Mar 24, 2014

Rindu pulak dahhhhh

Semalam tengok gambar kat fon, tengok la gambar yang lama-lama sebelum kawin. Ekceli gambar selfie tak banyak sangat sebab kat rumah muka agak ngeri jugak. Huhu! Tapi gambar bisnes la banyak, gambar tengah buat kerja, gambar rak, gambar barang baru sampai tengah bersepah, gambar sendiri tu memang ada, tapi macam tengah tunggu Qery datang ambik barang nak pos, atau tengah berangan depan cermin konon2 jadi artis yang tersangat popular dalam dunia, kalah la Christina Aguilera, tapi gambar tu tak boleh nak di share atas faktor2 terlalu cantik, kekeke!

Ish, rindu sangat dengan bilik aku dulu tu, walaupun bersepah. Aku rasa dalam sebulan tu ada la 3 4 hari je yang kemas. Selebihnya memang sepah gila, haha! Ini faktor malas ye, bukan lah faktor barang takde tempat simpan ke apa. Tapi aku suka je, orang kata mana-mana tempat, bilik sendiri tetap selesa. Kakak-kakak aku dulu pun suka lepak bilik tu walaupun sepah sebab ada aircond. Dorang terpaksa jugak hadap sepah tu. Kihkih! Sekarang bilik tu Ayie take over. 

Marilah tengok gambar lama-lama







Sekarang ni aku jarang lepak kat bilik, sebab aku dengan Qery tidur kat depan TV hari-hari. Kitorang beli sofa yang bentuk L tu, yang muat untuk 2 orang. Sofa lama sedekah kat orang. Tidur la kat ruang tamu. Bilik tingkat atas, malas nak naik, lagipun panas sikit tingkat atas. Qery je la rajin naik sebab bilik air dia kat atas. Bilik air aku kat bawah. Aku naik kalau nak susun baju je. Tak kuasa nak naik dengan keadaaan sekarang ni. Itupun kadang2 aku malas naik, kalau nak baju nanti aku cakap lembut-lembut anje-anje dengan Qery tolong bawakkan baju aku turun. Mihmihmih!

Orang mengandung ni mengada dia lebih sikit la orang kata. Jadi aku terpaksa la ikut apa yang orang kata tu. Muahahaha! Kaki terkena besen, lebam sikit pun aduhhhhh dia lebih. Drama okey kat rumah. Toilet bawah tu sempit sebab Qery letak 2 tong air. Ruang nak mandi tu sempit je. Kadang2 nak amik wuduk kan kita nak cuci kaki tu angkat kaki sikit kan, pun kena belok belok supaya aku dapat berdiri dengan seimbang. Tu yang asik terkena tong air, buat-buat nangis dalam bilik air sreeettt sreet bunyi hingus, Qery stress je bila aku bagitau nangis sebab kaki kena tong, hahaha!  So funny

Seronok sebenarnya buat-buat mengada ni, time ni je la boleh over pun. Kang lepas bersalin agaknya kalau nangis betul2 pun jangan harap akan dilayan. Kekekeke! Tapi Qery dari dulu kalau aku mengada2 pun dia layan jugak, sebab dia pun mengada. Lagi over dari aku okey. Dia main bola kulit dia calar sebab kawan dia tersepak kaki dia. Balik tu tunjuk kat aku bagitau sakit siap muka cebek-cebek. Esoknya aku terlanggar la tempat calar tu, dia punyaaaaaaaa aduhhhhhh tu macam apeeeee je. Siap tuduh aku calarkan kaki dia. Pastu cakap calar yang kawan dia buat tu dah hilang, calar yang ada tu aku buat. Merajuk dengan aku lepas tu mintak baju baru. Kongajo gila. Hahaha!

Eh dah la, ekceli aku lupa harini nak update. Lupa hari Isnin sebab minggu ni Qery cuti sekolah. So dia ada je la kat rumah, pagi tadi je keluar sebab nak training budak bola. Pastu kelam kabut nak update ni, aku kalau tak update sehari nanti naik lemau, mula lah malas nak update tu sampai berhari-hari. Jadinya baiklah aku update je walaupun dah pukul berapa. Bye =)

p/s : Sapa nak order barang,postage minggu ni smapai Rabu je tau, sebab Khamis aku holiday sampai Ahad. =)

*****************************************************************


Sambil Bilis Berapi Waghis Delicious ni aku rasa agak popular jugak la, sebab aku tengok kat Ig ramai je order bilis berapi ni. Orang yang pemalas macam aku patut ada stok berbekas-bekas. Haha! Ada dua tahap, kalau tak suka pedas boleh order regular, kalau suka pedas order yang extra hot. Harga pun berbaloi, 120gm Rm10 je. Pick up point kat area TM Bangsar/Rasah Jaya, Seremban. Budak asrama pun memang patut beli, agak2 boring makan lauk dewan makan, boleh la makan bilis berapi. Yang nak travel pun patut beli. Sapa-sapa je la patut beli sebab Waghih Delicious ni guna ikan bilis yang good quality dan memang sedap sangat.

Singgah
Contact : 019-3567068
Email : waghih_delicious@yahoo.com

3 comments:

Unknown said...

wahhh..banyaknya barang

Liyliz said...

suke tgk kak sepet dgn pic baby bum hihi

mizzbunga said...

Mmg sedap....kite pai breakfast..lunch..mam ikan bilis ni