Jun 4, 2024

EduFlora SKPJ : Part 2 (Meja Batu)

Sambungan kisah tadi, lepas je kira-kira and pilih design semua. Biasalah ye tugas aku ni tolong belikan set meja tu. Pastu aku pun kepochi la, tanya Qery nanti nak letak kat mana. Sebab Taman Eduflora tu rancangnya nak letak 4 set meja je. Ada extra boleh la letak tempat lain. Dalam kepala iolls ni memang dah fikir la kat mana semua, tapi tula, kitonyo takde kena mengena dengan sekolah tu, hahahaha! Jadi apa-apa pun mesti la Qery nak kena berbincang dulu dengan pihak-pihak tertentu.
 
 
Tak kisah la yang tu, hari yang dinantikan. Sampai lah set meja batu ni jauh dari Kelantan.
 

Aku up balik gambar dari story. Dalam lori ni ada banyaaaaaak set meja batu. Sebab ada lagi customer lain punya kan. Anyway, tq follower yang sudi infaq untuk sekolah Qery. Walaupun korang pun tak ada kena mengena dengan sekolah Qery, terima kasih sudi merealisasikan impian seorang Cikgu Khairi Fizairi yang teringin sangat nak sekolah dia cantik.



Cantiknya uolls, aku tengok ni rasa terharu sangat. Sekolah Qaiser ada banyak meja batu ni. Lagi sekali explain eh, haha. Sebab tiap kali aku up kat story, mesti orang konfius. Jadi bagitau lagi. Qaiser dan Qery tak sama sekolah. Qaiser dia sekolah area rumah aku je. Kami memang dari awal dah bincang untuk tak nak anak-anak satu sekolah dengan Qery. Banyak lah sebabnya eh, nanti tu explain lain. Kesimpulannya, sekolah Qaiser (dan adik-adiknya) ada banyak meja batu ni. Memang function teruk set meja batu ni sebab murid2 boleh la main, atau duduk lepak. Nice view la kalau nak tengok.


Aku bukan nak banding beza sekolah itu sekolah ini. Cuma tak sangka, akhirnya sekolah Qery dapat jugak meja cantik ni macam sekolah lain. Hahahaha. Tak dinafikan setiap sekolah ada keistimiewaan sendiri. Cuma bab keceriaan tu, mungkin orang lain rasa tak penting, tapi sebenarnya pengaruh sekolah cantik ni, besar untuk anak-anak.


Dan rezeki jugak, abang lori tu cakap customer reject meja Didi ni, tak sure la kenapa. So dia tanya Qery nak tak, dia bg diskaun sikit. Qery pun tanya la pentadbir dia, sekali pentadbir dia kata ok, ada balance duit sikit untuk beli ni. Jadi lah 10 set meja batu ni. Lompat bintang eh kita. hahahaha!

 

So, 4 set meja kat Taman EduFlora (nanti aku tunjuk kat korang tamannya). 5 set meja cadangnya nak letak kat sini (gambar bawah)

 
 
Area sini.
 
 Qery dengan salah sorang pentadbir dia bincang dua orang, nak simen balik tempat ni (dah siap nanti aku up lain sebab tak sempat snap gambar lagi). 

Kat sini la nanti semuanya. Yang ni nanti dah siap aku tunjuk, buat masa sekarang belum siap, cuma dah siap simen tempat ni warna hijau, cantik sangat. Boleh la upgrade sikit-sikit. Dari tak ada kan. hahaha.

Ini bukan kisah taman EduFlora, ini kisah selingan meja batu. 😆😆😆

Sebab tiba-tiba dapat meja batu extra kan. Terus la dapat cantikkan tempat lain. Meja batu tu kan takde atap, tapi dia ada lubang kat tengah. Abang lori tu cakap, kalau nak letak payung memang cun teruk. Tiber, sorang parent ni dari kelab Sempoi Fc Jr (Kelab Bola Sepak under Qery) nak infaq semua payung kat meja batu. Alhamdulillaaaahhhhhhhhh. 💗💗💗

Moga pahala berpanjangan buat korang yang contribute untuk set meja batu. Hasilnya belum nampak lagi. So korang kena stay tuned gituhhh hahaha. 

