Jun 10, 2014

Renovation Rumah Emak

Lamaaaa dah tak cerita pasal rumah emak ni. Benda yang aku terpaling suka rumah mak adalah dia besar. Walaupun rumah kampung, tapi kawasan tanah dia besar. Ada halaman rumah, belakang rumah ada macam-macam pokok, pokok kelapa, pokok ciku, pokok mangga, pokok mulberry, dan banyak lagi. Dan ofkos aku suka sebab dia rumah kampung. Satu-satunya yang boleh feeling balik kampung, sebab kat kampung aku semua memang batu semata-mata. Jadinya nak merasa balik kampung tu bila balik rumah mak je. 

Sebenarnya dah lama mak nak batukan rumah tu. Tapi sebab sayang, banyak kenangan kat rumah tu. Mak dengan abah sendiri yang buat rumah tu. Paku, gergaji, kalau teliti memang ada nampak kayu senget la apa la. Tapi kukuh jangan risau. hihi! 1001 kenangan. Bila abah dah tak ada, mak sorang-sorang, kadang2 mak kata dia ternampak-nampak abah jatuh kat tepi pintu, kat tepi bilik air. Senang kata kat ruang mana pun mesti terkenang-kenang. 

Kebetulan ada beberapa tempat dah kena makan anai-anai, rumah mak dulu ada beberapa kawasan yang mak tambah, kayu tambah tu yang jenis anai-anai berkampung. Kalau kayu lama masa mak abah buat rumah dulu anai-anai tak boleh gigit. Patah gigi dia nanti. Hihi! Lepas tu tetiba dinding batu kat dapur retak, bila cek-cek rupanya tanah kat bahagian bawah dah kosong. 

So mak decide nak renovate rumah tu sikit-sikit. Dengan mak baru renovate kedai lagi. Memang kesian mak, duit keluar macam air terjun. Huhu! Aku ada la bincang dengan Qery, kita tolong mana yang mampu je, Baru-baru ni hadiahkan kipas sebab kipas syiling tu dah lama, nanti nak hadiahkan sofa ke, atau belikan tiles sikit nak nampak cantik ke, pasangkan wallpaper ke, gitu. Nak biarkan mak buat sorang macam tak sampai hati tau. Dah la abah dah tak ada, mak je la yang fikir pasal kedai, pasal rumah.

Haritu mak ada call, mintak aku dengan Qery datang rumah decide nak cat warna apa. OMG sangat. Aku memang tak reti ok. Hahaha! Terus bagitau Qery yang mak mintak tolong decide nak cat rumah warna apa. Lepas tu dah dua2 orang ni berdebar. Kang tak cantik camne ni? Huhu! Dah la buat rumah tu duit mak, jap lagi kalau tak cantik, sia-sia je. Huhu!

Semalam singgah kedai mak, nak lepak rumah mak ofkos tak boleh sebab tengah renovation, habuk di mana-mana. Belikan mak nasi lauk-lauk dulu. 

Pastu masuk tempat baju. berangan kejap dalam ni. Ekceli cuaca panas sangat semalam kan. Dalam bilik ni ada aircond. Tu yang aku dengan Qery lepak kejap amik angin keringkan ketiak. kekekeke!

Pastu kita balik tengok Kabil and the geng buat kerja. So belek-belek katalog cek warna apa sesuai dengan lantai semua. Tapi tak dapat nak gambarkan lagi warna apa yang sesuai sebab rumah tak siap lagi. Qery kata nanti next week dah siap banyak datang lagi baru boleh decide. 

Ada beberapa kerja Kabil yang Qery suruh alter sikit, macam bahagian pagar depan tu. Sukati je Qery tu tau, hahaha! Macam la rumah dia pulak kan. Tapi memang kena betulkan pun, sebab aku pun pelik kenapa pagar tu tak centre dengan pintu. Kabil pun bila dia cek balik memang senget sangat. So nanti dia runtuhkan sikit batu tu, dia buat macam Qery nak. Mak aku dia percaya 100% dengan Kabil sebab memang Kabil buat kerja bagus, cepat, teliti. Cuma bila Kabil tanya mak nak macam mana, mak kata sukati ko la Kabil. Jadi Kabil ni buat je la. Sampai je Qery, habis semua dia nak cek. Itupun dia siap bagi idea nanti kat depan dia nak gi cari tiles letak kat dinding sampai bawah tingkap, baru cantik. Pftttt. Aku tak boleh nak cakap banyak, sebab aku pun tak reti.

