Aug 30, 2013

Sehari lagi uollsss... Hahaha!

Assalamualaikum..... 

Wah wah wah, rasa macam agak lama jugak aku tak update *padahal baru bape hari je*. Memang terkejar-kejar jugak. Semalam aku ambik door gifts yang aku tempah kat sorang kakak ni. Door gift aku simple je, takde la nak beg beg bagai. Lagipun tak nak mahal-mahal sangat *mata ke atas* haha! Sebenarnya takmo mahal memandangkan jemputan 1300 orang. So kite berpada-pada sikit. Tapi aku suka sebab aku rasa comel. Cite pasal doogift nanti la lepas kawin yeah.

So semalam akak tu tanya apa perasaan. Lepas tu ramai la wasap cakap aku mesti tengah berdebar-debar. Tapi aku tak reply pun. Haha! Sombong kann.. Tumbuk diri sendiri. Sempat baca je, tapi tak sempat pun nak reply. TQ semua yang awal-awal dah wish. Malu i. Sebenarnya, aku belum rasa debar lagi. Aku rasa nak cepat habis ada lah. Dah penat sangat dah ni. Last last minit ni ada je benda lupa. Lepas tu kena mawwaaahhh.. Padan muka aku. Haha!

So harini aku get ready menunggu orang pasang khemah, pasang pelamin, pakaikan inai, tunggu orang yang nak pasang photobooth. Semua buat harini. Sebab esok aku dah nak nikah.

Esok adalah upacara nikah, malam berinai, dan ada buat tukar-tukar baju persalinan. Aku rasa Sabtu lagi penat dari hari Ahad kot. Ahad sanding aku bayangkan biasa-biasa je, sebab buat kat rumah. Tak boleh nak over sangat. kau tu orang kampung, buat style kampung je dah la kan. Huhu! Dan aku budget, belah Qery lebih best dari rumah aku. Haha! Aku agak je la. Sebab Qery buat kat dewan kan. Boleh hias lebih sikit. So kalau ada sapa-sapa blogger yang macam tak dapat datang rumah aku, tapi nak datang belah Qery, dipersilakan.

Persediaan boleh nak dikatakan 90% kot. Selagi belum majlis, tak boleh nak kata 100%. Lepas tu kemain lagi ramai suruh bagitau budget berapa habis. Kalau nak bagitau berapa habis, aku tak rasa korang sanggup nak tau. Hahaha! Jadi, biarlah rahsia. Tapi for sure aku akan update dari mana aku amik pelamin, catering, bla bla bla semua.

Masa menjemput kawan-kawan kat spital. Mula-mula Spital Cheras, ada sorang akak ni tanya dengar-dengar aku kawin sponser ke. Lepas tu aku pergi KPJ Selangor, pun bos aku tanya aku kawin sponser ke. Hahaha! Terus aku feeling artiss sambil libas shawl. Yela mungkin disebabkan dulu aku selalu jadi model dengan Pameran Pengantin Malaysia, so maybe orang ingat aku kawin nanti akan ditaja la. Untungla ye kalau ditaja. Hihi!

Namun begitu, aku bukan seorang artis. Jadi jangan bermimpi sedemikian rupa. sob sob sob. Dulu memang ada satu butik nak taja pelamin. Tapi bila bincang2 dengan Qery, lagipun dah tengok contoh pelamin yang dia buat. Macam takde memenuhi kehendak dan piawaian aku. Jadi kite tolak je. Kang aku setuju nak amik pelamin dia, lepastu aku bagitau nak macam tu nak macam ni, kalau tak puas hati dengan pelamin, tak boleh nak komplen, sebab free ken.. Jadi baiklah kite upah orang pasang pelamin. Kalau tak puas hati boleh komplen. Gitu. Hihi!

