Aku kan, sebenarnya dari kecik suka bercakap. Tapi aku suka bercakap dengan orang yang aku selesa je. Masa kecik dulu asik kena marah dengan mak, haha! Sebab cakap tak berhenti, dah la asik bercakap, cakap sorang-sorang tak nyusahkan orang lain takpe. Aku ni suka jugak bertanya. Tanya soalan yang bangang pun ada jugak sampai mak aku tak boleh nak jawab.
Masa kecik banyak gila persoalan dalam kepala otak aku ni, yang sampai sekarang orang lain tak mampu kot nak jawab. Aku tanya mak kenapa hujan kita panggil dia hujan. Siapa yang reka setiap nama-nama benda. Kenapa langsir orang panggil langsir, kenapa tak panggil benda lain. Macam mana semua orang boleh setuju nak panggil laut tu laut. Siapa orang pertama yang create bahasa melayu sampai orang boleh panggil dia bahasa melayu.
Mak aku tu stress, sampai dia marah aku jangan banyak tanya. Hahaha! Kot soalan yang dia boleh jawab memang mak akan jawab. Kalau dah sampai soalan aku yang merapu-rapu tu, jawapan dia makan cubit je la. Masa mak marah tu aku memang tak puas hati sebab aku rasa aku buat salah pun. Haritu Qery tanya mak aku, mak cerita la kecik2 aku ni memang suka tanya sampai pening kepala mak. Pftttt
Sekarang dah kawin ni, Qery pulak pening, kahkahkah! Aku ni suka excited sorang-sorang kalau baca buku cerita tau. Ye la aku memang pemalas membaca pun. Tapi kalau buku cerita, kisah para nabi ke, wali ke, atau kisah teladan ni memang aku suka sangat, sebab memang dari kecik mak suka belikan aku buku cerita. Mak kata aku je yang suka baca buku masa kecik. Kesian masa kecik je aku suka, dah besar suam-suam kuku. Hahaha! Tiap kali Andak pegi tuisyen mesti mak bagi duit kat andak suruh belikan buku cerita untuk aku. So buku cerita aku memang banyak.
Bila dah habis baca, biasanya aku akan cerita balik kat mak apa yang ada dalam buku tu. Sekarang ni aku terpaksa cerita kat Qery. Kalau tak aku rasa macam tak puas hati aku sorang je tau dalam buku tu cerita apa. Kalau Qery tak ambik perhatian memang aku rasa bengang je. Haha! Semalam dia tengan buat kerja, aku pun cerita-cerite dengan dia. Paksa dia dengar sambil buat kerja dia tu. Sikit sikit aku tanya 'paham tak kite cerita ni' 'dengar ke tak ni?' Qery kang terangguk-angguk. Hishh.. Tak dengar la tu kan sebenarnya. Angguk tu jaga hati aku je. Huhu!
Kadang2 Qery ni kata aku tak matang, macam budak kecik la apa la. Sukatiiiiiiiii je. Aku kalau ada hari yang malas nak bercakap, aku tetap bercakap dalam hati. Kadang2 tengah sidai baju, nampak kucing jalan belakang rumah pun tetiba terfikir 'macam mana la perasaan kucing tu, mesti dia bosan hari-hari kena cari makanan sendiri' Lepas tu mula la tetiba terfikir jika aku seekor kucing la apa la. Nanti Qery balik aku sibuk cerita pasal kucing yang aku tengok lalu belakang rumah tak sampai 5 saat je kucing tu jalan. Tapi cerita aku tu sampai 10 minit tak habis2. Haha!
Isnin lepas aku dengan Qery melawat Kak Ida kat rumah dia, nak tengok baby. Mak Ayie Kak Ninie, pun ada sekali. Comel sangat lupa nak ambik gambar. Lepas tu main-main dengan Mia and Hakim. Qery layan Mia color. Mia ada banyak sangat buku color2. So aku pun sibuk jugak nak kaler. Tengah aku sibuk warnakan lembu tu, Hakim pun tanya aku.
Hakim : Maksu, kenapa Maksu warna lembu tu bulat2. *aku warna bulat-bulat macam pokodot tu*
Aku : Lembu ni sakit, maksu kena warna bulat2 pakai banyak warna.
Tetiba Qery cubit aku.
Qery : Oi tak baik tipu budak-budak.
Aku : Mana ada. Hihi!
Pastu sibuk cakap aku ni geng budak-budak sebab berebut nak warna dengan Mia. Eleeeehhhh.. Cemburu la tu tak dapat warna kat buku tu. Kecoh je Qery.
Semalam Qery kata, kalau anak banyak tanya nanti dia nak salahkan aku. Sebab mulut aku pokpekpokpek.
Aku : Kita dah buat peraturan untuk anak-anak, sehari boleh tanya 10 soalan je. 3 soalan kat kita, 7 soalan kat kamu.
Qery : Hoi apahal kite terlibat. Kalau dia tanya kenapa 10 je nak jawab apa?
Aku : Nanti kita cakap kat dia, tak elok tanya banyak nanti boleh demam. Fikir soalan yang betul2 nak tanya je.
Qery : Nanti kat sekolah kalau dia kena marah dengan cikgu sebab tak tanya soalan kamu jawab eh.
Takkan laaaaaaaaaaaaaa aku nak cakap macam tu dengan anak aku. Qery ni why so seriousss?? Hahahaha!
4 comments:
tak sangka ade geng..haha..sy pun dari dulu lg kalau balik sekolah excited nak cerita mcm2 kat abah pe jd kat sekolah la pe la..skrg ni husband pulak jd mangsa...kdg2 tak sempat nak tunggu balik rumah, call je terus semata2 nak cerita..padahal bkn penting pun..haha...skrg ni dpt pulak anak baru nak pandai bercakap, mulut pot pet pot pet je...hubby sy ckp, haaa tu ikut mama nye la tu...ade i kesah?? hehe...
tak pe rancang dulu nak ajar ank cam na..hi
za ni tak banyak cakap tapi kalau dengan org yang betul ngam je nak cakap banyak...tapi kalau adik lagi banyak cakap..siap suka tanya bukan2 lagi..ee...geram je rasa...cam nak cubit2 je takpun lempang laju2 je...hehe
Haa..yg pasal asal usul perkataan tu, saya kecik2 dulu pun dok tertanya2 gak, tp dlm hati je la, hehe...x tnya org lain. Cnthnya 'pokok', kenapa sebut pokok, x sebut bnda lain. Dan sape yg cipta perkataan pokok tu. Kekeke..tp sbnrya smpai skrg ni pun kdg2 tu masih lg tertnnya2 sape yg cipta smua perkataan2 tu. Hahaha...
Post a Comment