Tahun ni aku ada 2 orang anak buah yang dapat resutl SPM. Ajoi dengan Angah. Aku tak tau pun berapa result dorang, hihi! Aku tak suka tanya sebab dulu aku pun tak suka orang tanya-tanya aku. Tak kisah la aku pandai ke tak pandai ke, aku tetap tak suka orang tanya. Begitu..
Aku ada 2 orang sepupu yang agak pandai. Sebenarnya lagi pandai dari aku la. Sekarang ni sorang doktor, sorang lagi kalau tak silap ahli kimia ke apa, haha, terserlah kebodohan aku kan! Kebanyakkan keputusan dorang straight A's, agak menyampah jugak bila makcik pakcik sibuk tanya aku berapa A, masa tu mestila kita fikir dorang nak bandingkan dengan anak dorang kan. Tak kisah la apa motif pun, still aku tak suka orang tanya-tanya resutl aku berapa semua, kecuali la family sendiri tanya lain cerita.
Begitulah perangai aku, kalau aku tak suka satu benda, aku takkan buat benda tu kat orang lain. Walaupun orang lain tak kisah ke apa.
Semalam tengok ramai jugak la yang up status pasal SPM. Ada happy, ada okey je, ada yang kecewa. Tak kisah la apa perasaan korang, benda dah terjadi. Jangan nak ambik pusing sangat. Yang penting lepas ni korang tau apa korang nak buat apa. Mesti kena ada perancangan hidup. Yang lepas tu ambik iktibar. Tak semestinya berjaya sekarang akan kekal berjaya, tak semestinya gagal sekarang akan gagal selamanya. Semua atas usaha masing-masing.
Aku sekolah tak pandai sangat, tapi tak la lembap sangat. Sedang-sedang gitu. Ceaaaaaa cover diri sendiri kekdahnye, hehe! Serius aku bukan budak genius. Jarang pergi library pun, apatah lagi gemar membaca. Aku tak suka membaca, tapi aku suka subject yang ada formula. Membaca agak boring la bagi aku. Macam mendatar je peginya. Hihi! Tapi kalau bab formula dia macam magic sikit, ikut je formula tu, tetiba dapat jawapan yang sama walaupun tak ikut formula. Macam eh eh terkejut, aku suka.
Walaupun aku suka, tak semestinya aku pandai... Permainannya begitu ye, haha! Masih mengekalkan kelembapan walau apa pun terjadi. So resutl aku tak kisah la SPM mahupun selepas SPM tetaplah biasa je. Dah memang aku pun malas ulangkaji, semua baca last minit, janganlah nak berangan nak dapat result yang kedebabom. Apa yang kita capai, itulah diri kita sebenarnya. Tak yah macam nak frust menonggeng sangat. Terima je.
Masa aku habis SPM, dapat result bulan 3, sama la macam korang. Bulan 6 kalau tak silap baru dapat tawaran nak masuk IPTA sebab kemasukkan bulan 7. Aku apply online kalau tak silap. IPTA aku apply, politeknik pun aku apply. Masuk bulan April, aku dah macam cacing kepanasan. Aku jenis tak reti duduk rumah tak buat apa-apa. Lepas ambik result, abah suruh aku berehenti kerja, so aku memang takde buat apa, aku lari pegi rumah Andak kat Seremban.
Aku bagitau Andak aku nak try apply swasta. Aku dah tak boleh bla kebosanan. Aku nak sambung belajar. Cepat aku masuk, cepat la aku habis. Boleh tak fikir macam tu, haha! So pegi opis Andak, dia bagi surat khabar, suruh aku cari kat ruangan kolej-kolej kot mana yang aku berkenan. So aku nampak MSU. Terus call MSU, dorang tanya result aku. Terus dorang hantar surat tawaran ke rumah. So kemasukkan lagi 2 minggu iaitu bulan Mei.
Sedang orang menunggu-nunggu tawaran IPTA, aku dah selamat masuk kolej MSU. Jenis orang tak boleh tunggu. Masa tu mak bayar RM500 untuk yuran kemasukkan. Yang lain PTPTN akan uruskan. Aku nak jadi cikgu, course yang ada TESL je. Dorang belek-belek result aku, dorang kata sesuai ambik bidang Pharmacy. Benda aku paling tak suka la aku dapat. Memandangkan mak dengan Andak buat muka setuju je aku amik Pharmacy, so pasrah le kite. *boleh jadikan alasan belajar tak pandai sangat sebab tak minat course, kenn...hahaha*
Masuk bulan Jun, mak kata aku dapat surat tawaran IPTA kat UPM course Mekanikal. Termenung aku sekejap. Tapi sekejap je la, hihi! Aku fikir mak dah bayar RM500. Walaupun korang rasa RM500 tu sikit, bagi aku tak kisah la berapa pun mak aku keluarkan, aku tak patut sia-siakan. Begitu sekali. Macam good good je, hahaha!