Perasaan aku sekarang, belum berdebar lagi. Still rasa biasa je. Cuma penat tu takyah cite la ye, semua orang pun akan rasa benda yang sama kot. Huhu! Eh okeyla. Bye bye bye =)

Aug 26, 2013

Separuh dah kemas

Start Sabtu lepas aku dah siap packing 3/4 barang-barang dalam bilik. Letak dalam kotak. Supaya bilik aku clear dan senang nanti nak kemas. Almaklumlah, dah tak sabo nak berambus katanya. Hahaha! Mak aku kata dah tak rela nak tinggal sini. Mihmih! 

Aku rasa bukan aku je yang excited lepas kawin  nak tinggal dengan family sendiri. Semua orang kot. Bayangkan, masa kite kecik-kecik, bila mak ayah benarkan pergi camping, seminggu sebelum tu kite dah siap-siap kemas barang. Normal lah kan. 

Macam aku dulu, sebelum dapat masuk teknik, seminggu tu aku dah siap asingkan baju apa nak pakai, bawak apa yang patut. Sebab excited dapat hidup sendiri. Benda normal. Cuma mungkin keadaan dan situasi yang berbeza. Jadi perasaan tu pun lain sikit.

Tapi aku paham la, sebagai parent mesti akan rasa sayu hati. Hihi! Lebih-lebih lagi aku yang last dan kebetulan menjadi anak kesayangan *lantik sendiri* haha!

Sabtu lepas kakak-kakak aku datang tolong pasang langsir baru. Ahad pulak dorang dah alih-alihkan barang. Kemas rumah semua. Oh terima kasih lah banyak-banyak. Huhu!

Sekarang bilik aku masih ada rak-rak tu. Cuma rak tu separuh dah kosong. Sebab aku dah bawak separuh masuk dalam kotak.Tak sanggup aku last minit bawak banyak barang. Jadi aku jual apa yang aku ada sahaja. Apa yang aku takde, aku still jual. Tapi aku akan pos selepas setel majlis aku. Gitu.

Stok pun sejak minggu lepas aku order sikit-sikit je, sebab tak kuasa nak simpan barang banyak-banyak. Kang tak pasal lagi tambah keja aku nak packing stok. Lagi seminggu ni ada stok yang dah habis pun aku biarkan je, Nanti la lepas setel semua, baru order balik. Jangan menyusahkan diri sendiri. Huhu!

Memangdangkan customer tertanya-tanya bila last aku amik order. Dan setelah aku berbincang dengan Qery.

Last Order adalah pada : Rabu 28.8.2013 , jam 5 petang. 
Tutup kedai dari : Khamis 29.8.2013 sehingga Selasa 3.9.2013
Bukak semula kedai pada : Rabu 4.9.2013

Kalau korang tetiba nak bayar masa kedai tutup pun aku tak kisah. Cuma pengeposan tu still on Wednesday 4.9.2013 tu la.

Kerana aku tersangatlah gembira kerana tak sampai seminggu je lagi majlisnya. Dengan ini aku nak buat HAPPY HOUR.

HAPPY HOUR tu akan diumumkan pada jam 12 tengah hari sampai jam 3 petang SAHAJA.
Sapa nak tau, nanti tepat jam 12 tengah hari, terus bukak blog aku k.

Kbye =)

Aug 25, 2013

Dots Dots Part 1

Lepas raya, memang jangan harap lah berat badan turun. Lagi-lagi hormon aku sekarang ni asik nak melantak je. Tapi dek kerana nak muat baju baru. Aku paksa-paksa diri supaya jangan nak kong ajo sangat. Kawal sikit nafsu tu supaya muat baju ni sampai bila2. Gittew

Baju dari Dots Dots

Ofkos la aku kena pakai inner kan. Mihmih!

 Muka nampak sangat macam kena tahan napas. 

Tembam gila pipi kau.
Kulum rendang ke apa tu? Huhu!

Cantikkan baju ni, ada banyak sangat warna lace yang cantik2.

Kalau nak baju yang sama macam aku KLIK SINI

Ada banyak size ye. Tapi baju kat Dots Dots memang banyak cantik2. Tak cayaaaa sudah. *jeling*

Instagram DotsDots : http://instagram.com/ilovedotsdots
Facebook : https://www.facebook.com/dotsdots11
Website : http://www.dots-dots.com

Aug 23, 2013

Bulgogi Bibimbap sedapppppp gila kat Midevelley!

