Jan 19, 2013

Celcom Xpax : Mesti dapatkan DATA!

Aku rasa benda ni macam common sense la. Semua orang dalam dunia ni perlukan kasih sayangkan. Kalau tak tau macam mana nak explain kita sayang, kite boleh tunjuk dengan perhatian. Perhatian tu macam ambil berat, sentiasa tanya keadaan, tak kisah la kau dekat ataupun jauh.

Ingatkan Kes Amy Nick dan Joe tu. Haritukan Nick tak reply mesej Amy kemain lama. Rupanyaaaaa Nick excident. Sedih tau. Yang si Amy tak tau, dia pergi bersuka ria dengan Joe pulak. Sian Nick.. dah siap beli cincin untuk Amy tau. I is emo la. Haha!

Takpe la Nick... kalau Amy pilih Joe, cincin tu bagi i je. *kelip kelip mata*



Itula sebabnya kena ada DATA. Supaya kite boleh lebih kerap berhubung, takde la wujud salah paham ke apa. Jadi korang cepat dapatkan DATA. Just dia *128#

http://bit.ly/dontLoseItAll
#DontLoseItAll
@xpaxsays
Jadi, semua orang perlukan Data, dail *128 sekarang okey, macam iolls pun guna data, heeeee =P

Jan 18, 2013

Kurang minum air...macam saya

Cea....'saya' 'saya'. Kalau customer atau mese/wassap/email memang aku akan bertukar sopan seperti gadis pilihan mak mertua. Ada yang kadang2 terkujat bila iolls cakap saya saya. Auw! Haha! Ngengada sangat tau nak tanjat. Saya memang sopan tau. Tak caya tanyala saya. Hihi!

Aku rasa dah jarang gila aku berbahasa aku aku aku kalau bercakap. Kalau tulis kat sini, tulis kat facebook dengan kawan2 biasa la. Sebab aku pun jarang berborak jumpa depan2 dengan kawan2. Jadi amatlah jarang aku ber aku aku aku. Dengan Qery pun tak pernah ber aku aku. Qery is mawahhh tau kalau iolls tercakap aku. Haha! Haritu haku marah protes dalam kereta, tercakap la 'sabarrrr jela aku' Dia punya ajuk ajuk ajuk sampai esok pagi. Mesej pun tacing send sampai 87 kali 'sampai hati cakap aku aku', haha! Anje hangat dia tu. Tumbuk tau la.

Aku boleh je cakap aku aku kalau mesej dengan customer, tapi apakah seperti kong ajo la kan. Kadang2 ada customer bukan pembaca blog. Dorang dapat no fon aku dari orang lain, takkan la aku sebegitu rude cakap aku dengan customer. Dulu sekolah agama kite belajar akhlak hokey, kena cakap saya saya. Tapi kalau berdoa dengan Allah cakap 'aku' seperti 'Ya Allah kau ampunkanlah dosa-dosa aku' Haha!

Sebenarnya 'aku' tu bukan la kong ajo ke apa kan. Tapi macam nak menunjukkan yang hubungan tu rapat. Iye la kot. Tapi macam awkward gila bila doa 'Ya Allah, awak ampunkanlah dosa-dosa saya' Boleh la kot. Hentam sajalah. Asalkan niat. Hehe!

Sekarang ni aku selalu nampak orang eja perkataan In Sha Allah. In Sya Allah. Dan aku seperti, oih kenapa tetiba eja macam ni?? Apakah ini? Hehe! Sekali aku tengok ada yang cakap kalau dalam bahasa Arab dia seperate kan ejaan tu, so kite pun mesti jarakkan sikit word2 tu. Erk? Sebenarnya takde masalah kot. Ejaan macam mana pun. Asalkan sebutan kite betul.

