Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jun 5, 2014

Bukan main lagi perangai kau ni

Kalau siapa follow ig mungkin korang cepat sikit tau hal-hal aku. Ewah macam la orang nak tau sangat kan, kahkahkah! *gelakkan diri sendiri*. Aku tak tau korang kira pregnancy korang macam mana, ada orang yang 20 minggu dah kira 5 bulan. Aku pulak tak kira macam tu, aku kira sebulan 30/31 hari. Sebab kalau nak ikut 40weeks baru complete 9bulan 10 hari. Takkan nak kira 40minggu bersamaan 10bulan. Kannn.. Huhu!

Aku dah 7 bulan. Baru la kelam kabut nak mencari set berpantang, nak cari barang2 nak bawak pegi hospital. Seriusly aku bukan orang yang teliti. Aku ni cuai. Plus aku jenis suka buat kerja last minit.

List ni aku cari kat internet, aku google dari mana tak ingat, so aku tulis dalam buku nota. Senang kan kalau nak rujuk, sebab buku nota tu memang ada je dalam beg. Mula-mula nak beli online. Before ni memang pernah survey harga baju baby, tengok online lagi murah 3 kali ganda dari harga kat kedai. Tapi still la nak tau online shop mana yang ada jual banyak barang macam dalam senarai tu. Malas la aku nak beli sana sikit sini sikit, senang sekali gus je.

So ada la kawan2 kat ig n facebook bagi suggestion online shop mana yang best, bagitau pengalaman dorang, barang apa yang sebenarnya perlu, barang mana yang tak perlu, pam susu mana yang lebih flexible. Memang membantu sangat-sangat dorang ni. Aku bukan apa. Aku tak bercadang nak berpantang rumah orang tua. Mak aku sekarang dia jaga kedai, taknak la susahkan dia. Mak mertua memang okay je kalau nak jaga aku nanti, tapi aku tak berharap sangat la.

Kalau boleh aku try jaga diri sendiri dulu. Incase kalau perlukan bantuan baru la mintak tolong mak mertua. Tapi nampak gaya macam mak mertua excited nak jaga aku nanti, sebab cucu pertama kan, mihmihmih! So aku kena pastikan semua barang2 berpantang aku dah beli siap2 sebab nak harap Qery beli memang dia tak tau sangat nama-nama barang ni. Taknak susahkan mak mertua nak mencari barang2 last minit, yang nak beranak aku, yang susah dia apahal pulak kan. Hahaha!

So, giat la aku google tengok set berpantang mana yang best. Dulu mak aku buat sendiri air rebusan daun untuk mandian kakak-kakak aku. Mak mertua aku tak tau buat tu sebab pernah tanya. Jadi, aku perlu beli la yang ada dengan set mandian, herba, scrub semua. Keliru tauuuuu, banyak sangat yang macam best. Ingat set makan2 tu memang nak amik yang shaklee punya, pastu nak tambah dengan set berpantang Tanamera. Ramai yang suggest Tanamera jugak sebelum ni. Beli majalah Pa&Ma pun ada review pasal Tanamera. So takyah fikir lagi, marilah kita cari nanti.

Semalam kot, ada kawan kat facebook pm bagitau better tunggu Expo kat PWTC hujung bulan nanti.Lagi murah plus ada semua barang2 keperluan. Senang boleh test tengok size semua. Pastu dengar2 memang murah la kan sebab kilang jual direct. Tergendala la aku nak beli online. Kite tunggu expo la cenggitu. Muahahaha!

Lepas tu kan, aku rasa perut aku dah keras sangat. Setakat ni belum ada strachmark lagi, syukur alhamdulillah. Mungkin perut tak besar sangat tak sure kenapa. Atau sebab aku pakai bio-oil tu. Belum complete 9 bulan jadi tak tau kot2 nanti keluar garisan merekah2 tu kan. Huhu! Mak pulak kata dia rasa tak ada, sebab selalunya kalau ada, 5/6 bulan dah start merekah sana sini. Harap2 takda la ye. Kalau betul la sebab bio-oil ni, korang kena beli and pakai dari 3/4 bulan. Hihi!

Sekarang ni aku suka benar minum manis, macam cool blog tu. Tsk tsk. Sedap sangatla air tu. Lagi2 perasa strawberi. Masam-masam. Takut aku, kang terlebih gula dalam darah pulak tak memasal je. Kadang2 tu bila sedo diri cepat2 telan air masak konon2 nak neutralkan balik. Poyo. Hehe!