Baju dan Palazzo from Pretty Chase =)

Haritu jalan ke Wangsa Walk. Jalan punye jalan punye jalan. Rasa macam takde apa, padahal banyak je kedai kan. Kekeliruan sungguh. Adakah aku dah masuk fasa makcik-makcik.

Mungkin sebab takde benda nak dibeli, jalan jalan takde hala tuju. Tapi memang ramai la budak sekolah kat situ. Amboiiii budak2 sekarang ni. Merayap je ko kan. Duduk la rumah baca buku ke. *terserlahkemakcikkanku*

Tapi serius la. Kaya kot budak2 sekarang. Ada duit nak jalan-jalan shopping complex. Ada yang siap bawak awek belanja itu ini, pakai baju sekolah lagi, kerlasssssss.. Untunglaaa. Aku dulu shopping complex setahun sekali je kot baru jejak kaki. Duit pun takde kenn.. Takyah nak berangan sangat ye. Hihi!

Eh sapa pernah masuk kedai Nike yang dua tingkat kat Midvelley tu. Haritu aku masuk sana. Pekerja dia hensemmmmm OMG. Tapi budak la. Aku rasa mungkin muda 3 4 tahun dari aku kot. Dah lama aku tak jumpa lelaki hensem depan mata. Kahkahkah! Apa yang lebih memeranjatkan *ranjatlahsangat* Muka budak tu lebih kurang junior aku masa form 4. Dan dannn je lebih kurang kannn. Pftttt

Lepas tu makanlakat Bulgogi depan kedai Nike tu je. I kan tekak Korea. Qery tak suka aku pedulik hape.

Dulu aku makan Chicken Bibimbap kan. Kali ni nak try Bulgogi Bibimbap. Kat Midvelley punye memang terbaik. Sedap tak terperi.

Korang kena try kat Midvelley tau. Tempat dia kat foodcourt lama tu. TIngkat atas sekali. Dulu situ ada foodcourt kan, sekarang dah takde, depan kedai Nike.


 Aku makan memang gelojoh gila. Haha!
Sebab memang sedap sangat. Try Bulgogi Bibimbap okeyh

 Kenyang Alhamdulillah

Lepas tu jalan tahan napas, sebab perut buncit. Kbye

Aug 22, 2013

Untungnye dapat jam RM10K


Ko nampak jam kat atas tu? Satu tu RM10K kot *lappeluh*. Selamber je Celcom Xpax nak bagi kat customer dia. Orang biasa macam aku, nak kumpul RM10k, memerlukan masa yang tak tau laaaa bila boleh kumpul ni kan. Tapi memang bahagia sangatla kalau tiba-tiba dapat barang bernilai RM10k. Panjatkan kesyukuran sungguh la kan. Mihmihmih!

Sapa pelanggan Celcom Xpax, jangan lepaskan peluang tau. Rugi la kalau tak join. Senang je.

Top up RM10 dua kali sehari. ATAU Top up RM30 sekali sehari.
 
Dan ada hari yang tak tau la bila, Celcom Xpax akan bagi jam berharga RM30k *pitam*

Sempat lagi nak join, valid sampai 31 Ogos ni k.

Maklumat lanjut, silakan ke


#TIMETORELOAD

Aug 21, 2013

9 hari lagi. Apa perasaan aku

Tiba-tiba rasa cepat gilaaaaa lah masa ni berjalan. Dulu masa kawan-kawan nak kawin, dorang kata nerves, perasan bercampur-campur, happy, cuak, takut, seram, blur, hiba. Ewah.. Hibalahsangat. Hahaha! Sekarang aku dah dapat rasa. Tapi perasaan aku more to tak dapat terima. Pfftttttt

Macam, eh eh. Macam mana nak hidup berdua ni. Pukul berapa nak kena bangun. Nak masak apa? Fikir pasal masak. Tekak aku dengan Qery memang tak sama langsung kot. Kang aku je feeling2 sedap. Oihh... tak boleh tak boleh.