Ok, dia macam ni tau, ejaan Arab jangan disamakan langsung dengan tulisan rumi. Kerana letakkan huruf apa pun untuk nak samakan bunyi dengan bacaan Al-Quran, tetap ada certain part tak boleh nak eja dalam bahasa Rumi. Tapi asalkan cara kite sebut tu betul. Dah ok. Tak kisah jugak macam Muhammad, MOHD, still kite sebut Muhammad, sama macam Nur, Nor, still maksud dia cahaya kan. Kecuali kite pergi ubah tulisan jawi. Once you ubah tulisan jawi, bacaan/maksud dia akan terus jadi lain.

Sebutan pulak, bukan semua orang Arab mempunyai sebutan yang sama. Dorang macam kita. Ada dialag masing2. Macam dulu masa Al-Quran sedang dibukukan. Ramai penghafaz Al-Quran menghafal Al-Quran dengan dialag masing-masing. Tapi aku tak ingat siapala pulak. Ada sorang ni cakap tak boleh macam ni. Tak kan Al-Quran boleh ada banyak versi kan. Satu versi Kelate, satu versi Neghori Sombilan, uih cannot, sebab takut maksud dia berubah. Jadi dorang bakar balik semua Al-Quran ni, dan ikut dialag yang Nabi Muhammad SAW sampaikan. Sebab tu kalau korang pernah pergi Arab atau Mekah. Korang akan dengar pelbagai dialag.. Bila kite dengar kita akan cakap 'hello salah la sebutan awak' tapi kite sebenarnya tak tau..aku pun tak tau, haha!

Wallahualam, cerita ni aku dengar dari Ustaz Don, jadi dah lupa sikit2, haha! Kalau korang nak tau pergi tengok sendiri la. Aku tak tau episode berapa punya. Tak kisahlah awak awak nak tulis insyaallah, In Sha Allah, In Sya Allah, asalkan sebutan awak betul. dengan niat yang betul. Dah mencukupi. Jangan dibimbangkan sangat kalau salah eja ke apa. Asalkan sebutan tu betul.

Ewah dah macam 30 minit bersama Ustazah Sepet kenn?? haha! Tak lawak..

Tengok, haku nak cite lain sebenarnya, tetiba tercerita benda lain. Nak cite ni ada yang budak facebook yang fren dengan aku dah tau la. Sebab aku dah tulis kat facebook. Keke! Semalam lepas pos barang, aku gi makan. Sebelum makan tu termenung la kejap, sebab mengenangkan ulcer dalam mulut ada dua tempat tau. sob sob.

satu kat belakang bibir, bila nak ketap gigi je boleh rasa tau. tsk tsk. Satu lagi kat bawah lidah. Bukan bawah lidah. Bawah lidah yang kalau kite tekan tu keras. Kan atas lelangit kan. Dia yang belah bawah tu. Aku pun menagih simpati kat Qery sebelum makan.

S : Tau tak, lidah kita ada ulcer tau. Ada dua, Tapi ada satu tempat tu tak pernah kena kat situ.
Q : Kat mana?
S : Bawah lidah kat tempat yang keras tu. kalau atas kita panggil lelangit kan, kalau bawah kite panggil apa?
Q : Tetanah *muka stok nak kena lempang*

^_^

Terima kasih la dengan jawapan tu. Kenapa la tak cakap bebumi je. Pfttttttt

Terus aku makan, sakit pun dah tak rasa sebab rasa sakit hati je. Huhu!

Jan 17, 2013

PEMENANG TEKA DAN MENANG III

Sebenarnya tak proper pun entry kali ni, sebab aku memang takde masa nak update pun. Takpela sebab kalau dibiarkan lama, aku lupa lagi apa pun tak boleh kan. 

Kenapa ramai yang teka aku suka PINK?? 

Sesuatu tauu korang ni, haha! Itu warna kegemaran Qery, i is tak nak berebut dengan dia. Kite ada warna kesukaan tiap2 tahun, macam tahun lepas aku pilih warna merah. Walaupun macam takde pun simpanan aku wanra merah ke hape. Hahaha!