Kalau nak tengok dari segi kesihatan, memang better dari dulu la. Aku dah aktif macam sebelum kawin. Kiranya tak ada mabuk lagi, syukur sangat. Bila badan tak cukup air atau lambat makan je kepala aku pening sikit. Rumah ni dah ada gaya rumah la. Kalau tak dulu rumah berkonsepkan 'aku tinggal bersama tikus dan lipas' kekeke! Qery pulak rajin tolong kemas. Kalau mintak tolong cuci toilet, kemas store dia buat je, asalkan ko pun kena buat sekali. So ringan la kerja kalau buat sama-sama. Tak ada la rasa penat sangat. Tapi cuci toilet aku tak pernah tolong sebab aku memang tak reti, haha! Selalu kalau dia cuci toilet, aku akan kemas benda lain macam vakum rumah ke, mop lantai ke. Gitu.

Qery kan jenis smart, pembersih, jadi nak tak nak aku yang selekeh + pengotor ni boleh la berubah sikit-sikit, hahaha! Korang yang dah lama baca blog aku mesti tau dulu bilik aku macam tempat kumbahan sampah kan. Aku bukan jenis yang pengemas, aku suka teraburkan barang2, kerja pun dalam keadaan sepah sana sini. Baju tak lipat pun tak apa, campak je dalam bakul, kalau nak pakai baru gosok. Sekarang tidak lagi ye. Sekarang baju lepas sidai terus lipat terus simpan. Dulu aku tak memasak langsung sebab aku malas, sekarang kena la masak sebab suami nak makan. Tapi minggu lepas aku tak masak langsung sebab Qery kata dia kesian tengok aku order banyak tak terkejar nak masak, lepas tu sakit pinggang sebab balut kan kena duduk je. Nasib baik la dia memahami. Hihi!

Aku belum fasa kejang2 kaki lagi. Setakat ni paling teruk pun susah nak tidur sebab susah nak nafas. Tu je. Tapi kalau aku golek ke kiri ke kanan kalau kena dengan posisi dia, baru boleh tidur. Ekceli semua orang pregnant akan jadi macam ni kan. So aku redhoo jela. Huhu!

Eh, lupa nak bagitau korang, aku dah jual produk Skicerity tau, harini aku akan up kan kat ig sepetsshop macam biasa. Kot korang nak beli boleh direct wasap aku. Sebelum ni memang nak jual tapi masa tu mabuk teruk. Nanti baru review pasal skincerity, buat masa sekarang aku inform je dulu aku ada stok.

Plus siapa nak cod tabita sekarang pun dah boleh. Tapi korang kena pergi rumah Ceera ambik barang. Sekarang aku letak stok kat rumah dia, area ceras (hukm) sana. Sapa-sapa nak cepat, suka amik by hand boleh wasap aku, nanti aku akan bagi no Ceera kat korang. Kalau ada yang tak tau sapa Ceera, dia adalah kakak aku ye. Kakak kandung, siapa berani cakap dia adik aku siap la. Sentap takmo bagi free gifts. *tetiba* haha!

Tetiba baru teringat entry ke HK+China belum update kan. Ok nanti lepas resize gambar aku stoli moli.

Itu je berita hari ini. Nanti iolls update lagi. babai!

7 comments:

Ayu azmir said...

Comelnya die... doakan sy mcm awak jugak...

Shazwani Ramly said...

Semoga akak terus sihat, jaga baby dlm perut baik baik. heheh :)

Hidayah said...

Rasa macam lama tak baca sepet menyembang mcm nih.. hehe.. take care sepet! ♡

Honey said...

siap save lagi gambo checklost yg awak buat tu. hehe.. semua dh beli kecualo set bersalin

Honey said...

saya preggy dh 6 bln. dh siap beli brg baby kecuali brg2 ibu je lg.. rujuk site ni dpt la tips2 berguna. tq sepet

peej said...

sepet. beli meja office besar sikit n kerusi yang ada roda tu. letak dekat area rak stok tu. dulu akak buat kerja duduk bawah jugak. memang tangkap pinggang sakit sangat. sampai nangis sebab penat balut barang sakit pinggang. now dah guna meja senang je. serious selesa n tak sakit pinggang dah. pastu nak amik barang pun semua dekat2 je. jauh pun takyah bergerak. sambil duduk kerusi je ke sana sini. hahah malas sangat.

mrs kayrul said...

sepet..jgn lupa continue pakai bio oil lepas bersalin gak...kita lepas bersalin still pakai sebab masa dah 8 bln tue byk strect mark....skrg dah xde..tapi kena rajin sapu la