Jun 9, 2014

Bercuti : HongKong + China (Part 2)

Lupa nak bagitau, flight kitorang terus ke HK dulu. So hari pertama (full day) memang kat HK saja. Aku suka tour guide aku punya cara bercakap, paham bahasa inggeris dia, cuma yang aku tak suka sebab dia macam tak prepare barang2 yang sepatutnya dia kena prepare. Wah komplen pulak kan. 

Sepatutnya jadi tour guide walaupun bukan kerja kau sediakan duit extra *bertugas sebagai money changer, ataupun sediakan simkad*, tapi atleast tolong la kau punya customer cari tempat mana nak tukar duit, mana nak cari simkad yang betul, sebab kebanyakkan orang kat sana tak reti cakap english. Lepas tu bila kita tanya tour guide pasal kat mana nak beli simkad bla bla bla, dia suruh cari je kat 7e, bila pegi 7e pekerja sana tak tau speaking london. Haih, susah tau aku nak bisnes masa tu, takut customer yang tak tau aku bercuti nanti dorang fikir aku tipu duit ke apa kan. Stress mak incik.

Lepas tu ngadu kat Manja (agen dari Msia), Manja kata harini kita ke China naik train, nanti tour guide kat China tu tolong, sebab tour guide kat China tu memang sediakan semuanya. Manja pun pelik kenapa tour guide kat HK yang sorang ni tak prepare benda2 tu. Selama ni dia bawak trip lain, tapi dapat tour guide orang lain la, dorang sediakan je. Yang ni mungkin pemalas. Muahaha! Eh termengadu pulok.

Ok pagi pagi tu kitorang dah kena siapkan luggage, nak keluar sebabnya nak ke China tengah hari nanti. So sebelum turun breakfast aku dah kemas beg. Pesan kat PIL kemas kan beg juga. So lepas kita breakfast, naik bilik tinggal nak bawak turun beg je. 

 Seperti biasa, aku tak boleh telan makanan ni, haha! Semua benda nampak sedap, tapi aku macam was-was sikit. Jadinya aku ambik buah2 je la. Lagipun aku bukan breakfast person. 

 Mak ambik roti dengan telur.

Ayah tukang bakar roti. Hihi!

Qery makan apa entah aku pun tak ingat

 Makan buah je la. Sedap, manis sangat.Hihi!

 PIL aku memang jenis sarapan. So dorang ni tak ada masalah la nak makan apa pun. Semua boleh telan. Huhu!

Dah setel breakfast, kitorang naik bilik, angkut beg bawak turun. Sebab nak naik bas.


 Harus gedik-gedik dulu. Baju yang aku pakai ni aku beli murah gila. Ada diskaun 70%, jadi tinggal RM99 je. Kebetulan masa beli memang tinggal size aku je. Terus rembat. Suka sangat.


 Sabor je la Cepul terpaksa tengok adegan ini, hahaha!

 Kitorang tunggu bas kat lobi. Cuaca memang sejuk,tapi better dari hari pertama.


 Mak mertua iolls ni kecik je orangnya. 

Cepul masa ni tengah tunggu result PMR, dah lagi tinggi dari Qery pun.

 Selamber je kan pakai lipstik kat mana-mana pun, aku pedulik hape, hahaha! Ala lipstick je pun, bukan aku pakai maskara ke apa. Mula-mula Qery macam 'oi pakai la kat tandas', lepas tu dia pun dah biasa tengok, siap kalau tengok bibir aku pucat, suruh pakai lipstik terus kat situ, kekeke!

 Ambik gambar dengan Manja. *tour guide dari Malaysia*, Agen dari syarikat pelancongan yang comel lote. Sama kecik dengan mak mertua aku, cuma dia kuwus hangat hangat. Huhu!

Bila bas dah sampai, kitorang pun dibawak jalan-jalan tengok pemandangan, ada la nama-nama tempat tu, aku ni jenis pelupa nama tempat. Kebetulan hujan renyai, tapi ok la renyai. Jangan hujan lebat, apa pun tak boleh. Semalam masa jalan kat ladies market hujan lebat gila, so kitorang memang ada beli payung. 

 Payung warna warni.

 Dah la sejuk, hujan pulak. Lagi laaaa sejuk. Terpaksa pakai sarung tangan. Mengada kan. haha!