Sambungan next part, aku tunjuk Taman EduFlora pulak.

EduFlora SKPJ : Part 1

 Kita cerita benda paling latest la, kononnya aku nak update cerita sebelum-sebelum ni. Tapi nanti cerita ni lupa pulak. Maklumlah eh, kadang otak tu belum bangun tidur. 😆 So meh la kita cerita sikit benda yang sedang terjadi.....


2 bulan lepas, Qery duk tag tag aku kat instagram pasal nak mencari dana untuk Taman EduFlora sekolah dia. Aku malas layan. hahahahaha. Eh bukan sekolah anak kitewwwwwww, kenapa awak tag tag saya puler kan. 😆😆😆


Aku bukan apa guys, kita nak meminta-minta dana ni kan segan juga. Sebab kan baru ke haritu kawan-kawan kat instagram dah infaq untuk Ramadhan (infaq murid asnaf). Jadi aku biarkan je la Qery "pandai-pandai" dia lah nak cantikkan Taman EduFlora beliau tu kan. 


Sebulan plus-plus setelah itu, aku baca story dia berbaur kesedihan 😆 Dia cakap mungkin hajat dia nak cantikkan Taman EduFlora tu akan terkubur, sebab dia nak cari dana beli meja batu tu tak dapat sambutan. 


Em, aku nak cerita macam mana eh pasal sekolah ni. Kang kalau kita cerita lebih-lebih pun tak elok sangat kan, haha. Tp untuk umum je la. Mana-mana sekolah ni banyak sangat projek, projek nak buat itu, nak buat ini, perancangan itu, perancangan ini, kebabom, tapi dana cikgu cari sendiri. 


Macam, APO..... kan. hahahahaha!


Tapi tu lah, jenis seorang Khairi Fizairi. Dia suka kalau sekolah dia cantik dan dia suka budak-budak seronok datang sekolah. Budak-budak ingat sekolah dia cantik, ada tempat nak ambik gambar, ada tempat lepak, sebab yela kan guys. Kita sekolah 6 tahun je kat situ. Kalau semua cikgu jenis yang, "bukan kerja aku nak cantikkan sekolah", kesian kat budak-budak.


So, bila tengok story Qery yang menyedihkan tu, hahahahaha. Aku pun terus la up kat instagram. Dalam hati aku, dapat satu meja batu pun Alhamdulillah. Kos satu set meja batu tu dalam RM180-RM250 macam tu. Qery dia try cari dana sebulan lebih dapat RM50. Dia sedih la, dia niat nak cantikkan sekolah, dia tak dapat apa pun korang, dia bukan jenis kejar APC pun, penat lagi ada. Kadang aku pun tak paham dengan dia, tapi aku tau dia memang jiwa pendidik. Aku rasa korang yang follow aku pun tau la kan. 


lebih kurang macam ni la meja batu yang Qery nak beli


Nak dijadikan cerita, hari yang aku up story tu kebetulan hari Jumaat. Esoknya Qery cek kat akaun dia, total orang infaq, boleh beli 5 set meja. 😲😲😲 Terkejut aku, huhu! Lepas tu ada pulak tiba-tiba sorang parent ni wasap Qery personal nak infaq 4 meja lagi. Tiba-tiba weh dapat 9 set meja batu. Tak ke gembira si Khairi Fizairi tu. Bukan untuk dia lah yang pasti, untuk sekolah. hahahahaha.