Nak tak nak aku kena teruskan. Mak tau kot aku macam down sikit, dia pun bagi kata-kata semangat. katanya tawaran pertama tu petunjuk Allah nak bagi, yang pertama selalunya betul. Yang datang lepas tu sebenarnya semua dugaan. Tak kisah apa yang datang, ambik yang pertama.
Kata-kata mak tu, sampai sekarang aku aplikasikan dalam kehidupan. Bila dah habis belajar, aku hantar banyak resume. Banyak jugak yang dapat. Tapi aku ambik siapa yang tawarkan aku dulu.
Aku masuk kolej awal kan, so aku habis awal dari IPTA, sebab tu masa aku dengan kawan-kawan senang dapat kerja, kitorang tak ada saingan dari IPTA, sebab dorang tak keluar lagi, kihkihkih! IPTA habis bulan 6. Graduation ofkos la hujung tahun. Aku habis belajar bulan 2, graduation bulan 3. Kawan2 aku apply kerja semua dapat, kebetulan masa tu banyak hospital kekurangan pekerja. Rezeki kitorang belajar awal.
Ini cerita aku. Macam mana aku lalui SPM yang tak seberapa. Macam mana orang yang tak pandai still boleh survive dalam zaman ramai gila orang genius. Tapi aku tetap tak paham kenapa freshy sekarang ni, dah tau sekarang ni zaman banyak persaingan, zaman orang bijak bistari, zaman susah nak cari kerja, still ada masa nak berehat, masih tak ada kesedaran nak tolong mak ayah. Kenapa eh?
So kepada semua yang ambik result SPM semalam. Rancang lah hidup baik-baik. Plan kena ada banyak. Kalau plan A tak tercapai, mesti ada plan B.
Contoh kalau korang dah apply IPTA tapi tak dapat, ada gap 3/6 bulan untuk intake ke dua, fikir dulu nak buat apa. Walaupun benda tak jadi lagi, still kena ada perancangan. Kalau tak dapat IPTA, fikir masak-masak sama ada nak ke swasta atau tak. Nak kerja dulu ke apa. Bincang dengan mak ayah. Bagitau apa plan korang, mana tau mak ayah korang ada perancangan lagi bagus. Atleast mak ayah tau korang dah rancang apa. So takde la tetiba je korang bagitau nak buat itu ini.
Aku dulu tak bincang dengan mak abah pun, sebab dorang pun jenis tak kisah. Haha! Asalkan aku tak buat benda tak elok dah cukup buat dorang.
Buat adik-adik kat luar sana, dalam hidup ni kita akan belajar banyak benda. Peribadi kita tak akan ada dalam result exam. Peribadi tu kita yang bentuk sama ada nak jadi baik atau kurang baik. Result yang baik tak semesti ada peribadi yang baik, result kurang baik tak semesti peribadi korang kurang baik. Tak kisah mana-mana korang pergi, apa je result korang, peribadi, sifat kemanusian, akhlak mesti jaga.
Kebanyakkan contoh tak baik kita boleh nampak kat facebook, ayat-ayat yang negatif tu datang dari orang yang ada didikan, ada pelajaran. Sebab apa dorang jadi macam tu, sebab dorang tak jaga. Dorang tak ada kesedaran lagi.
Adik-adik jangan jadi macam tu ye. Jadilah contoh yang baik, tunjuk contoh tu kat kakak-kakak abang-abang, adik-adik, kawan-kawan, saudara mara semua. Tak dapat jadi pandai sangat pun takpe, tapi jadilah orang yang menghormati dan dihormati.
Ecewah, tetiba khutbah Jumaat sangat kan, haha!
4 comments:
hahahaha.kak sepet ni last tu klakar.tber khutbah jumaat
Rm500 je ek deposit masuk msu? Sy kena 1k... huhu
sama!
akak memang jenis yang tak akan tanya orang atau anak orang, "sekolah dapat no brp?"
"berapa A?" semua pendek kata tak suka jaga tepi kain orang, hehehe
Klau ipta selalunya masuk kena brpa? Akak tahu?
Post a Comment