Hehe! Well aku dah lama gila tak kena kacau dengan mahluk halus ni sejak mak abah panggil orang datang buang mahluk tu ke tempat lain. Sapa baca lama blog aku tau la kejadian ni. Tapi aku tak sure sebab aku rasa aku macam dah save draf entry 2008. Takpe aku cite balik yeah.
Secara tiba-tiba aku kerap mimpi. Mimpi ada nenek tua pakai kain batik tapi muka stok ngeri la. Selalu mimpi nenek tu. Dia nak tangkap aku. Tak tau apa masalah dia dengan aku dalam mimpi tu. Huhu!
Selain mimpi nenek yang kong ajo ittew, aku ada mimpi berantai. Mimpi harini pregnant. Esoknya beranak. Esoknya baby tu nak menyusu. Gitu la. Masa ni aku tinggal rumah 2 bulan sorang-sorang. *abang aku ada tapi dia balik lewat gila, pukul 2 3 pagi baru balik* Makpak gi haji sampai 2 bulan lebih. Sobsss
Lepas tu mimpi ada sorang perempuan ni *bukan nenek* nak bawak aku gi mana. Sebelah katil i okey. Siap panggil aku 'Hanaaaa..bangun...jom...* tarik-tarik tangan aku. Gulp. Rupanya bila kite jumpa sorang ni *aku tak tau, mak abah aku setel kat rumah, masa ni aku kat hostel* dia cakap sebenarnya benda tu bukan perempuan, tapi lelaki. Lelaki tu nak ajak aku gi alam dia. Nak kawin.
Wuhuu...i laku di alam lain juge. Sangat hot okey. Tak boleh terima. Kekeke!
Kerana kerap sangat kena ganggu dulu. Memang sampai sekarang aku tidur tak tutup lampu. Dulu masa kat rumah Jemah. Pun kena ganggu jugak. Bilik yang aku tidur tu ada bilik air sekali. Malam-malam mesti dengar ada orang mandi guna shower. Pernah sekali pukul 3 pagi, nampak Jemah kol. Tapi aku tak angkat. Esoknya tanya Jemah kenapa kol. Tapi Jemah kata dia takde kol aku pukul 3 pagi. Dia dah membuta. Fioneeee...
Pernah jugak mimpi baby, banyak sangat baby, tapi ada satu baby tu..dia pandang aku..muka gawang.. i tatut. hahha!
Pelik sangat kenapa dulu aku selalu mimpi baby. Hidup aku takde kene mengena dengan baby tau. I tak pernah ada baby, malah tak pernah gugurkan anak. Huhu! Why setiap kali mimpi baby. Tapi ada orang kata saka. Entah la. Aku anggap mainan tidur je.
Pernah mimpi macam buat ehem-ehem dengan sorang laki. Macam la..kekeke! Sebab atas katil kan. Tapi dalam mimpi tu dia macam hasben gittew. Auw!!
Cite-cite kat Qery, sampai Qery takut kot-kot aku pernah kawin dengan orang bunian ke apa. Hahaha! Dia cakap entah-entah aku dah beranak ramai gila. Tu yang asik mimpi baby je. Der?? Tak masuk akal.
Tapi lamaaa dah tak mimpi benda-benda macam ni. Serius lama sangat. Ada setahun gitu kot. Aku sebenarnya macam dah lali. Bukan la nak kata tak takut. Still takut la. Cuma bila benda tu berlaku. Rasa bengang. Pegi la kacau orang lain ken...minat sangat kat iolls..hahaha!
Dua hari lepas. Aku rasa kena kacau lagi kot. Nampak ada dua tangan kat atas kepala aku. Aku perhatiiiii je perangai dia. Membuatkan aku tak boleh gerak. Yang jelasnya. Aku memang nampak jari-jari tu. Lepas tu lawan punya lawan. terjaga la kiteeee... Tengok jam pukul 6.50 pagi.
Qery cakap,
Q : Dia tahan kamu, tak bagi kamu solat subuh kot.
S : Kite memang tak boleh solat la.
Q : Haaaa! Sebab tu la dia kacau
S : Kita rasa dia boring la. Tak ada benda nak main dah. Main tahan-tahan kepala kite.
Aku takut jugak, tapi takut sangat pun tak boleh. Psycho kepada diri sendiri pulak kan. Jadi kite kena berani dalam ketakutan. Huhu! Kalau u kacau lagi, i report mak i.
*aku rasa dia cemburu rambut aku lagi panjang dari dia. wakakakakaka*
Comments
lepas tu masa study pulak mimpi ada orang bagi bby comel giler dia cakap nah aku bagi bby nie suh engkau jagakan...ambil tapi lepas tu baca surah alfatihah kuat2 dalam mimpi tu terus dia cakap bagi balik bby tu....ermmm tak tahu nk cakap apa....
pernah dgr la dlm ceramah agama sape entah ustaz tu. dia kata kalau mimpi mcm tanda2 kena sihir. hoi takut ok nak fikir. sape la nak sihir saya. tak pernah naya org pun. org nak dengki saya pun takde sebab. harta ke cantik ke umah beso ke kete beso ke smua takde. ada budi bahasa je =)
tapi masih takut nak fikir sbb mimpi tu sampai sekarang ada lagi =(
tak pergi berubat dengan ustaz ke yunk?
akak rasa kamu try la gi darussyifa'..Akak memang berubat jer kat sana.. Alhamdulillah..sekarang ni dah kurang la mimpi2 ni.. kekadang jer terbabas gak dia masuk dlm mimpi.. Actually mimpi baby kurang bagus lagi2 kalo menyusukan baby .. Harap2 tak de pape ye.. Amin..
kite pun pernah mimpi macam tu,
lepas tu refer dekat ustaz n ustazah,
dorng cakap kalau mimpi macam tu xelok,
so kalau ada masa pasang ayat rukyah syariah
untuk diri sendiri dan keluarga..
shentalvent : Haha! Habisla kalau dia jeles, kang tak pasal2 je.. =P
ishy77 : Yang mimpi baby tu dah lama, tapi tak de bagi dia susu pun. Apakah tetiba nak bagi susu. Malu iolls tunjuk kat orang. Kekeke!
ceritera-chinta : Tu la kan. Tatut. Tapi takde bagi susu pun. Mimpi baby adalah seram..
Oda Aman : Tu la kan, takde lagi jumpa ustaz ustazah, setakat ni baca je ayat quran mana yang termampu. Kadang2 sendiri jarang mengaji kat rumah. Kena harmonikan sikit bilik ni dengan ayat2 Quran. hehe!
mamafarah4 : Saya takde jerit, sebab dah malas. Mesti takkan ada suara punye. huhu!
moga jauh dr org berniat jahat
Smoga dijauhkan :)
Masa aunty baru ada anak dua dan sedang mengandung kan anak bungsu...aunty menyewa sebuah rumah...setelah pindah rumah tu bila tidur malam je macam2 mimpi yang menakutkan...ada sekali tu mimpi perempuan berjalan terus masuk dalam rumah melalui tembuk...besok nya terus angkat barang pindah rumah mertua sementara mencari rumah lain.
hati2 kalau dapat mimpi ahem..ehem tu..
takut org hantar hantu raya sebab 'dia' ada nafsu...
org selalu guna 'dia' utk puaskan nafsu sendiri..
tak sure takat mana kebenarannya sebab pompuan tak der mimpi2 basah ni..laki jer yg dok mimpi basah...
adalah satu kepelikkan kalau pompuan yg mimpi..
sometimes dia akan menjelma dalam rupa org yg kita kenal...
banyakkan mengaji dan zikir..insyaallah..