Pastu nanti susah la nak tengok CD korea malam2 *sengih2kambing*.

Yang paling aku susah hati adalah. Qery tu pembuliiiii.. OH TITAKKKKK...!! Mesti dia minum sehari guna lapanbelas cawan, lepas tu letak atas sink. Cuci cawan sambil keluar air mata la iolls. Huhu! Aku dah terbayang2 dia campak kat muka aku baju kotor dia. Lepas tu nanti mesti dia sengajaaaaa letak lipas dalam bilik air. Demmmmm!!

Bila dah dekat tarikh ni, teringat-ingat masa mula-mula kenal dulu. Sememeh gila kot. Masa aku tingkatan 2. 11 tahun yang lepas. Ofkos la sememeh. Qery pun sememeh dan gila. Aku sememangnya ayu dulu kini dan selamanya *jeling*

Teringat masa Qery layan aku macam adik adik. Ye la adik, beza 4 tahun kan. Plus dia takde adik perempuan. Form 2 i tak jelita lagi tapi tataaaaap comel. *matakeatas*. Pastu masa tingkatan 5 dia datang raya rumah. Memang takde la perasaan nak bercinta ke apa. Sebab aku rimas gila dengan Qery. Asik nak ngorat aku je. Auww!! Perasan gila. haha!

Paling nampak sangat dia nak ngorat adalah masa aku tengah sweet19. Ajak aku dating. Percubaan nak pegang jari i. Kahkah! So funny... (*_*)

Lepas tu gaduh beriye2 sampai delete no telefon. Pastu baik balik. Motifff sangat la gaduh sentap sampai delete no telefon ken. Darah muda lah sangat. Dah baik, terus melekat sampai sekarang. Melekat??? Itu dah macam kembar pulak. Pape la. Huhu!

Since memang dari dulu lagi gaduh baik balik happy gaduh lagi apa la punye perangai. Masing2 tau perangai buruk masing2. Aku memang baran kalau lapar. So Qery dia akan lebihkan kesabaran dia kat situ. Qery pulak baran tak menentu. Jadi aku memang get ready je kesabaran. Tapi kalau dua2 baran. Of aaaaaa teponnn.. Hahaha! 

Dulu selalu stress sebab asik gaduh je kan. Aku je asik mintak clash. lepas aku aku. Hahaha! Itu 2 tahun pertama la. Lepas tu aku dah macam redha je. Stress pun mampu buat muka toya. Gaduh dah tak off fon dah. Rilex je tengok CD korea. Paling busuk pun aku tidur je. Esok pagi buat-buat tak tau. Hihi! Sebab kadang2 gaduh memang entah papeeeeee je la. Angkat tepon lambat pun nak merajuk la. Balas mesej lambat pun nak jadikan isu. Haha! Ngade Qery tu.

Tapi dalam beberapa perangai busuk dia. Ada beribuuuuuu perkara baik pasal Qery yang buat aku jatuh cinta. Aummmmm!! Haha! Tak nak la cite, kang korang muntah pulak. Aku takmo bertanggungjawab. huhu!

Tak kisah la apa pun, tapi yang pastinya. Qery bukanlah cinta pandang pertama. Ini dah berapa kali pandang. Aku pun tak tau. Huhu! Tapi aku start suka dia bila dia mintak iolls jadi gf dia.. *tundukmalu2*

Duluuuuu...masa aku ada pakwe, kite macam suka sama suka,so terus la paham-paham kan. Terus macam i miss u, i love u. Lempang tau la. Haha!

Yang dengan Qery ni, aku bukanlah kata aku tak suka dia, cuma kite masih ada feeling2 kawan + suka. Macam suka berkawan dengan dia sebab dia funny dan poyo. So bila dia tetiba mintak 'keluar dengan dia sahaja, jangan keluar dengan lelaki lain' Aku rasa macam.. kamu yang bawa ku terbang. Pfttttt. Serius ke main2 mamat ni. Kennn...