Tahun lepas lagi, lagi tak boleh bla, suka warna biru. tapi semua barang amik warna hijau. tak sedar diri betul. Yg sebenarnya aku tak kisah sangat warna2 ni, asalkan cantik dan harmoni je warna dia. *cea harmoni poyo gila*

Tahun ni, rasa macam nak.......warna...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
KUNING!!!!!

Tapi tahun ni ada la beli barang2 warna kuning, seperti pensil, bekas sabun, baju, berus gigi *itu je, semua benda kecik2 macam takde makna nak cakap minat warna kuning kan, haha*

Ingatkan nak snap gambar barang2 tu, tapi tak sempat *nangis*

Jadi jadi jadi, 3 orang pemenang jatuh kepada.

1. Haryati Faizal
2. Munierah
3. Cik Nono

Sila email ye, ke sepetsshhop@gmail.com dengan subject "saya menang!!" gittew, haha!

Tahniah. Yang lain, jangan tak percaya tau. Aku memang suka KUNING. ikhlas dari hati ini. hihiii

Jan 16, 2013

Motif sangat tauuuu

Pernah tak korang ada kawan yang suka sangat burukkan perihal orang lain. 

Contohnya kan...

'Budak B ni perangai dia bla bla bla bla, kalau aku jadi dia, aku takkan buat macam tu'
'Budak B ni kan, dia ni teruk tau, aku tak de pun'

Motif sangat kan, mungkin kalau orang yang senang kena hasut, dia akan terpengaruh la. Macam 'iyelaaa..aku pun perasan bla bla bla bla, iye la takkan la ko nak buat macam tu, ko kan baik'

Gittew.

Tayang keburukkan orang lain, supaya orang nampak kita baik je. Mesti ada punya kan. Haha! Aku pun pernah je kot menghadapi situasi tu. Kawan aku burukkan aku kat sana sini, cakap aku itu ini, padahal, kalau aku pecahkan rahsia budak ni, nak hidup pun ko malu lepas tu. Gittew.

Ada di antara kite memang cepat terpengaruh. Tepuk dada tanya selera. Fikir adakah korang jenis cepat dengar hasutan?

Contoh lagi, kalau masa sekolah dulu..kalau geng-geng tak suka orang tu, adakah engkau pun akan tak suka orang tu tanpa sebab? Mesti ada kan. Haha! Itu adalah ciri-ciri orang cepat terpengaruh.

Aku pun cepat terpengaruh. Terpengaruh kat gambar makanan. Tak boleh tengok makanan sedap. Terus rasa nak dapatkan jugak. Haha!

Lagi... macam semua orang cakap Paris best kan, mesti aku terpengaruh jugak nak kata Paris best walaupun tak pernah pergi. Boleh bergaduh okey kalau sapa cakap Paris tak best. Huhu!  ^_^

Cuma ada benda-benda yang kite kena fikir dulu sebelum orang lain cuba mempengaruhi kita. Seperti 'kau nak tau tak, muka artis kpop dia yang perempuan tu, sebijik macam kau'

Okey, yang tu kena fikir dulu. Haha!

Kadang2 kite kena sedar, aura negative tu datang dari sikap kita sendiri. Yang suka percaya dengan benda2 buruk, percaya hasutan kawan, jadi emosi bila baca status kawan2 yang happy. Kena ubah sikap kite. Tak ada orang yang boleh ubah kite melainkan diri kita sendiri. 

Kalau ada kawan2 yang hari-hari bisik kat telinga kau pasal keburukkan orang lain, sila jauhkan okey. Bila dia menjatuhkan orang lain demi menutup keaiban sendiri. Nescaya buruk akibatnya nanti. 

Pesanan masyarakat dari Sepet yang tetiba sensitif dengan isu kawan makan kawan. Haha! Tetiba sangat.

Berada di luar kawasan

Harini ada appointment dengan someone. Itu sebab jugak la aku tak dapat nak buat postage petang ni, tapi siapa2 yang bank in lepas pukul 2 sampai la lewat malam semalam, dah selamat di pos pagi tadi sebelum aku keluar berurusan. Ewah cam poyo tak hengat je nak urusan urusan, lempang tau la.

