ada. Bye
Comments
Al-Fatihah..
jaga diri ye sepet
maaf akak baru tau..patut la adik beradik awak tak update blog..
baru sgt perginya..semoga arwah ditempatkn dlm golongan org2 beriman..in syaa Allah
Al-Fatihah..semoga arwah abah ditempatkan dikalangan orang2 beriman..
hari-hari akak bukak blog korang adik beradik cuma start jumaat je x bukak sbb xde tenet kat umah.. korg b strong ok...
sedihlaa baca entry ni...
Take care
Kakak pula yang rasa sedih....sebab selalu baca cerita arwah abah sepet kat blog ni...
Al-Fatihah untuk arwah abah Sepet.
jaga kandungan ya..
doa bnyk2.. hadiah kat dia
9/2 akk kehilangan opah tersayang.. masih terasa kehilangannya..hari ni bace blog sepet bertambah sayu dihati bile tahu berita pemergian pakcik Noh..
rasa rindu pula .al fatihah:)
kite paham perasaan kamu sebab kite pun dah takde ayah 15 tahun dulu..sabar banyak2 tau..dan selalu doakan beliau dalam solat..semoga roh arwah sentiasa tenang di sana..
Innalillah, al-fatihah untuk arwah ayah kak Sepet. Semoga kak Sepet & keluarga bertabah ye. Huuu