Mana kau tawuuuu?? hahahaha!
Ini adalah soalan popular sejak aku berkawan dengan Qery.
Okey la. Begini ceritanya. Since aku tingkatan. Aku tak suka lelaki hemsemmm. Kenapa?
1. Lelaki hemsem macam bagus
2. Semua perempuan dia nak try test
3. Bajet sangat
4. Suka cover macho
5. Terpengaruh dengan Ceera. Ceera pun tak suka lelaki hemsem jugak.
Sebab aku tak cantik dan tak hot. Sebab tu la aku sedar diri lalu tak nak la berkawan dengan lelaki hemsem ni. Orang kata ada cermin silalah tatap. Jangan jadikan cermin koleksi peribadi. Begitu
Memang ramai je lelaki hemsem ngorat i *ewahhh...jelita sangat ke engko?? hahaha* Tak la, takde pun lelaki hemsem ngorat aku. Kalau ada pun yang biasa-biasa je. Contoh lelaki biasa ni manis bila dipandang. Begitu. Kalau yang hensem tu adalah macam Hans Isac. Kalau biasa-biasa ni kategori manis la macam Awal Ashari, matikla peminat dia baca ni, pandai la engko nak kategori-kategori kan orang, muka kau tu kategori apa? Ok la muka aku kategori britney *pitam* haha! Turn ko nak artis hollywood je ken..sangatlah dot dot dot. Huhu!
Tapi boifren aku dulu semua kategori manis la. *nak jugek* Sehinggalah ke Qery.
Dulu aku rasa Qery ni hemsem *puji pakwe sendiri, sendiri nak mutah*, sebab tu aku tak suka dia. Sebab dia bajet bagus, perasan hemsem, suka mesej2 perempuan, lepas tu nak awek yang cantik je. Boleh? Awek yang kureng sikit dia tak pandang sangat. Lepas tu nak yang putih. Memilih macam kau tu perfect. Padahal awek lama dia tu gelap je aku tengok. Memang serius aku menyampah. Aku pun tak tau kenapa aku jadi makwe dia sekarang, hahaha! Tapi memang nak kata aku suka dia sebab dia hemsem tu tak la.
Walaupun ramai orang kata dia hemsem, bila dah lama-lama dengan Qery, aku rasa dia biasa je. Manis tu ada sikit-sikit la. Sebab Qery ni gawang..tsk
Gawang yang entah pape, kadang2 tak bertempat. Dia kalau marah aku, tak lain mesti pasal baju. Aku pernah fedap dengan dia, setiap kali keluar je mesti dia nak marah sebab aku pakai baju nipis la, baju jarang la, baju nampak line la, kau tau tak tekanan perasaan, padahal baju tu menutup aurat je. Tapi bila ada line pun kau kena marah. Aku rasa nak pelempang je se das.
Tapi dia marah untuk kebaikkan. Aku terima lagi. Ada masa tu kalau dia marah, aku dah malas nak dengar. Aku buat tak tau je. Hahaha! Maybe sebab dia anak sulung dan dia cikgu, cara dia marah tu macam bagus sikit. Dia takde nasihat lembut-lembut tau. Dia tegas. Aku ni dah la hati tissue, aku kalau nasihat lembut-lembut ni aku boleh terima, aku tak boleh terima orang nasihat aku tapi jenis kasar. Benda aku boleh dengar, terus aku malas nak dengar. Huhu!
Mungkin sebab tu la aku dah tak nampak pun muka dia hensem ke apa. Ada satu masa tu, masa geram la. Dia nak pujuk aku, dia suruh aku pandang dia la apa la kan, aku tengok muka dia rasa nak tumbuk ok. Amarah sangat, hahaha!
Dulu masa orang tanya aku soalan tu. aku terfikir jugak la. Adakah aku suka dia sebab dia hemsem? Adakah dia hemsem? Cuba kalau muka dia biasa-biasa je. adakah aku suka dia? Entahla kan...aku pun tak tau, tapi aku penah je suka sorang mamat ni tak hemsem pun. Jadi aku anggap je diri aku tak memilih. Boleh?? bajet sangat nih..hahaha!
Tapi yang sebetulnya, aku tak kisah pasangan aku tu buruk ke, hemsem ke. biasa ke, manishh je, cute ke, asalkan baik hati.
Qery baik hati?? Baik. Tapi dia tegas. Yang aku paling sentap dengan dia. Dia jenis tak pandang muka orang, sebab dia malu. Muka aku pun dia pandang kejap-kejap je. Tak sure la dia tak sanggup tengok muka aku ke apa kan, haha! Bosan nak hadap tu mungkin la. Tapi memang jenis dia tak boleh tenung lama-lama. Nanti dia malu. Aku pulak jenis kalau bercerita kena tengok muka orang yang aku nak cite tu. Kalau orang cite kat aku pun aku akan dengar tengok je muka orang tu.
Soalan yang popular Qery dengar pulak adalah, 'kenapa yang ko suka kat perempuan ittew' Nampak sangat la kan aku so so je, hahahaha! Kuang aja..Kawan2 Qery selalu tanya Qery soalan ni, yela sebab Qery boleh dapat yang lagi melecun jelita, setakat gadis hidung kemek ni apalah sangat. Ohoiii berdarah telinga sendiri. Berdarah dalam kepasrahan. Ko mampu??
Aku dah biasa dengar pun, selalu jugak suruh Qery clash je dengan aku pastu cari la perempuan cantik kan, tapi Qery cakap yang dia dah jatuh cinta sangat kat i *ini aku tambah2 tau..kakaka*
Persoalannya sekarang, aku suka Qery sebab apa?
Sebab dia ada aset baik punya. kahkahkah! Ok tak lawak..bye
Comments
Tapi awak dengan Qery sama cantik dan sepadan sangat, tentang kawan qery yang suruh qery cari gf lain tu sebenarnya cemburu qery ada gf yang cantik, percayalah cakap aunty ni.
(^_^)
LelakiSemalam : haha! Gitu pulak dehhh...
sharifah rosidah : Tu la kan aunty, saya rasa saya comel je, tergamak dorang cakap saya so so je, hahaha!
Riena Haiqal : Jgn puji dia, hehe! Dia dah la dah kembang..
Irfa : Sedapnya sateee...huhu!
Cik Mimie : Dlm gambr je kot, sebenrnya biasa je
Shahada Fauzi : Ok esok kawen la camtu...huhu!
mrs.ecam : Ada rupa? Takde kot. Euwww, hahaha!
tabita-nhb : Oh saya tengok tabita tu dah tau kak peej, kekeke! Masa dia datang kawin ceera tu, dia tengah gaduh dengan awek dia. Dia memang pemalu dan bajet orang pompuan nak tengok dia je. Iyek..huhu!
s.y.a.r.q : Ye la kot kan, kalau sama bosan pulak..
kalau da serasi persetan kan aje kt2 org..:) selamat tuk awak tau!!.:)
obat bekas jerawat