Kalau aku reply lambat, mohon kemaafan dariku *macam nak raya pulak, hehe*, aku akan curi masa untuk reply mesej/wasap/email korang. Sorry sangat tau. Harap korang bersabar dan bertabah la ye. Hihi!

And kepada yang wassap semalam semata-mata nak wish aku supaya cepat sembuh, terima kasih banyak2, lately ni ramai yang ambil berat kat aku tau. haha! supaya cepat sembuh la, tahniah la. tergelak aku sorang2..homeii jeeee..

Ini adalah entry berschedule ye. Di taip di tengah malam buta. Yang sejuk, di hadapan kipas, di bawah lampu kalimantan. Aku rasa ngantuk gila kot. Adoiii, nak hilangkan ngantuk, on facebook kejap, terus nampak gambar ni.


hahaha! Terus tak ngantuk.

Kalau la aku tidur seperti gambar kanan tu, kompom tak keluar rumah sebulan dan delete blog jugak facebook, mahupun instagram, haha!

Eh okey la, nak sambung buat kerja. byeeee!!

Jan 15, 2013

Tak berapa sihat sehingga esok. Boleh?

Dah tau dah tak sihat sampai esok. Seperti tak logik kan, haha! Dulu selalu la kat klinik doktor akan tanya patient, awak nak cuti sakit sampai bila..amboi..bahagia hidup. Huhu!

Oh takde la. Memang rasa unwell sejak semalam. pun gagahkan jugak keluar gi pos. harini still buat pengeposan. Rabu rasanya tak dapat atau senang kata tak sempat nak pos barang di sebabkan masalah personal. Jadi harap semua orang dapat bersabar. Barang yang diorder selepas pukul 2 harini sampai la Rabu, barang di pos pada hari Khamis. Sorry sangat-sangat. Hal yang tidak dapat dielakkan. 

Jawapan teka teki pun terpaksa di pospon entrynya pada hari Khamis, sebab aku nak update entry yang proper sikit. Sekarang ni rasa tak semangat nak taip banyak sangat. Pening kepala. Tunggu Khamis yeah semua orang.


Gambar ke 5 yang berjaya aku upload kat instagram. Tanjat kakak-kakak ku yang lain. haha! Siap perli2 ingat aku dah lupa cara nak upload gambar. Cis!

Jap copy paste dari IG eh..


Maaf ye, tuan punya blog memang suka upload gambar banyak kali. Hihuhihu!!

Itu je untuk harini. Aku dah tak larat dah. Byeeeee

Whitesoot buat SALE!!

Aku ni kalau stress sikit memang terus tangan tu gatal klik kat butik online. Salah satu terapi tau. Haha! Bila klik tengok ada sale pulak kat Whitesoot. Tak bergelora hati muda ni?? Mula-mula 'takpe kite tengok-tengok je', 5 minit lepas tu 'Yang ni pun cantik' 10 minit lepas tu, berangan konon2 dah pakai baju tu masa dating. Ok ni kalau tak dapat jugak baju tu kompom tak boleh tidur. Jangan sia-siakan hidup ni. *wah tetiba kan, haha*

Meh sama-sama bergelora bersama aku, huhu!


Cardigan ni begitu ohsem sekali.sekarang ni kan kalau kat opis sejuk, boleh la pakai cardigan ni. Nampak kpop sikit, kahkahkah! Makcik2 pun boleh kpop apa.


Aku tak kisah pun baju tu corak dia macam winter kan, banyak daun2, aku suka je. Hello? Daun tauu..cantik apa. Kalau pakai corak macam ni, yang pasti nanti tudung jangan serabut sangat. Baru la nampak cantik. Bajet pakar perunding, kadang2 aku hentam jugak pakai tudung pun corak2, barula berkonsep flora sikit, keke


Sapa pakai tudung, boleh je pakai dengan inner. Tak kisah. 
 
