Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jun 6, 2014

Bercuti : HongKong + China (Part 1)

Begitu lama kan baru hegeh-hegeh nak update. Aku pergi tahun lepas bulan 12, kalau tak silap belas-belas hari bulan jugak la. Sebenarnya nak ke Korea, tapi terikat dengan jadual kelas Qery kat UPM, so kita tak ada pilihan, tarikh yang dia availble tu ada trip ke China + HK je. Takpe la. Aku kalau boleh tak nak pergi tempat yang aku pernah pergi, tapi bincang2 dengan Qery, its okay sebab family Qery belum sampai sana. Jadi moh la kite

2 minggu sebelum bertolak, aku dah siap-siap belikan baju sejuk, kasut, kelengkapan parent in law untuk ke sana. Sebab aku yang nak bawak dorang jalan-jalan. Jadi kita siapkan semua. Biar dorang bawak badan je. Sebab tu korang tengok kasut semua warna merah kan. Haha! Kecuali ayah sebab ayah malu kot nak warna merah, plus dia suka warna coklat, boleh pakai apa-apa event. 

Beli siap-siap semua sweater mak, sweater ayah, cepul, sebab dorang tak ada sweater. Tapi ayah dengan cepul tersilap beli yang nipis. Dorang budget kat China tak sejuk sangat. Aku dah bagitau cuaca kat sana sejuk. Walaupun tengok 7-9 darjah celcius, kalau malam-malam boleh jadi 0 atau negatif darjah tau. Tapi tak kisah la sebab kulit lelaki kan tebal sikit. Aku je yang over, masa kerja kat tempat aircond 16darjah pun aku dah gigil2. *ada hati nak ke Korea*

Luggage pun beli sebab PIL tak ada luggage, senang pakai luggage sebab besar sikit, agen pelancongan memang bagi beg free sorang satu, tapi kecik2 la. sweater aku pun dah penuh satu tu. Tebal bak hang, hahaha!

 Buat sementara waktu, inilah family penuh belah Qery, tunggu syah kawin, tunggu baby keluar. Nanti kita snap gambar lain ye, kekekeke!

 Syah tak dapat ikut, sebab dia tak dapat cuti. Jadi jagalah rumah elok-elok. Aku dengan Qery tinggalkan kunci rumah n kereta kat syah. Senang dia nak tengok-tengok. 

 Kebetulan masa kitorang nak cek in luggage, tempat tu rosak, so kena beratur hantar sendiri ke tempat lain. Sementara Qery dengan Syah hantar, aku duduk dulu, penuhkan borang semua orang.

 Dah dapat tiket, jom naik kapal terbang. Naik Cathay Pacific la kalau tak silap. Iye kot. Yang Singapura punya tu. Baju sejuk sentiasa kat tangan ye, sebab dulu masa aku pergi HK, aku konon2 budget nak cantik, baju sejuk simpan dalam luggage, sekali sampai sana dah gigil2, haha! Jangan ulangi kesilapan itu, siap sedia terus sweater, nanti dah sampai airport, terus sarung.

 Bijak tak iolls, hahaha!

 Sampai-sampai sana, memang sejuk. Angin dia wallawei... Sampai ke tulang. 

 PIL aku sebenarnya semua kesejukkan, tapi muka cover-cover je la sebab sweater dorang simpan dalam bag, mauahahahaha!


 Kau mampu tolak troli sambil senyum. 


Masa ni tengah menunggu tour guide untuk hantar kita ke hotel.

 Dah sampai hotel, dia bagi masa 20minit untuk solat. So sempat la mak ambik sweater dalam luggage. Kihkihkih! Yang lelaki masih nak tunjuk hero okay, takmo pakai sweater. Huhu!

 
 Ada orang selfie. *mata ke atas*

 Kat sana masa kitorang sampai tu cuaca tak bagus sangat, 1 hari hujan je. So nak jalan kat tempat outdoor susah sikit. Tour guide bawak kita masuk shooping complex dulu. Tempat berbumbung.

 Ambil la gambar banyak2 dalam ni, eh gambar dalam camera DSLR tu tak transfer lagi sampai sekarang, hahaha! Malas aku, bersemadi lah kau bersama gambar2 di sana. Ini gambar dalam camera lain. Beli camera yang kecik sikit senang nak travel. DSLR kan gedabak besar lepas tu berat. Pandai Qery, yang berat suruh adik dia pegang.

 Mak dan Ayah.


 Aku tak tahan sejuk, jadi duduk diam2 gerak2 kaki. Cepul duduk sebelah aku, dia pun tak tahan sejuk. Hahahaha. Sapa suruh tak pakai baju sejuk.

 Aku pun tak tau la apa benda ni, dah Qery suruh posing, aku posing je.

 Kulit album sangat. Sejarah mungkin berulang. huhu!



 Gambar poyo-poyo wajib ada.

 Masa ni dorang dah pakai, sebab memang tak tahan sejuknya. Malam tu drop 0 darjah celcius tau. Beku pipi aku.


 Tour guide bawak jalan tengok bangunan. Ada lampu yang cantik, tapi tak nampak sangat sebab kabus plus hujan. 

 Ramai jugak la pelancong datang sini. Aku tak turun bas pun. Sebab hujan. Malas. Tengok dari tingkap je. Huhu!

Disebabkan cuaca tak menentu, aku pulak dah start mabuk, jadi aku rasa macam penat sikit.
Tak lama lepas tu, kitorang balik hotel. Qery nak makan maggy

Kitorang dah start beli benda2 ni hari pertama kat Ladies Market.

Lepas makan maggy, terus aku rasa nak muntah, tak sedap badan. Rasa nak baring je. Sapa-sapa nak pegi cina, better korang bawak sambal bilis atau rendang dan cili banyak-banyak. Kat sini bungkus nasi je. Sebab aku tak sure la, aku memang tak boleh telan makanan dorang. Tak kena langsung dengan tekak aku. Huhu!

*bersambung*

3 comments:

Irfa said...

BEST BEST BEST
okey tu je nak komen
kasut merah anak beranak mmg sweet sgt

Juz Haira said...

Megi dalam mug tu, epic sangat..haha.. Nak kata pelik tapi cam sedaaaap la plak.hahaha.. (^^,)

Nana Sharia a said...

cathay hong kong punye cik sepet mihmihmih