First Time Makan Burger Bakar Abang Burn. Terbaik!!

Minggu lepas Ceera weechat ajak makan burger bakar abang burn. Aku macam blur-blur. Burger bakar?? Aku kan tak gemar makan burger. Sebab burger kan terdiri daripada roti. I is tak minat roti sangat. Lepas tu Ceera pujuk-pujuk cakap jom la lepak, Jemah pun ada sekali...Sajaaaaaa je tau minah ni. Aku pun hello hello la Qery, tanya kot kot dia nak join tak. Sekali Qery kata dia selalu lepak tampat tu. Apa lagi Kita ON saja. Burger pun burger lahhhhh.. Nampak tak macam redha je. Haha!

Mula sampai, amik gambar dulu. Perempuannnnnn...biasalahhh...

 
 Ceera and Me =)

Jemah and Me =)


Seronok dapat lepak sama-sama. Gosip tak habis-habis. Cerita pasal life masing-masing la banyak pun. 

Mula-mula, masa korang datang sini, korang kena pilih meja dulu, sebab kat meja ada no. Lepas tu korang beratur, sebab masa beratur tu, korang akan diberi menu. Lepas tu korang order kat situ, bagi no meja sekali. Dan boleh duduk diam2 kat meja sambil tunggu burger. Hihi!

 Maaflah, aku kalau amik gambar, kalau tak gegar, memang tak sah. Ceera pun tak suka kalau aku amikkan gambar. Huhu! I tak tau la..nebes kot. Huhu!


Mula-mula aku pikirkan, abang ni saja la letak nama dia burn, sebab dia bukak kedai burger bakar, sekali memang nama dia Bakar. Miahahah. Eh tergelak pulak. (*_*)

So funny and homei, kebetulan nama dengan kedai sama. Kalau abang Burn letak nama kedai Burger Bakar kuasa dua pun okey... pfttt... Matiklah kalau owner dia baca.. Ada sapa-sapa kenal abang burn, mohon jangan disebarkan..i tatut tangat. Hihi! 

*tetiba nama abang burn bukan bakar kan,  

Kat sini pun ada meatball tau. Meatball dia toksah cite la. Sedap. Pedas. Daging dia tu.. Marvelesss..Aku tak pernah makan meatball. Ini pun festaim jugak.


Aku tanya-tanya pekerja kat sini, katanya semuaaaa daging kat sini, adalah 100% homemade. Memang tak boleh dapat kat mana-mana. Tengok balik gambar ni, rasa nak ajak Qery pegi lagi je. Sebab dekat je kannnn..mihmih!

 Nampak tak peluh-peluh tu.

Rasa dia, memang terangkattt...haha! Dengan sos yang sedap, pedas, panas. Siap jeling Qery suruh dia jangan habiskan. Kekeke!

Sampai-sampai je burger bakar.. Hamik kau.. Kami sefamily ada 5 orang kan. Apa lagi, Juling mata kejap.

Beef burn cheesy. Harga RM9.50
Ini Qery punye kalau tak silap.

Chicken burn special . RM11.50
Ini Jemah punye.

Burn cheese Kambing bako, RM11.50
Abangndak order. Dapnyeee la haiii

Supremo beef cheese, rm10.50
Ceera punyeeeeee....

Burn Leleh. RM9.50
Aku punyeee. Memang meleleh ailioq..haishh.. Sedap tak terkata. Memang kena dengan tekak aku. Aku suka pedas. Yang ni memang betul betul black pepper. Peluh-peluh aku.

Bergambar dengan Burger dulu, sebelum Ceera ngap. Haha!

 Aku tak suka roti kan... Aku rasa semua orang tau. Tapi ko tengok...Memang habis roti tu. Sedap, kalau burger dot dot. *nama syarikat dirahsiakan* muahaha, mesti aku tak makan roti dia. Macam bagus je aku. Lempang tau la..

 

Lepas tu kita buat round la, apa lagi. Tengok tukang masak dia, semua bersih. Jangan risau ye semua. Semua pekerja dia peramah hamat. Ko tanya la apa pun, mesti dorang jawab dengan senyuman. Aku hampir-hampir jatuh hati dengan salah sorang mamat kat sini. Auww! Haha! Sekali tengok Qery kat sebelah....Pftttt



Antara soalan aku haritu kat dorang, kedai ni bukak EVERYDAY. Start pukul 5 petang sampai 12.30 malam. Ada 14 cawangan di selurun Malaysia. Yang aku pergi ni dekat je dengan rumah aku. Burger Bakar Abang Burn Dagang Avenue. 