 
Pandai2 ko nak mix and match eh.  Sebab nanti tudung tu kan akan cover dada kan. Kot la ko pegi opis pakai turban, jangan la pakai baju ni yeah. hihi!


Baju kuning tu aku suka. Walaupun dah ada design yang sama warna hijau. Aku rasa nak jugak la warna kuning tu....huhu!


Homeinyeee
 

Ini lagi mak jemah suka. Grrrr

Sapa-sapa nak tengok baju apa yang ada sale. Boleh KLIK SINI

Banyak lagi baju kat Whitesoot.
Sekarang ni kan nak CNY, memang banyak la baju-baju terbaru dorang.
Dengar-dengar Whitesoot nak bawak masuk baju lengan panjang sesuai dengan muslimah-muslimah sekalian..jadi sila stay tune dengan Whitesoot tau.
Sebab selalu baju maxi dress dengan yang lengan panjang ni cepat je habis.

Nanti aku dah dapat baju dari Whitesoot, aku macam biasa akan menunjuk2 di sini. Hehe!
Okbyeeeeee =)

Celcom Xpax : Dapatkan DATA!! =)

Sticky Mode : Entry baru kat bawah =)

Ingat tak video sedih pasal Amy haritu..Tak ingat KLIK SINI,

Haku ni kot cerita drama malas nak tengok, haha! Tapi kalau kat youtube tau aje kan. Sekarang ni Amy tengah frust tau sebab Nick tak reply pun mesej dia. Sedih okey kalau boifren tak reply mesej. Memang la kalau hubungan jarak jauh ni kena paham, tapi yang tak pahaam sekarang, kan dah ada DATA...apa masalahnya lagi hoi?? Huhu! Emosi mak jemah seketika. Nick dah berubah hati dan menyendiri? Amy move on je? Tapi itu cincin siapa?? Tertanya2 rasa nak lempang diri sendiri, haha!


Erk?? Adakah Nick sudah kembali???? Cincin itu?? Sila tengok video itu dan kepochi bersama-sama iolls okey. hihi!


Persaingan sengit antara Joe dengan Nick, sapa laaa yang dapat Amy yang cantik tu. Jadi stay tune sehingga 18 January 2013 #Don’tLoseItAll @xpaxsays”

Pesanan penaja : Sapa belum ada data, cepatla dapatkan supayaaa hubungan lebih manis seperti madu. Hikhik!

Jan 14, 2013

Marilah syok sendiri, muahahaha!


Sebelum pape, kite mengaku dulu snap gambar ni adalah sebab syok sendiri je. Sementara tunggu Qery sampai. Haha! nasib korang la ye, terpaksa hadapppp jugak muka iolls. Shawl tu Ceera belikan. Dia cakap dia jalan2 putrajaya, nampak shawl belikan aku 2 helai.  Oh best kot. haha! Dia beli 3 helai tau, 1 helai dia punya, warna hijau yang cantik tu dia punya. Sobs. Baru nak pilih hijau tu.. Tapi hijau ni pun cantik. Maklumlah orang cantik pakai apa pun cantik. *matiklah puji diri sendiri, kahkahkah*


Berani mati buat muka duck face. Takpe,saya budak baru belajar. Nanti esok2 kite cuba lagi tau. Mesti jadi punya duck face. Dan tentu2 masa tu semua remaja 15 tahun mencemburui diriku ini.*jeling sikit kat anak buah, haha*
 

Cahaya keimanan yang terseelah, haha! Terima kasih kepada lampu kalimantan.

Sebelum ni ada orang tanya, tak berminyak ke kalau letak vcoa kat muka waktu malam. Ofcoz la minyak. Macam gambar kat bawah.


Senang je, kalau rasa tak selesa nak bawak tidur sampai esok pagi. Masa pakai tu,urut kat seluruh wajah, dalam 15 minit urut lagi. 15 minit selepas itu boleh cuci dengan pencuci muka masing2. Tapi kalau yang nak bawak tidur pun takde salahnya. Lagi best bangun2 rasa muka glow. 

