Organize Baju-Baju

Tiru entry Ceera dengan Kak Pilla sebenarnya, muahahaha! Nampak sangat tak ada idea nak up entry khennn..  Padahal banyak je entry tertangguh. (-_-')

Aku dengan Qery, dua-dua baju banyak gila. Tapi bila keluar pakai baju sama.  Memang lols sangat. Kekeke! Ada certain baju yang rasa selesa, ada yang boleh feeling kurus, ada yang feeling ayu, macho, macam-macam kategori la. Padahal orang tengok ko samaaaa je tak de lain nya pun. Mihmihmih!

Memandangkan baby tak keluar dari dalam perut lagi, buat sementara ni masih tinggal berdua, so kitorang memang khas kan 1 bilik hanya untuk baju baju baju baju sahaja. Bilik baju sekaligus bilik gosok baju. 

Memang pening jugak la mula-mula nak arrange kan baju. Dulu aku asingkan baju ikut warna, sebab nak nampak cantik. Lepas tu paham-paham la lelaki ni kalau amik baju main tarik je, lepas tu selebet sana sini. Aku punggah balik. Aku suruh Qery asingkan baju mana yang dia kerap pakai, baju mana yang dia jarang pakai.

So kat sini ada beberapa kategori baju.

- Baju aku yang di hanger adalah baju jalan-jalan, so senang korang takyah merosakkan timbunan baju. Pilih2 tak suka hanger balik, takyah susah-susah lipat.

- Baju Qery yang di hanger jugak adalah baju jalan-jalan + kemeja lengan pendek untuk kerja. Senang dia nak cari baju dia. Kot terabur pun tempat dia,aku buat tak nampak je, hahaha!

 
-Rak untuk aku. Kemahin lagi, rak laki bini pun asing ye. Kalau sekali memang bikin hati panas je. Jadi, yang aku lipat cuma shawl bercorak 1 tempat, shawl plain 1 tempat. baju tshirt pakai kat rumah 1 tempat, baju (inner) 1 tempat, towel 1, baju untuk tidur, seluar jeans, skirt, semua satu tempat,  kena asingkan supaya senang nak cari. 

-Rak untuk Qery, semua baju jersey yang dia selalu pakai kena asing dengan jersey yang dia jarang pakai. Seluar jeans, seluar main bola. Asingkan jugak. Memudahkan dua-dua pihak. Huhu!

-Baju Qery pakai kat rumah, seluar pendek, stokin, semua simpan dalam laci. Sebab tempat ni la yang dia selalu usik pun, so kalau terabur pun dalam laci. Ko je yang tengok, ko punya pasal. Haha! Tapi selalu kemas je pun laci dia ni.

-Baju aku dalam almari pulak kebanyakkan baju kurung + sweater yang jarang-jarang pakai. 

-Baju Qery dalam almari semua baju melayu + baju kemeja lengan panjang. OMG banyakkan baju Qery, pitam aku nak mengagihkan.

-Tempat gantung2 ni better beli supaya ko tak nampak seluar tercampak sana sini. Sangkut sana kalau nak pakai lagi. Gitu.

-Baju yang taknak pakai takyah susah-susah lipat, campak je dalam bakul ni, hahahaha! Ini tunggu masa nak sedekahkan kat orang, tengah tunggu Qery ada masa buat QC, dia kata mana yang tak elok dia nak buang, yang elok baru sedekah kat orang, sampai dah penuh la bakul ni masih belum ada masa lagi nak buat qc nya. Tapi main bola dengan futsal memang terlebih2 masa. *ayat perli berdarah, haha*

-Baju anak takyah tengok, ada kat bilik sebelah. Jangan suka-suka nak masukkan dalam bilik aku dengan Qery. Baju anak biar bersepah kat bilik dia sendiri nanti. Umur setahun je lipat baju sendiri. Amboii.. Hahaha!

So kalau korang ada masalah nak organize baju korang yang banyak tu, kalau ada space, boleh la tiru, kalau tak ada space, silalah sedekahkan baju yang dah tak nak pakai tu, simpan2 pun lama-lama rosak jugak. Huhu!

Selamat Mencobaaaa! =)


Comments

Fizah said…
sungguh...K.E.M.A.S! =)
Hidup Haira Je said…
Setakat ni, kat umah saya je la yang rajin asingkan camtu, dorang kat umah suka bahan saya.huhu. Dorang kata, banyaaaaaak nya masa hang.hehe. Baju umah 1 laci, baju jalan2 1 laci, tudung 1 laci, jeans 1 laci.hehehe.. kan senang nak ambik n letak balik kan? tapi, kemas nya awak, che sepet oi.. Awak lipat cam baju kat kedai...hehe..

http://hairacookies.blogspot.com
suka idea akk.. banyak baju akk.. hehe
Liyliz said…
bkn sng nk btni. slalu kalau liz bt, liz rs keliru ni mcm nk pkai lg. tp rs mcm xnk pakai dah.
Chekgu Azrine said…
Yg pntg akk suka sbb kemas..thumbs up
Unknown said…
sy pn pning skrg nak kemas almari.. dulu sblm kawen bj sndiri pn da penuh. jualkn & bg kat org mana yg xpakai lg..pas kawen alahai rupanya en.somi pn jnis banyakkkk baju. xmuat almari. masih ada lg dlm luggage sbb xtau nk smpn kat mn lg =( pning nyaaaa.
PetakBunga said…
rajin jugak melipat tu.. siap susun ikut kaler.
kita basuh, hanger dr ampaian terus pakai.
mlsnya nk berlipat
exas said…
sm dgn konsep kita laa sepet....baju pkai rumah asing, bjln asing, jrang2 pkai pon asing supaya x nak bterabur jaa...hehehe....