Aku ingat aku je mengada-ngada semua benda nak berteman. Rupanya Qery pun sama. Mungkin dah berjangkit kot. Hehe!
Hari apa tak ingat. Aku tau Qery ni bizi petang-petang ada latih tarian untuk Hari Kanak-kanak next week. Jadinya aku tak nak la kacau dia sangat. Sekali dia mesej.
Q : Kamu, teman kejap.
S : Gi mana?
Q : Beli kek mak kita
S : Kejap je k. Dah malam ni.
Q : Nak jumpa tailor sekali.
S : Cepat la datang
Boleh je engko nak gi jumpa tailor sorang, nak gi beli kek sorang kan. Tak payah ajak aku pun takpe kan. Aku rasa Qery ni, bangun-bangun je mesti terus fikir idea nak nyusahkan aku. Ada satu haritu dia tak dapat fikir nak susahkan aku apa, dia suruh aku gosok baju dia. Boleh? Talk to the hand la makannya..haha!
Mula-mula pergi jumpa tailor dulu. Kejap je amik skirt dengan palazzo korang yang dah siap tu. Isnin aku pos kan k. Sapa-sapa nak order Skirt atau Palazzo boleh KLIK SINI
Order sentiasa dibuka.
Lepas tu baru pergi Secret Recepi. Ingatkan nak kek aiskrim. Tapi habis pulak. Lantak la. Mana-mana pun boleh. Aku jugak yang kena pilih kek apa. Mamat ni bukan tak reti. Ngade lebih.

Sudah gemok. Aku sound dia gemok. Dia boleh buat tak tau je. Aku sound dia gemuk, aku yang terasa. Acane?? Hehe! Dia rilex je. Watever.
Sementara menunggu gadis tu tulis kat kek
![]() |
curi dari blog Qery |
Muda lagi ye emak Qery. Baru 50 tahun. Umur Qery 28. Jadi emaknya ngandungkan Qery masa umur dia 21. Sapa umur 21 tahun di sini? Bayangkan korang pregnant. Heheee..Aku takpe, aku 24 tahun, tak yah bayangkan. =P
Aku paw Qery New York Cheese Cake.
Aku terpaksa ambil gambar senget macam ni supaya dia nampak sedikit kurus. Muehehehe
Rupanya, dia bawak aku. Supaya aku boleh pegang kek ni. Nice.
Kalau sehari tak susahkan aku. Memang tak bahagia hidup dia.
Terus makan kek dalam kereta. Sedapnyaaaa...
Eh haritu aku ada cakap pasal cermin mata kiut ni kan..
Meh kite tengok budak tarian Qery pakai. Lagi comel.
Budak-budak harusla comel
Qery ni, terlalu bersemangat tau. Sebenarnya tak payah pun nak kena ada baju semua. Tapi kalau dia ajar tarian, dia mesti nak buat semua ni. Mesti nak perfect. Sanggup pergi jumpa tailor untuk jahit baju budak2. Sanggup print kat baju. Beli spek mata. Sarung tangan. Semua benda alah ni dia punya tau. Bukan sekolah. Duit habis untuk budak2 ni je.
Aku ingatkan dah tak wujud dah cikgu macam ni. Untunglaaaa sapa jadi anak murid dia..
*bunyi berbaur cemburu*
hehe
Tapi lagi untung sapa dapat dia. wakakaka! Okbye
Comments
baguslah Qery ni sggup watpe je utk student die kn,untung sgt klau ckgu zmn skrg nk wat gitu,hohoho
jarang ada cikgu laki yg berhabes utk budak tarian :)
Kalau ada arwah bapa mertua aunty mesti dia sayang cikgu macam qery....arwah bapa mertua aunty seorang guru besar dulu....
Hehe
loytha'san : Tu la, nak tak nak kena percaya. Maybe sebab dia dikelilingi kawan-kawan yang sama perangai dia kot. =P
Tracey : Comel kan. =)
shazika : Qery sanggup. hehe!
Rozana Razali Kek kat SR semua sedap..huhu!
Princess Nur : Huwaaa..anak akak dah besar ke?? hihi!
Puan Simply Syeeda : Sebab tu asik kena paw dengan gf dia. wakakaka!
sharifah rosidah : Aunty gatal sikit, baiklah saya percaya sangat..hihihiiiiii...
syamimihaziqah : bagus lagi gf dia. Ewahhh...
Amalina Ali : Tau takpe *angkat2 kening* haha!
Irfa : Rezeki akak awal la tu..alhamdulillah. hehe!