Jun 12, 2014

Bercuti : HongKong + China (Part 3)

 Uish, rasa malas gila nak sambung entry bercuti ni, huhu! Tapi mengenangkan haku dah edit gambarnya, marilah kita habiskan je entry ni.

Hari ke tiga plannya jalan-jalan Kota Shenzhen.

Me and Manja. 

Baju bawak banyak, tapi aku repeat pakai baju ni sampai ke sudah sebab baju ni je yang tebal. Baju lain setakat sweater masuk wayang kat MidVelley boleh la. Tak sesuai nak pakai. Beku aku nanti. 

Pagi tu macam biasa la, subuh2 dah bangun makan sarapan. Lepas tu kita lepak lobi sambil tunggu bas. 

Kitorang di bawak ke tempat Jed la, ke tempat tabib china la.


Belakang tu kereta Ferrari okey. Bukan senang nak berdiri sebelah2 dengan kereta Ferrari kenn.. Nak beli memang tak kan la. Hahaha!

Jed takyah beli pun tak apa. Korang takkan pakai punya. Percayalah. 

Daku yang bizi me-reply wasap customer. Huhu!

Masa mabuk macam ni, tiap kali nak makan, aku stress sangat, sebab aku tak tahan bau makanan kat sini. Tapi terpaksa hadap.

Nampak macam sedap je kan. Tapi aku tak suka. Hahaha!

Lepas makan sambung jalan-jalan. Tak ingat nama tempat ni



Ish Qery ni suka letak tangan atas bahu. Aku sebenarnya kan, agak malu jugak la nak bermesra-mesra dengan Qery kalau depan family. Nak pegang tangan pun malu. Muahahaha! Walaupun family tak kisah pun tetap la aku cam poyo segan2. 


Masa ni sejuk tahap maximum ok. Aku memang tak tahan gila babeng. Tapi cover line dengan budak kecik, aku perhati budak tu rilex je. Huhu!

Korang tengok je la gambarnye. huhu!




Nak menunggu malam, sebab ada show. Lepak minum dulu.


Syok jugak show dia, memang best la. Tapi sebab cuaca sejuk melampau, aku keras kejung je sambil tengok. Huhu!

Balik tu hotel hidangkan makanan. Pun kalau boleh aku nak terbalikkan meja tu sebab tak tahan bau. Hahaha!

Esok pagi, kitorang kena naik train, balik ke Hongkong semula. Sebab nak pegi Disneyland. Aku pernah pergi sekali masa tahun 2010 kot. Aku tak ingat. So bila tak dapat naik roller coaster tak ada la sedih sangat. Dulu dah naik sampai tak ada suara terjerit2. 


Suruh mak ayah main roller coaster, tapi dorang takmo pulak. Huhu!


Nasib baik ada Manja tau. Aku tak bercakap sangat sebab tak larat. Kesian MIL aku tak ada kawan berborak. So Manja memang banyak teman MIL. Huhu!





Korang tengok gambar je tau.


Dorang teman aku duduk. Hahaha! Aku pulak kalau boleh memang nak duduk je. Kesian dorang tak boleh nak berseronok sangat. Kena jaga aku pulak. Kekekeke!





Malam tu ada macam salji2 buatan. Buatan pun tetap la seronok. Huhu!



Disneyland ni best kalau pergi bulan March macam tu. Cuaca cantik tak panas tak sejuk. Gitu. Pastu lagi best kalau dapat stay kat Hotel Disneyland dia. Thorbaik sangatttttt

Kitorang tunggu sampai malam sebab nak tengok bunga api. Padahal masing2 dah gigil2 kesejukkan.Tapi kalau tak tengok memang rugi la. Datang sini mesti kena tengok bunga api dia tau. 

Esoknya, waktu free kitorang. Nak jalan mana-mana, nak shopping last minit boleh la.Tapi kena jalan sendiri.

Kitorang decide pegi balik Ladies Market, *macam pasar malam / uptown gitu* Boleh beli barang hadiah kat sedara ke apa. Tapi tetiba pagi tu badan aku lemah gila.

Sampai je Ladies Market aku tak boleh jalan dah. Mak aku mintak tolong Manja bawakkan jalan-jalan.


Qery teman aku duduk sambil bau limau. Huhu! Tapi memang aku tak boleh jalan. Bagitau Qery aku nak balik hotel. Sebab tak larat sangat.

Menunggu taxi.

Sampai hotel terus melepek duduk. Huhu!

30 minit lepas tu tengok FIL dah balik. Dorang risau aku pengsan ke apa. Bersalah je rasa. Sobsob

Pastu dorang lapar nak makan tengah hari. Aku cakap korang pergi la, aku tak lapar. So dorang pegi makan. Aku lepak kat lobi sambil lelap2 mata.

Balik je dari makan. Qery berlagak, dia kata jumpa artis, Sleeq dengan Aaron.






Eleh tak heran pun *nada jeles*

Dah bawak luggage turun, sebab harini last day bercuti.

Tengok2 keychain, nak asing kan, mana mak punya mana kitorang punya.



Tetiba kat airport jumpa lagi Aaron Aziz. Huhu!

Borak sikit dengan budak kecik ni. Sebab lepas ni dah balik Malaysia ofkos susah nak jumpa.

Kat airport ni aku muntah berapa kali. Memang worst sangat. Dalam flight aku mabuk teruk, tahan muntah, tak boleh tidur, sakit pinggang. Huhu!

 Akhirnya, bila sampai Malaysia, balik tu aku terbaring seminggu. Tak bangun langsung ok. Qery balik ke, pergi kerja ke, dia urus sendiri. Aku tidur, bangun, muntah, minum, tidur balik. Hihi! Gila penat sampai macam tu sekali. 

Kepada yang tertanya2 aku pegi dengan agen mana. Aku pegi dengan Agen ni

Kalau korang nak tanya apa-apa, boleh refer sana tau.

1 comment:

Hidup Haira Je said...

Bestnya jumpa abg Aaron.. Terus abg gitu..haha.. Kitaorg yang baca plak excited tengok Aaron Aziz ngan family dia.hehe.. Sian sepet, nasib baik ni bukan kali pertama kat China.. Kat umah dah takpe, boleh rehat2 je kan? (^^,)