And dia punye reason n bukti yang dia tak macam lelaki lain. Wahahaha! So kelakar bila ingat balik. Janji lelaki selalu tak boleh pakai sangat. So aku memang query la bila dia kata dia tak main-main, ofkos semua lelaki pun cakap macam tu dengan aku dulu.

Alasan dia apa... Dia tak berani nak main2 dengan aku sebab family aku semua kenal dia, kawan baik dia pun macam ada talian sikit dengan family aku. Walaupun takde la tali sangat. Tapi kiranya macam, kalau dia mainkan aku, dia komfem kena belasah la. Gituuuu.. Belasah lah sangat. Ingat family aku ni jenis campur tangan ke ko nak putus ke, nak gaduh ke, ko punye pasallah. Ada aku mengesahkan?? Haha!

So bila gaduh, mesti ayat kitorang macam ni. 'Eiii kenapalaaaaaahhh kite kapel dengan kamu ni??!!' Itu je la ayatnya. Kalau bukan dia cakap, mesti aku. Haha! Baru2 ni lagi tak boleh bla. Qery tak puas hati sebab aku selalu tak nak dengar cakap dia.

Q : Cuba la dengar cakap. Degil la anak Noh no 9 ni.
S : Biaaa aaaaa. Dah la pakai perfume tak wangi *dah takde idea nak melawan, haha*
Q : Eiiiii.... Geram betul la. Dah la kamu tu terlalu cintakan kite.

WT.......????

Memang takde kene mengenaaaaaaa entah. Tetibaaa je cinta kan. Terus aku buat2 tidur sambil senyum. Itu namanya tidur dalam imannnn...

Bila kawan2 tanya aku jarang gaduh dengan Qery. Eksekiusmi. sehari tak tau la berapa kali gaduh, tapi kejap sangat. Kadang2 sampai penat dah cari pasal. Aku jeling je. Mata je gerak. Jadilaaaa.. Asalkan isytihar gaduh. Mihmihmih!

Sekarang? Nak kawin?? Betulke ni?? Aku tak tau macam mana nak layan Qery elok-elok. Tak menjawab cakap dia. Oh pening terus. Ok fioneee tak boleh menjawab cakap dia. Fioneeeeeeeee. Tuhan tabahkan lah diriku ini. lalalalala~~

Tak sampai beberapa hari je. Selama ni aku berkawan dengan dia, tiba2 kena jadi bini dia.. Apa yang paling best adalahhhhh

Aku boleh jalan-jalan luar negeri bersamaa samaaaa. Yeayyyy!! Selama ni macam nak gi bercuti, tapi tak boleh je sebab tak kawin lagi kan. Kawan2 pulak macam tak berapa nak ada. Huhu! Lepas ni boleh la pusing 1 Malaysia. *angkat2kening*

Semalam aku tanya Qery, perkara pertama dia nak aku buat. Ko tau apa??

Nak aku bancuh Kopi.

Kopi???

Seumur hidupku, aku tak pernah buat air kopiiiii...!! Sebab aku memang tak minum kopi!!

Arghhh!! Ko tengok, dia mesti dah fikir macam macam perkara nak buli aku....tsk tsk.

Takpelah, nanti aku cari resepi buat air kopi. Ada sapa-sapa up entry macam mana nak buat air kopi tak?? *duckface*

Sampai sini sajalah perasaan aku. Yang mana aku tak perasan sangat tu. Aku harap aku tak perasan lah sampai bila2. Kbye

Raya Hari Ke 4.

Takyah nak hari keempat sangat eh. Huhu! Sebab aku awal2 pagi dah bertolak ke KL. 

Adik beradik lain still kat kampung la, dorang beraya + menjemput. Aku berambus pagi tu dengan abang n abah. 