 Aku malas nak posing tau, *iyela tu*, tapi Qery tu sikit2 suruh diri sana, diri sini, pastu ambik gambar aku. Bagusla kan, kalau dia malas ambik gambar, memang tak ada la gambar2 aku, hahaha!


 Anak emak sangat ok Qery ni. Haritu mak mertua iolls datang rumah, dia mengadu aku selalu tak nak buatkan dia air nescafe. Muahahahaha! Lawak gila aku rasa. Mak mertua aku ni pun memang tau perangai anak sulung dia kan. Mak pun malas nak layan Qery. Aku memang malas nak buat air manis2 kat rumah sebenarnya, minum air masak je la. Sihat sikit. Tapi sesekali buat la, sebab Qery asik batuk je, tu yang kena kurangkan manis. Jaga sikit kesihatan, awak tu baru 30 tahun. Batuk2 dah macam umur 60 dah.

Eh terbebel kejap.

 Mak pinjam sarung tangan Qery, dua2 kesejukkan. Hihi!


Lepas dah puas amik gmbar kat situ, kitorang di bawak tempat orang naik kapal/bot.

 Sapa nak naik kena bayar. Aku malas nak naik, setakat naik bot tengok laut takyah ye. Kat Malaysia lagi cantik. Hahaha! Family yang naik tu masa turun bot, dorang bagitau menyesal naik sebab biasa je. Bayar dah la mahal tapi bukan ada apa sangat pun. Nasib baik kitorang tak naik. 




Lepas setel kat sana, dia bawak pulak kitorang pergi tengok jed emas berlian ke apa entah.
 



 Memang harga mahal gila la kan. Ada yang puluh2 ribu, tak mampu nak beli, kita tengok je. 

Lepas cuci mata, dah pukul 11-12 macam tu, kitorang pun di bawa makan kat restoran ala-ala arab ke apa. Inilah satu-satunya yang boleh masuk tekak aku.

 Ini je yang aku boleh habiskan sepinggan. Makanan lain 2 3 suap lepas tu dah tak nak.

 Dalam trip tu ada jugak budak kecik. Nama dia tak ingat, tapi kemain petah lagi.

 Makan berdua dengan Qery.

 Mak Ayah Cepul duduk meja lain.

 Masa ni dah tak boleh bla.hihi! Dah makan rasa nak muntah je.

 Tunggu train nak ke China pulak.

 Nak ke China ni tak sampai sejam kot. dalam 45 minit gitu. Kalau tak silap la. 

 Sampai-sampai sana, tour guide dia orang lain kan.Terus mintak simkad. Dia siap masukkan sekali dalam fon iolls, huhu! Nasib baik, on wasap tengok berdesup masuk notification.

Dia bawak kitorang check in dulu,solat semua. Lepas tu turun makan.


Roti je paling sedap. Tapi aku tengok orang lain berselera je, haha!

Ada banyak lagi aktiviti, haritu, pegi macam-macam tempat. Tapi dalam camera lain. Masa tu camera yang Qery pegang ni dah tak ada bateri. So kami charge dalam bilik.

Kat China memang banyak jugak tempat nak melawat. So malam tu dalam jam 8 malam, kitorang jalan2 kat pasaraya dekat dengan hotel. Jalan sendiri-sendiri. Sebab itu masa free kitorang. Dalam pukul 10 gitu balik bilik, terus terbungkang tidur, tak larat dah aku.

Bersambung =)

7 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Salam ukhuwah Zack_u,

Bestnya holiday obersi.. tapi tulah bila nak makan pulak susah kan dear.. suka pulak baju sejuk tu cantik..

Akak follow blog besar dear #4952 jemputlah ke blog kecik akak ye :)

Shazwani Ramly said...

Seronoknya holiday kat sana. Ada rezeki nak pergi jugakk heee.

sarah said...

berapa kos g sana?cam best jer...

Unknown said...

teringin nak g hongkong...kite pnh g beijing sajor.tu pon zmn blajar.nan hado la nk sopim sakan,hehe

nora razalli said...

mcm bes je!
insyaAllah nk pegi jgk nnti :)

Azwar Syuhada said...

Syoknya holiday!! Awat tak ajak?hahaha..

Irfa said...

suka tgk gelagat korang laki bini
comel sgt ;)