 Hari ke dua renovation.

 batu ni semua pecahkan.

Terus mak suruh Kabil pasang kipas syiling yang iolls belikan tu, excited lettew. Muahahaha! Aku beli dua pasang, sebab rumah mak tu besar, 1 tak cukup.

Setelah pecahkan batu kat depan.

Lepas ni, kalau raya, dah tak ada dah tangga bersejarah. Semua dah musnah. Raya terakhir dengan abah, tangga tu pun kenangan terakhir kitorang 1 family. Tapi takpa. Yang berlalu biarkan berlalu. Kena teruskan jugak hidup walau apa pun terjadi. 

Renovation ni mungkin siap dalam sebulan jugak kot. Harap-harap nanti pilihan warna rumah nanti cantiklah ye. Haha! Qery malam tadi tak dapat tidur fikirkan nak warna apa rumah mak tu, dalam warna apa, luar warna apa, dalam bilik warna apa, kalau ikut Qery, dia suka dinding warna lain-lain, tapi dia takut mak aku pening, test orang muda kan, begitulah suka warna berani berani gitu, kot orang tua ni dia suka warna lembut je. Amboi sangat. Sukati aku je mengklasifikasikan. Hahaha!

Okla. Nak sambung balut parcel korang. Follow ig sepetsshop tau. Personal ig sepetnoh =)

11 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Turunkan rumah tu ke bawah ye dear.. nampak besar tu..
Dah tinggal sejarah pulak tangga tu ye :)

attyfir said...

betul kata ana. mcm kty dr dulu baca blog ana
tiap kali raya ,mesti ada gmbr kt tangga. tp yg lepas jg kan kenangan terindah. lepas ni lagi cantik lah rumah mak

mrs kayrul said...

lepas nie ramai2 boleh tido kat rumah tamu..hehhehe...nampak luas la ruang tamu tue

Unknown said...

lepas nie kena tukar posisi bergambar la ye...tangga tue dah xde..selalu kan mmg bergambar reramai kat tangga tue...:-)

Chekgu Azrine said...

Sure lps ni meletop umah mak sepet

Unknown said...

ok.rye ni nak p jalan umah mak kak sepet.hehe

PetakBunga said...

rumh kat kg dah bnyk jugak renovate..tp sejak mak pindah duk sekali ni..tgal mcm tu je

nasaoji said...

Laaaaaa.....dah xde tangga....

Irfa said...

BETUL. MESTI SEDIH SBB BANYAK KENANGAN, TP HIDUP MESTI DI TERUSKAN
MESTI LAWA UMAH MAK LPS RENOVATE

Unknown said...

Jika anda memerlukan Perkhidmatan kontraktor yang bertauliah dengan kerja berkualiti, untuk:
1. Ubahsuai rumah & bina baru
2. Pengubahsuaian Pejabat & ruang komersial
3. Kabinet dapur
4. Kerja Mengecat
5. Pagar besi
6. Siling plaster
7. Pemasangan granit & jubin
8. Kerja-kerja elektrikal
9. Partition
10. Kerja-kerja kaca
11. Binaan bumbung
Dengan Kepakaran yang dimiliki kami berbesar hati untuk menyediakan perkhidmatan profesional dengan kemahiran cemerlang dan berkualiti pada anda. Pengubahsuaian rumah anda dengan perkhidmatan kami mampu memastikan ketenangan fikiran, daripada tempoh awal projek sehinggalah tempoh siap pembinaan yang dijamin kualitinya.
Jika anda mempunyai sebarang rancangan untuk pengubahsuaian dan memerlukan kepakaran kontraktor dari kelas F sehinggalah kelas A yang bertauliah berbincanglah dengan kami.
Terima Kasih,

SKETCHOUT EMPIRE (SOE)
Hubungi Kami

012-627 0931 Syawal Ismail (Project Manager)
014-224 1024 Syazmie Salim (Interior Designer)
013-400 0950 Asrul (Interior Designer)

email : sketchoutempirekl@gmail.com
email : sketchoutempirekl.blogspot.com

Amir renovation said...

Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)