Ok tu je Byeeee!!

Epson Dot Matrix LQ-300+II ittew

Minggu lepas aku ada up status kat facebook, tanya la kot sapa ada pengalaman guna dot martix kan. Aku bukan apa, takut la gamble beli sekaliii tak boleh guna, ataupun guna sekejap lepas tu rosak. Jadi marilah kite tanya kat sapa-sapa yang pernah guna.

 

Sekali semua jenama keluar da. Haha! Konfius gegirl tau. 


Kak Zuraini cakap epson kan, lepas tu dah 15 tahun pakai. Okey memang niat nak gi cari epson je. Sekali abang alim komen. Abang Alim tu kalau nak tau orang kuat POS LAJU tau..muahahaha! Matiklah cakap macam ni. Bila orang pos laju sendiri cakap EPSON siap bagitau model apa. Marilah kite jangan derhaka. Kite terus cari EPSON ye..huhu!

Tapi cari-cari yang LQ 590, boleh pulak takde stok. Tapi harga dia mahal la RM1500+ gittew. Kalau bagus terpaksa la beli sambil tutup mata kan. Nasib baikkk la takde stok. haha! Bukan satu kedai takde stok tau. kat the mines kan banyak kedai printer. Kedai EPSON sendiri takde stok. Yang ada LQ 300 ni, beza dia cuma slow sikit la. kirenya persecond dia bola taip 300 abjad. Yang LQ 590 ni persecond boleh taip dalam 420 abjad gittew. Aku pedulik apa dia nak taip berapa lama kan. Yang penting bukan aku yang kena tulis, haha! harga pun jauhhhh lebih murah.

*eh jap aku pun tak tau la persecond ke perminute ke, perhour ke, haha, tapi haritu rasanya orang tu cakap persecond, tapi macam tak logik ko taip persecond sampai 300 abjad kan..hurm*

Harga dia RM510. Sapa-sapa yang peniaga online boleh cari kat the mines eh. Boleh la cari kat low yatt, tapi sesak kot kat situ, mungkin la lebih murah kan. Tak kuasa mak incik nak pergi sana. Harga dia around RM510-RM599, pandai2 la cari kedai. Tanya survey2. Aku pun menapak ke kedai-kedai nak harga murah punya pasal. Qery tanya tauke tu senang tak pasang sendiri printer ni. Dalam hati aku..bukan kau yang nak kena pasang. Hakuuu jugak yang pasang.

Qery tu kan, printer biasa pun tak pandai pasang. Dulu masa beli mesin photostat untuk dia, aku jugak yang kena pasang, dah siap pasang semua baru dia ambik. Yang printer ni pun toksah la nak harap dia pasang. Aku ni pun ngenggg jugak bab pasang2 printer. Mana la pandai kan. Tapi kalau baca instruction tu, boleh la hentam sikit2. Takpe, kite usaha je la tengok macam mana yeah.haha! 


Bukak kotak je aku dah terduduk, terdiam, termenung, terfikir...macam manaaaaa niiii..huwaaaa!!
 

Mungkin bagi korang senang. Kalau sapa kerja IT lagi la gelak kannn tengok aku, sikit punya senang nak pasang pun nak huwa huwa. hahahaha!


Keluarkan printer dia...


Tengok gambar dia,terus macam juling mata. Okey mana satu nak buat dulu. Terus feeling mekanik sekejap. hover tak haku..

 

Sampai laaa ke connecting the printer to your computer tu, aku terur blur. nak connect pakai apa. cable pun dia tak provide. Aku pun takde cable sendiri.Sobss.. projek tergendala. Mencik!!

Cable dah beli la, tapi proses masih belum di sambung kerana dah takde mood. Tengok dah ada mood baru kite sambunf eksperimen. Hehe!


Blur kan gambar belakang..kerana.. nak bagitau. Kite ada beli cadar baru warna oren..kahkah! Itu je


Beli cadar pun nak cerita. Menunjuk la awak ni. 

(______________________________)

kbye!