Okay, nanti sambung part 2. Nak mandikan bayi dua orang. Dari tadi ke hulu ke hilir tanya mami dah siap work ke 😆

Jun 2, 2024

First Entry Setelah Bertahun Tinggalkan Dunia Blog



Ya Allah, nak mulakan balik menulis je wak, tapi kena setting macam awal-awal blogging dulu. Dengan header instant, syukurlah apa adanya. Bab nak upload header pun aku fikir berjam-jam. Awal tu konon nak letak muka sendiri je, alahhhhhhhh...macam shy shy la tengok diri sendiri sorang-sorang kat situ (faktor usia ke faktor mengada-ngada ke, korang buat la pilihan yang mana satu, hahaha). Sudahnya aku up je la gambar keluarga dulu. Nanti la kot rajin bila nak edit (macam tak mungkin kan 😆)

 

Sebenarnya memang nak update lamaaaaaaaa dah (tolongla percaya), tapi biasalah ye kita pompuan tak pernah salah....

 

Semuanya salah...

 

1. Laptop slow

 

Cukup la eh satu dulu alasannya. Tiba macam loading pula otak saya ni 😆😆😆


Next entry la baru nak up cerita raya ke, jenjalan ke. Dia camni tau, kalau aku tak update kat blog, memang akan terkubur kisah tu. Setakat tengok balik gambar kat ig, macam tak feel eh. Moment-moment best tu terlupa dah. Ye la kan, macam dulu kita ambik gambar letak dalam album, bila belek balik kadang tak ingat pun masa ni tengah buat apa eh. Kan kan... Kalau kat blog ni atleast boleh la cerita balik, ingat n kenang yang manih manihhhhh...


Mana blogger-blogger tegar dulu, jom la start balik. Takkan baca je guysssss. 😜

Jun 27, 2019

RAYA 2019 KCB - WAJIB TIAP KALI RAYA

Tahun ni dan tahun lepas, sebenarnya ada macam-macam jadi kat family aku. Ada suka duka semua tu dugaan hidup. Paling ketara nampak perubahan kat mak la. Mak kesian, dah la suami tak ada nak sembang cerita suka duka, lepas tu anak ramai jarang balik (aku la tu, haha). Mak ni kan aku cakap sangat soft spoken (abang, ayie ikut la), yang lain depan orang je soft spoken, depan adik beradik petir kilat guruh semua. hahaha!

Aku sebelum kawin memang cakap lembut wei. Sampaikan kawan2 mak aku mesti tegur suara anak kau lembut je. Korang baca jangan muntah ye, haha! Mak sampai balik rumah tu cakap sorang-sorang, elehhh mak dulu pun muda2 suara lembut sambil jeling kat aku. Siyes laaa mak hahaha. Tapi sekarang, kalau Qery baca ni, dia akan lempang diri sendiri. 

Mana taknya, aku ngikut perangai Qery la suka jerit2. hashtag done salahkan suami. hahaha! Aku rasa jiran pun tau aku suka menjerit. Anak satu sampai sekarang, berapa tahun dah tu. Lantok. 

Beberapa tahun ni, kitorang adik beradik cuba menggembirakan mak je la. Macam ritu bawak mak pergi hitea, adik beradik lain selalu je bawak mak jenjalan. Pastu kitorang decide belikan something untuk mak supaya mak gembira sikit. Gitu2 je la mampu. Mak pun sekarang kerap pi masjid sebab nak jumpa kawan2. tapi baru2 ni tak pergi sebab abang tak sihat, pastu mak pun tak sihat gastrik. Baru ni mak masuk spital sebab gastrik teruk. Itulah sekarang ni masih duduk rumah Ceera sebab mak memang suka duk rumah Ceera, Ceera masak sedap, rumah dia sejuk, rumah dia meriah. Ha gitu. hehe!

Mak dan Abang

Mak dan Akak

Mak dan Kaklang

Mak dan Kakcik

Ode takde ambik gambar dengan mak, sebab manaaaa entah dia pergi masa tu.

Mak dan Andak

Mak dan Atam

Mak dan Ayie

 Mak dan Aku

Aku rasa setiap anak nampak je kesusahan makpak memasing, cuma kita sendiri kena sedar atau ada rasa tanggungjawab untuk tidak lagi menyusahkan makpak kita. Patut anak dah besar-besar, tanggungjawab kita menyenangkan makpak pulak. Itu masing2 punya kesedaran lah. Macam aku pun banyak kurangnya. 