Masa berenti kat RNR, boleh pulak laaaaaa kete tak boleh start. Adoi.. Walaupun kereta tak boleh start. Daku tetap membuta dalam kereta macam orang takde masalah. Hihi! Sebab aku tau, aku risau pun enjin kereta tu takkan hidup dengan sendirinya. Baik aku tido dan bagi abang aku setel pelan2.

Lepas toink toink datang, bayauuuu RM20, enjin pun pulih. Kami teruskan perjalanan. Sampai rumah dalam pukul 12 tengah hari camtu. Aku terus siap2, nak dating dengan pakwe.

 Baju yang cantik dari Whitesoot
Skirt dari Pretty Chase


Skirt yang aku pakai tu dah sold out, tapi korang boleh try tengok kat Pretty Chase ada design lain. Aku tunjukkan beberapa eh.



KLIK SINI untuk details

Haritu aku pergi amik cincin Qery. Buatnya dah lama. Orang tu dah tefon banyak kali kot. Baru hegeh-hegeh nak gi amik. Masa amik cincin tu, stress je tengok harga emas RM145. Nak beli tapi tak mampu. Kite tengok dari jauh je.

Eh jap jap, tetiba lari tajuk sebab baru teringat. Dari start aku pakai beg ni, ramai yang nak beli design sama tapi tak jumpe kan. Korang jangan tanya aku, sebab beg ni mak sedara Qery yang beli. Iolls tukang pesan-pesan je. Tapi card segala dah buang nama beg tak ingat. Haritu ada sorang readers bgtau nama beg ni. So korang boleh try mintak kawan2 kat oversea tolong carikan.

louis vuitton monogram canvas tulum gm bag

Tapi dia bagitau, kat Malaysia dah discontinued. Aku tak tau. Korang pandai2 la cari ye. Aku beli pun dah 3 tahun lepas punye. Huhu!

Ok berbalik kepada cerita tadi. Lepas amik cincin, bajet nak tengok wayang. Tengok2 timing dia cam tak sesuai.Tak jadi tengok wayang.  Kite gi beli barang2 sikit. 

Tak plan pun nak beli frame. Tetiba lintas satu kedai yang jual bingkai ayat2 Quran ni, tanya2 harga, OMG murah kot. Terus stuck kat sana 30 minit. Haha!


Aku amik yang murah2 je, takdela amik yang cantik gila ni, yang cantik gila ni lebih RM1k..Tak mampu iolls..

Kalau korang tinggal area balakong, pegi kat Aeon Big tu, naik tingkat atas. Korang pusing la atas tu, ada nama kedai dia Bingkai Ijib kot. Lebih kurang la, aku tak ingat.

Malam tu ada beraya lagi, tapi takde gambar, so malas nak cerita.  Huhu! Kla. Bye

Aug 20, 2013

Raya Hari Ke 3 (Part 2)

Selepas raya rumah Maklong yang best tu, pastu mak ajak raya rumah Pak Unggai. Aku tak sure la camne nak sebut, tapi lebih kurang gitu la bunyinya. Pak Unggai ni sepupu abah. Panggil Unggal sebab rasanya anak tunggal kot. Insyaallah betul la tu. haha!

Bukan tiap2 tahun pun raya rumah Pak Unggai, tahun lepas pergi tapi family dia takde rumah, dua tahun lepas rasanya nak pegi, tapi macam penuh gila rumah dia. Rumah Pak Unggal OMG cantik sangat. Aku kan tak berapa nak kaya, bila masuk je rumah dia, terus feeling2 anak orang kaya. Tapi feeling tu bersifat sementara je. Sebab manusia harus berpijak di bumi yang nyata. Mihmihmih

Gambar dalam rumah taktau la kat kamera sapa. Tetiba je gambar kat luar rumah dah. Huhu!

Lantakkan.

 Nenek tu adalah Mak Pak Unggai.

 Mak n Pak Unggai sangatlah cantik dan hensem tau.Anak dia pun cantik. Sorang tu sebaya aku, tapi memandangkan aku tak tinggal kampung,jadinya takde la rapat gila. Tapi aku tauu la ada sorang anak Pak Unggai sebaya aku. Gitu...

