Rasa tak sabar pulak bila mengenangkan nak puasa ni kan. First time puasa sebagai isteri orang. First time puasa masa mengandung. First time puasa tak duduk dengan parent. First time berpuasa tanpa arwah abah. Segala-galanya first time. Rasa dia tu lain sikit. Tapi aku risau jugak la. Dengan harapan aku beranak ikut due beberapa hari selepas raya lah. Jangan la tetiba time puasa tu nak beranak ke apa. Menangisi sangat tau.
Dah terfikir-fikir nak kena sahur pagi hari. Alamak, boleh ke bangun ni? Muahahaha! Qery jenis sahur tak makan nasi ye,syukur alhamdulillah. Dia makan koko crunch je. Senang gila nak jaga laki aku ni. Tinggal aku je la. Aku kena makan nasi, kot nak masak pun untuk diri sendiri je la. Tak tau la macam mana nanti, kita tengok je la keadaannya ye. Masak ke, beli ke, beli ke, beli ke, mihmihmih!
Lepas tu aku tengok dah ramai kot orang share resepi kat facebook, masak macam-macam lauk. Macam sedap je. Tapi sekarang ni, aku cukup malas nak masak. Macam dah tak larat dah aku nak berdiri lama-lama kat dapur tu. Qery pun sekarang ni setiap kali balik sekolah dia akan belikan nasi lemak and kuih-kuih kat tepi jalan dekat dengan rumah untuk kitorang makan berdua.
Aku tinggal buat air milo ais dia je la. Qery tu kalau dapat air milo ais, senyum sampai telinga. Suka sangat tak tau la kenapa. Huhu! Siap bagitau kalau beli bungkus nasi lemak dengan kuih hari-hari boleh jimat. Sekali makan dua orang baru rm6. Lepas tu hari-hari nak makan nasi lemak sebab nasi lemak tepi jalan tu sedap n banyak. Memang banyak pun. Kenyang sampai senak perut aku.
Aku memang tak sempat nak masak memandangkan order banyak masuk waktu pagi ke tengah hari. Selalu memang tak sempat, sebab kena layan customer. Sometime customer bukan setakat nak order, dorang tetiba cerita masalah dorang masa pakai skicare la, mintak pendapat la, itu la ini la. So nak tak nak kena la jawab. Qery dia paham, dia pun cakap takyah masak. Kalau aku masak dia perasan kerja aku akan tergendala. Nanti dah lambat nak pos, pun susahkan dia kena harungi jem. Jadi Qery memang setuju je kalau kena beli makanan.
Ada orang tanya aku boleh puasa ke. Entah la. Kita cuba je dulu. Sebab aku dah google makanan2 yang buat kita rasa kenyang lama sikit. Incase kalau bleeding atau pening atau baby xbanyak gerak, baru la kita berbuka. Tapi kalau boleh aku nak puasa penuh. Sesiapa yang ada tips lain tak? hihi! Minggu ni ada appointment dengan doktor, nanti aku nak tanya pendapat dia pulak.
Aku ada banyak benda nak cerita. Takpe, nanti pelan-pelan iolls cerita tau. Sebab malas nak transfer gambar lagi. Tapi aku akan update jugak secepat mungkin, sebab aku tau kalau tak update minggu ni, tiada harapan lah aku nak update minggu depan kerana kemalasan berganda. Hihi! Bye
1 comment:
Sepet..nanti sahur mkn kurma..insyaAllah boleh tahan..
Post a Comment