Untuk diri sendiri jugak lah. Aku kalau ada masalah ke, takkan cerita dengan mak sebab taknak mak risau. Aku cukup marah kalau Qery bagi mak dia risau. Pantang aku tu menyusahkan hati makpak. Haha! Tapi tu la, lelaki dengan perempuan ni sifatnya tak sama. Lelaki ni nak ambik perhatian lebih, kita ni selalunya lebih memahami perempuan, taknak bagi makpak risau. Betul tak uolls.. huhu!

So apa yang wajib tu??

Wajib bergambar kat jalan raya, hahahah! Lorong bukit ni memang kenangan mengusik jiwa la. Tempat aku duduk ni, dah berpuluh tahun, lebih 50 tahun. Dari jalan raya tanah je, dari air pun takde kat rumah, letrik takde. Sampailah sekarang ni semua ada. Tapi area rumah aku ni masih mengekalkan kampung. Ko boleh jalan kaki pergi kedai runcit. Banyak kedai, ada pasar malam, sekolah pun jalan kaki. Camtu la kiranya Cheras Baru ni memang kalau orang kampung datang bandar, kalau masuk Cheras Baru takkan rasa nak balik kampung sebab sini memang suasana kampung, tinggal takde sawah bendang je. haha!

 Lorong ni la semua adik beradik duk bermain.

 Aku rasa adik beradik aku je selalu main kat luar sampai besar, kalau balik rumah mak, mesti nak berjalan kat lorong ni. Dulu kitorang main badminton kat sini, riuh.

 Bila aku balik, nampak je lorong ni pun dah gembira, haha!



 So memang wajib bergambar kat sini.





 Tergedik-gedik mak orang ni, haha!

Namjahatnam.

Seronok tak ada adik beradik ramai?? 

Mestilah, hahahaha! Jadi, beranak la ramai2 kalau nak riuh camni.. Aku 3 je, bila nak tambah lagi tak tau lah, haha!

RAYA 2019 KCB - ABANG ZAKI

Mana yang ikut cerita ig story aku maybe dah tau la. Atau kalau yang follow kakak-kakak aku yang lain pun maybe tau jugak cerita Abang sulung aku ni. 

Actually, abang dah lama sakit. Sejak tahun lepas lagi tak silap aku dia mengadu sakit. Pernah batuk tu sampai keluar darah. Tapi bila pergi doktor, biasalah bagi ubat batuk semua. Dia memang dah mengadu sakit dada, sakit badan semua. Kitorang cuma mintak dia cek dengan doktor la macam biasa.

So agaknya satu hari tu dia dah tak tahan sangat, ke hospital jugak la perginya. Aku ni tak tau sangat berapa kali abang check up hospital. Tau pun kalau Kakwe atau Ayie update kat group family. Yela kalau balik Ceras pun, balik rumah mak je. Bukan singgah rumah abang pun. Kalau abang ada kat rumah tu baru la nampak dia. Kalau tak, tau dari mak cerita je. Mak ada cerita sikit2 abang batuk darah la, risau jadi macam abah la, susah nak telan la. Aku ni malas fikir sebab taknak percaya abang sakit teruk. Kalau boleh taknak fikir yang bukan-bukan. Kadang fikiran kita ni kan magnet. Sebolehnya nak fikir baik-baik je. 

Sampailah satu hari, abang masuk spital, buat MRI semua. So hari kenduri (mak aku buat kenduri tahlil untuk arwah abah kat rumah je, so semua adik beradik ada), kitorang lepak dalam bilik mak. Mak cakap, mak rasa abang ko ni dapat cancer sama macam abah. Aku dengan adik beradik lain semua sangkal. Eh tak kot mak. Mak cakap, abang ko nak telan susah. Macam ada benda halang, sempit lorong nak masuk makanan dia. Kitorang cakap maybe ada ketumbuhan kot kat saluran tu, sebab tu jadi sempit.