 Cantikkaaaaannnn..


 Abah kiteeewwww dah naik 2 kg uolls. *tepuktangan*

 TQ Farhah and Farihah sebab nak tak nak kena layan dua pupu dia yang poyo ni. Haha!

 Tahun depan insyaallah kite jumpe lagi ye

Pastu ke kenduri rumah saudara mak. 


 Macam makcik2 je aku, walaupun begitu, adakah aku kesah??
*mata ke atas*

 Perempuan ni, kat mana2 pun dia makan

 Lepas dia dia, lepas dia dia, aku dah berapa rumah pun tak makan2 lagi. Sebab aku rasa pagiii lagi walaupun dah pukul 2 lebih masa ni.

Dah edarkad kawen, pastu kite berambus. Ada makcik tu, masa mak bagi kad. Dia boleh kata camni kat aku.

'Ni anak kamu yang masa kecik gemok tu kan'

Pfttttttt

Sangatlah depan depan. Haha!

Pastu beraya rumah kawan baik abah.

 Aku suka raya rumah kawan baik abah ni, sebab dia betul2 baikkkkk. Dulu rumah dia ada pokok rambutan. Tahun ni cam takde je. Nasib dia ada masak tomyam kegemaranku. =P



Pastu beraya rumah Ayahcik pulak. Kali ni Ceera dah sampai. Boleh join beraya sekali.
 
 Ustajah Jemah bertudung biru di belakang. Huhu!

 Ok ni memang over. Hahaha! 

 Aku tak pasti kenapa aku macam tu. 

(-_-')


Pastu dah penat beraya. Marilah kite pulang ke rumahhhhh.

Habislah raya ke 3 ku dikampung. Kerana Subuh esok aku nak bertolak balik rumah. Nak dating la, i dah windu windu dah kat anje i tewwww. Auw!! Muntahh sangat. Haha! Kbye

Aug 19, 2013

Raya Hari ke 3 (Part 1)

Kalau dah part 1 tu, haruslah kena ada part 2 kan. Ceritanya tak panjang, tapi gambar kemain banyak.

Hari ke 3 ni dah bertukar korum. Ayie dengan Kak Ninie dah balik Johor. Diganti pulak dengan family kakcik. Ode dengan Atam petang baru sampai. Pagi tu pukul 9 macam tu aku dah siap2. Aku siap awal kot. Ini memang jarang berlaku. Huhu!

Dah kerana awal nau siap. Marilah kite ber OOTD.

 Baju dengan Skirt ni dua2 dari Pretty Chase

Skirt dia memang selesa gila. Dia kembang kat bawah. So bila jalan ala-ala princess. kembang2 gitu. Baju dia tu nampak besar kan. Sebenarnya kat bahu ngam-ngam. Memang jenis kembang bawah.Tapi selesa sangat. Korang boleh singgah Pretty Chase tengok. Rasanya ada lagi stok.


 Akak,Kakcik,Emak dan Ika

Pastu semua orang nak gedik2 amik gambar.Korang tengok je la ehhh


 Amboi akak sapa yang lentik tu. Huhu!



 Pastu gambar2 ni masuk wasap family, saja nak menjeleskan adik beradik yang tak sampai lagi. Haha! Sapa datang lambat, kitorang tinggalkan je. Kami beraya duluuuuu..bai bai.

So rumah pertama raya ke tiga adalah rumah Maklong ku sayang. 

 Maklong ni kalau masak mesti sedap kedebabom tau. Adik beradik aku ni memang la pelahap tak terperi. Terus duduk makan bersila tak pandang kiri kanan. Iolls pagi enjin tak berapa nak panas. *padahal memang tak makan pagi* Jadinya, aku minum sambil makan kuih je

Pastu ajak dorang bergambar kat luar.

 Itu abang sulung aku tau.

Drama gedik pun bermula










Ok. Dah puas gedik. Kite gi beraya rumah ke dua pulak

p/s : Visit Pretty Chase =)