Pastu tak boleh bla, Burger Bakar Abang Burn ada Facebook Hokeyhhh...Stakat ni dah lebih 100 ribu orang like. Terbaik. Aku je yang baru tau. Sebab aku memang diketahui umum slow sejak lahir. jadi mungkin dimaafkan. Hihi! Korang tak caya boleh KLIK SINI .

Pastu ada website jugak, kot kot sebelum sampai Burger Bakar Abang Burn ni, korang boleh usha menu dulu. Nanti masa beratur takde la kelam kabut sangat kan. Pastu nak tengok lokasi terdekat semua ada kat website abang burn.
www.abangburn.com

 Korang yang macam aku, yang takpernah cuba tu. Boleh la cuba Burger Bakar Abang Burn. Meletopssss!!

 Tengok muka i happy kan.

Tempat dia memang macam santai je. Sesuai la kalau sefamily nak pergi. Kalau nak lepak dengan kawan-kawan pun okey.

Tak kisah la. Yang penting burger bakar dia SEDAP.

Jom Burger Bakar Abang Burn malam ni..ada beran?? huhu
=P

Comments

Shima Mazlan said…
aku selau baca org nyer status psl burger bakar abg burn ni .. nk try tp xsempat ..asyik bz jew .. hewhewhew .. one day nk g jgk wlaupon xtaw jln .. hihihihi
NinaAz said…
Abg burn ni ada d cheras perdana. Hihi
Unknown said…
makan burger bakar abg burn dkt ampang tu ker.....hehehe...ada sorang crew kat abg burn tu namanya firdaus @ aus (sepupu husband. pernah sekali jer mkn kt situ....burger bakar abg burn kt ampant tu mmg terbaik tp kalau kat shah alam tu kurang skit la.....
Syamimi Saad said…
sepet makin comel la.. =)

Ya Allah..sedapnya bger tu.. terliur tgk.. tak pernah pun rasa lagi..ntah bila la nak merasa ni.. kt ipoh ni mcm tak pernah dgr je..hehe *ke sy yang tak tahu*
Unknown said…
Yup setuju dgn 'tentang kita'.. x sume tmpat rasa sama.. kat KD pun x berapa sedap la.... huhuhuhu!~
Unknown said…
aritu mkan nape tk cedappp :( :(
edlidza said…
perghhhhhh besau burger abg burn nnt nak try gak ahh!! ;)
Azwar Syuhada said…
Perghh, ramai orang cakap burger abang bun ni sedap!! Tapi belum ada kesempatan lagi nak pergi.. Nanti nak try juga pergi makan!! :)
azrina said…
Salam Sepet :)

Haritu ada mkn kat foodcourt sblh UO Ampang, tak sedap pon. Tekak kami rasa meatball tu mmg tak berapa best la, mmg jauh beza ngan IKEA nye meatball. Burger nya rasa biasa2 je; roti keras skit and patty tu rasa terlebih blackpepper. Tapi yg BEST servis diorg mmg tiptop, cepat & mesra pelanggan. Hopefully abg burn bleh tingkatkan mutu burger tu.. Apa pun kami tetap support business org kita :)

Hari ni, sy cuba Rawang Burger Bakar cawangan Tambun-Ipoh, burger dia mmg SEDAP tapi patty dia kecik skit dr abg burn, servis slow sikit la. Stall dia pun nampak tak semenggah mana. Nmpk mcm stall burger biasa je. Yang penting bila burger sampai, sekali ngap terangkat2 kening. Semua mkn senyappppp je tau2 dah habis. Nak amik gambar pun xsempat. Sedap! Setimpal la dgn masa nak menunggu. Haha..
Promosi Rawang Burger Bakar ni best, penuhkan kad cop dapat free 1 Burger Bakar. Mungkin Abg Burn boleh buat offer yg lebih menarik, lagi meriah industri burger bakar ni :)

Selamat Berburger Bakorrrr! Hihi
HobikuDuniaku said…
wah enak banget keliatannya. cobain juga nih beef prosperity http://goo.gl/l9m3a2 dijamin nagih