Memang berharap sangat bukan cancer. Lepas tu abang masuk bilik mak, kitorang suruh duduk cerita apa sakitnya. Abang pun cerita, nak makan susah, kena makan sikit-sikit. Minum air pun tak boleh teguk sekali, nanti semua keluar balik. Kenyang pun bukan kenyang kat perut, tapi rasa penuh kat dada. Makan rasa tak puas, tapi perut dah tak boleh masuk. Lepas tu MRI result pun dada abang nampak semua putih..

Bab semua putih tu sebenarya aku terkejut gila. Sebab masa arwah abah aku dulu, aku ikut pi buat MRI, aku sendiri tengok result MRI dia kat spital. Abah dulu result dia kat paru-paru memang ada putih, tapi tak de la banyak, still bertompok sana sini tapi bukan semua. Ini abang cerita penuh putih, aku macam tak boleh fikir dah. Tapi cuba la fikir yang maybe ketumbuhan kot sebab tu nampak putih sampai semua sekali. 

Tapi memang symptom suara hilang tu abang dah dapat. Bayangkan ye, arwah abah aku 4 bulan sebelum dia meninggal, suara dia bertukar. Bila abang suara bertukar aku rasa keras perut, tak tau nak cakap apa..

Beberapa hari lepas tu, dalam group family, abang bagitau dia disahkah penyakit Cancer Paru-paru stage 4. Semua orang sedih gila, mak la terutamanya. Aku rasa akak-akak aku semua dah nangis dah. Akak opkos sedih sangat sebab tu abang dia kan. Abang paling sayang la, kekecik membesar sesama. Aku pun sedih jugak, rasa kecewa dia lebih teruk dari arwah abah dulu.

Masa arwah abah dulu, takde siapa pun dapat sakit cancer. Aku tak tau apa akan jadi kat abah. Aku tak tau abah akan jadi makin kurus, tak boleh bangun, tak boleh bercakap, tak tau la bayangan keadaan pesakit cancer ni akan jadi apa. Jadinya memang kita ikut je step dari abah berisi, batuk, tak lalu makan, badan panas, suara takde, tak boleh jalan seimbang, jatuh banyak kali, meracau (cakap bukan-bukan), hilang kawalan (seluar nak pakai kat badan, baju nak pakai jadi seluar). Aku kalau ingat ni boleh nangis jugak la.

Tapi bila dapat tau abang dapat sakit sama macam arwah abah, aku jadi lebih sedih sebab aku dah tau apa akan jadi dekat abang kalau abang tak kuat. Aku terbayang apa yang jadi kat abah tu. Sebab tu sedih dia lebih dasyat. Kisah abang ni pulak family dan kawan2 terdekat je la yang tau. Baru kawin nak hidup bahagia, tiba2 dapat tau ada cancer, stage 4 pulak. Itula semua termenung..

 Abang masuk spital, dia wasap dia berak tapi keluar darah je, dia bagitau dia takut. Lemah je jantung aku dengar. Tapi tu la, sebagai adik beradik, nak tak nak kena bagi kata2 semangat kat dia.


Hari tu aku tak pi melawat. Esoknya baru melawat abang..

Sebab tu lah aku cakap, raya kali ni sedih tu rasa bertimpa-timpa. Sedihnya tak tau nak cakap macam mana. 

Kitorang memang suka ambil gambar, tapi abang jenis jarang raya ada sekali. Macam tahun lepas raya pertama dia kerja. Petang tu baru ada, tapi aku bergambar jugak la dengan abang, sebab memang nak bergambar sesama. 

Tahun ni patutnya abang beraya kat spital, tapi tak tau last puasa tu doktor bagi balik. Kitorang dah plan nak pergi beraya kat spital pukul 4pm gerak sesama. Mak pun dah tak semangat nak raya bila abang kena duduk spital. Mak cakap dah tahun ni takyah raya. Tapi bila dapat je tau abang dapat balik, semua orang gembira gila ye. Semua semangat balik nak beraya. 

