Aku tak tau la sejak bila KFC tukar kan set Spicy dia kepada set Korea ni. Dah lama la kot, tapi aku baru lagi cuba. Ayam dia rasa ayam la kan. Hihi! Tapi aku tak suka dia punye sos tu, macam manis madu. Makanan manis2 ni tak boleh masuk ke tekak la. Nama dah korea kan, tetiba manis pulak. Potong betul. Lepas tu aku tanya la bila spicy nak masuk balik, kakak tu kata mungkin bukan 8. Perghh..lambat lagiii... Makan original je la lepas ni. Huhu!
Sapa yang suka manis2 boleh la try.
Semalam pos barang macam biasa. Yang luar biasanya sebab aku bawak 10 jar aurawhite, sebab nak pos kat customer, dia beli borong kan. Ingat nak beli la kotak kat pos laju tu, ada kotak tu RM30 je. Sekali dorang kata kotak dah habis. Mangkuk betul. Terpaksa la balik rumah, balut pakai plastik hitam je. Aku memang ada plastik hitam besar gila untuk balut barang, tapi aku malas guna sebab kalau pakai kotak lagi jimat kan. Boleh pulak habis. Tak pasal2 pos dua trip.
Dah la jalan kat KL ni agak tak munasabah.. huhu! Geram betul. Balik tu terus feeling depan cermin. Terapi diri sendiri.Hihi!
Aku upload gambar ni kat IG, ramai kata macam Jemah.
Biase leee..adik beradik pun kate....tapi ofkos la Jemah lagi tinggi. Pfttt
Cantikkan seliper ni, seliper ni free gift tau. haha! Sapa beli banyak-banyak dapat seliper homei.
Tengah berangan bajet kurus, sekali mak masuk bilik. Mintak tolong lumurkan sesuatu kat rambut dia. sesuatu tu adalah lidah buaya + inai + limau + santan yang di blender bersama-sama. Mak aku memang jaga rambut sejak azali lagi.
Sekarang ni tangan aku masih bau sesuatu. hihi! Pekat gilaaaa la bau inai ni. byeeee
16 comments:
assalamualaikum, bulan 8? mmg masak ayam goreng sndri ler gamaknya. hahahahaha.
hmmm.. rindu hot and spicy dah ke?
mmg tak sedap... bila lapar mintak yg spicy dpt plak yg korean tu...isk, marah betul... cepat la spicy masuk balik kfc
ehh .. mak ko nyerinai tuh utk aoew ehh ?? lebat kn rmbt kew ?? betol2 .. mmg xsedap pon kfc korea tuh .. dia jz letak sos apew nth kt atas ayam spicy tuh ..
pedass langsung tak sedap,takde selera nk mkn kepsi dh skg,nsb baik ada wedges sebagai pengubat hati duka
tk sedaappppp
Sedap jugak tapi better spicy yg dulu...
bulan 8 baru ada yng spicy? lpas bulan 8 la baru pergi kfc..hehe
Aah mmg xsdap..nk abiskan 2 ketul pn cm tpksa je huhu
samalah dik..akak pun dah malas nak g kfc tu sbb spicy takdok..hehehe
kfc dkt sini macam kedekut sos jadi takdelah rase manis sgt. tapi tetaplah rindu hot n spicy.
Sepet,kat sabah tmpt akak ni..ada je hot&spicy.korean da x da.maybe sb permintaan x da kot.hehe.meh la mkn kfc kt sabah *x da keja kan smata2 kehepsi..hehe
Heh.. Sib baik saya pnggemar kfc original Dr dulu. Spicy pun x suis.
nasib dekat kuching nie dah ada balik yang spicy hahah mungkin tak der sambutan kot tu depa tukat cecepat
Isnin nie dah keluar balik hot and spicy lama.... tp edda tahu isnin nie area Seri kembangan memang akan out hot and spicy lama....=)
Ak pun bru mkn sabtu ritu. Serius tak best langgggsung
Post a Comment