Akak dan abang, ni bff la masa kecik dulu. 

Kaklang dengan abang

Kakcik dengan abang

Andak dengan abang. Andak ni mak nombor dua abang la. hahaha! Ada masalah je dia akan datang jumpa mak nombor dua dia ni.

Atam dan abang

Aku dan abang. 

Abang ni very soft spoken, tak pernah dengar dia jerit cakap kuat2, kitorang je selalu cakap jerit2 kat dia hahaha. Nasib la dapat adik2 suara petir camni. Aku takde rapat macam kakak2 yang lain, tapi still bertahun duduk dgn abang, gaduh selalu hahaha. tapi gaduh pun tetap saiyangggg sampai syorga. Gitu. Doakan abang sihat tau. 

Ok tu je nak cerita. Bukan nak mintak simpati, tapi mana yang baik ambik lah.. Ramai yang dm aku tanya macam mana symptom cancer. So apa yang aku ceritakan ni, incase jadi kat salah sorang yang korang kenal, just beware and mintak pergi cek kat spital. Kalau masih awal dapat tau, Insyaallah boleh sembuh. Segala ubat penyembuh tu dari Allah. Kita ikhtiar je dari cara macam mana pun. Kalau Allah izinkan kita sihat dengan cara moden atau tradisional, alhamdulillah. 

Ok semua, byeeee

Jun 26, 2019

RAYA 2019 KCB - FAMILY NOH

Disebabkan tahun ni fullhouse, semua adik beradik ada berkumpul. Jadinya lengkap lah nak cerita kat korang pasal adik beradik aku ni. Arwah abah je tak ada, tapi tetap dalam hati semua. Kalau nak kenang memang sedih la, tapi sebab kita nak happykan mak takmo dia sedih tiap kali nak raya, so anak-anak buat sehabis baik la even memang anaknya perangai memasing mata ke atas, hahaha!

 Ini abang, tahun ni umur dia 50 tahun. Baru 2 tahun kawin dengan Kak We (orang Kedah). Dorang ni tinggal kat kedai mak. Tingkat bawah mak buat 2 rumah sewa. So abang duduk situ la. Abang takde anak, tapi Kakwe ada 7 orang kot, ke 6 orang anak. Ke 8 orang, entah la aku tak sure sangat, ritu Kak we ada cerita tapi lupa sudah. Melayu mudah lupa kenn.. kekekeke! Kak We sangat baik, sangat pandai masak, selalu masakkan Laksa untuk adik beradik kami. Anaknya besar dah, sebab dia lebih tua dari abang, so anaknya besar dah la. Anak last tak silap umur pun dah 23 24 camtu aku tak ingat. Kiranya jodoh kali kedua dengan abang. Abang aku kawin lambat umur 48 baru kawin. Gicuuu..

Family Akak. Anaknya 4 orang. Dari kiri, Darwish (manja gila babeng ni wei), Danial (Ni pun manja tepuk dahi aku nengoknya, haha), Abangah, Mak, Akak, Iqa (paling tua, so paling kesian la haha), Angah (ni paling ganaih tapi hati kecik,haha)

Ni semua dulu opah jaga. Korang kena selalu datang tengok opah tauuuuu.. Haih dulu aku jaga bebudak ni (jaga la masak, suap, basuh berak, bawak pi shopping mall naik taxi, haha). Dorang ni dulu tiap hari ada je kat rumah opah, maknya hantar. Kadang sampai malam tak balik-balik lagi. Aku yang bila korang nak balik ni? Hahahaha! 

Jaga bebudak ni senang, perangai tak de la nakal mana. Biashe biashe je. Cuma zaman kecik aku sekejap je la. Zaman jadi anak bongsu sampai umur 6 tahun je. Lepas tu dapat dah anak buah, lepas tu bersambung-sambung dapat anak buah sampai sekarang, aku je yang beranak. hahaha! Walaupun orang kata anak bongsu manja. Benonya aku 6 tahun dah tak bongsu. Siap jaga anak buah ramai 9 orang lagi tau. Tapi tula. Jaga dorang ni, mudah banyak jaga anak sendiri. Pengalaman mendewasakan acegituuu cite dia, haha!


Ini family Kaklang. Dari Kiri Ajai (halah budak kuat nangis masa kecik, nangis dia boleh bersambung-sambung sampai kalau jiran aku pun tau dah siapa yang menangis tak berhenti tu,haha), Ayin (punya nakal masa kecik, ingat balik geleng kepala haha), Banglang, Mak, Kaklang, Ajoi (paling senang jaga, macam Qaiser senang giler)

Bebudak ni pun aku gak jaga. Tapi sebab perangai sorang-sorang baik je. Ayin ni dulu feveret Ceera. Asik berkepit je dua orang ni. Aku jaga tu takde la jaga sorang. Mak aku yang jaga sebenarnya, tapi aku tolong2 la kalau mak takde, mak keluar, mak gi kedai. Gitu.

Family Kakcik, dari kiri Nabil (anak bertuah yang asik tidur je), Qayyum (so funny dia ni, malas nak cite je haha), Bangcik, Mak, Kakcik, Merah (pemalu hashtag konon), Hadif (manja jugak ni)

Anak kakcik kejap je jaga. Sebab dia sekejap je duduk area rumah mak. Lepas tu dia duk klang jauh. Tapi family ni semua pun lawyer, lawyer buruk. Hahaha!

Family Ode. Dari kiri Hakim, Ode, Mak, Kak ida, Tika, Mia

Dorang ni aku tak jaga dah. Tapi masa sebelum kawin dorang selalu datang rumah so selalu la main borak2. Masa tu Mia kecik lagi, Hakim pun kecik selalu kulit dia merah2 naik allergy masa kecik. Besar ni dah banyak kurang, tapi still ada gatal2 kalau berpeluh atau kulit kering sangat.

Anak Ode pun semua baik belaka.

Family Andak , dari kiri Anoi (ratu nangis masa kecik dulu haha, sekarang helok), Bangndak, Mak, Andak, Nisa (kakak kesayangan Qaiser dan Runako ni, haha)

Aku takde la jaga anak andak, tapi masa tinggal rumah dia 3 bulan (praktikal kat KPJ Seremban), masa tu Nisa kecik lagi. So sempat la rapat sekejap dengan Nisa.

Family Ceera, Dari Kiri Yunnan, Keisha, Ciput, Mak, Atam, Bunyamin

Yang kekecik ni langsung la tak pernah jaga. Sebab Atam pun tak pernah hantar ceras suruh mak jaga. Plus dia pun suri rumah. So memang dia lah jaga sendiri anaknya. 

Tapi mujur la tahun ni, Ceera beli baju warna hijau. Kalau tak sebelum ni, asik kena carut je warna dia tuuu..

Family Ayie, Dari kiri Aira, Ayie, Mak, Kak Ninie, Atuf.

Dorang ni pun aku tak jaga. Jumpa kalau datang Ceras la. Anaknya pun baik sungguh tak de pepelik perangai. Hahaha!


 Family Zuhana kena lebih sikit gambar, hahaha!

Dari kiri Qaiser (kemain kaki dia wei, haha), Qery, Mak, Aku , Yurika (sejenis diva) dan Runako.

Family beshe beshe je ni. Tengok baju aku warna tak sama dengan yang lain. But dont care. Hahaha!Selama ni dah berkorban pakai je baju apa pun nak sama warna dengan anak2. But no more kali ni ye. Bagi can mak ko nak baju lain sikit. kekeke!!

 Cukup 9 orang anak mak. 


 Menantu mak.

 Cucu mak




Keluarga Noh + Hasmah. 

Entah la berapa orang tu tak koser aku nak kira. Hahaha!

Selamat Hari Raya uollssss... Muah!!