nuffnang

Jun 27, 2019

RAYA 2019 KCB - ABANG ZAKI

Mana yang ikut cerita ig story aku maybe dah tau la. Atau kalau yang follow kakak-kakak aku yang lain pun maybe tau jugak cerita Abang sulung aku ni. 

Actually, abang dah lama sakit. Sejak tahun lepas lagi tak silap aku dia mengadu sakit. Pernah batuk tu sampai keluar darah. Tapi bila pergi doktor, biasalah bagi ubat batuk semua. Dia memang dah mengadu sakit dada, sakit badan semua. Kitorang cuma mintak dia cek dengan doktor la macam biasa.

So agaknya satu hari tu dia dah tak tahan sangat, ke hospital jugak la perginya. Aku ni tak tau sangat berapa kali abang check up hospital. Tau pun kalau Kakwe atau Ayie update kat group family. Yela kalau balik Ceras pun, balik rumah mak je. Bukan singgah rumah abang pun. Kalau abang ada kat rumah tu baru la nampak dia. Kalau tak, tau dari mak cerita je. Mak ada cerita sikit2 abang batuk darah la, risau jadi macam abah la, susah nak telan la. Aku ni malas fikir sebab taknak percaya abang sakit teruk. Kalau boleh taknak fikir yang bukan-bukan. Kadang fikiran kita ni kan magnet. Sebolehnya nak fikir baik-baik je. 

Sampailah satu hari, abang masuk spital, buat MRI semua. So hari kenduri (mak aku buat kenduri tahlil untuk arwah abah kat rumah je, so semua adik beradik ada), kitorang lepak dalam bilik mak. Mak cakap, mak rasa abang ko ni dapat cancer sama macam abah. Aku dengan adik beradik lain semua sangkal. Eh tak kot mak. Mak cakap, abang ko nak telan susah. Macam ada benda halang, sempit lorong nak masuk makanan dia. Kitorang cakap maybe ada ketumbuhan kot kat saluran tu, sebab tu jadi sempit.

Memang berharap sangat bukan cancer. Lepas tu abang masuk bilik mak, kitorang suruh duduk cerita apa sakitnya. Abang pun cerita, nak makan susah, kena makan sikit-sikit. Minum air pun tak boleh teguk sekali, nanti semua keluar balik. Kenyang pun bukan kenyang kat perut, tapi rasa penuh kat dada. Makan rasa tak puas, tapi perut dah tak boleh masuk. Lepas tu MRI result pun dada abang nampak semua putih..

Bab semua putih tu sebenarya aku terkejut gila. Sebab masa arwah abah aku dulu, aku ikut pi buat MRI, aku sendiri tengok result MRI dia kat spital. Abah dulu result dia kat paru-paru memang ada putih, tapi tak de la banyak, still bertompok sana sini tapi bukan semua. Ini abang cerita penuh putih, aku macam tak boleh fikir dah. Tapi cuba la fikir yang maybe ketumbuhan kot sebab tu nampak putih sampai semua sekali. 

Tapi memang symptom suara hilang tu abang dah dapat. Bayangkan ye, arwah abah aku 4 bulan sebelum dia meninggal, suara dia bertukar. Bila abang suara bertukar aku rasa keras perut, tak tau nak cakap apa..

Beberapa hari lepas tu, dalam group family, abang bagitau dia disahkah penyakit Cancer Paru-paru stage 4. Semua orang sedih gila, mak la terutamanya. Aku rasa akak-akak aku semua dah nangis dah. Akak opkos sedih sangat sebab tu abang dia kan. Abang paling sayang la, kekecik membesar sesama. Aku pun sedih jugak, rasa kecewa dia lebih teruk dari arwah abah dulu.

Masa arwah abah dulu, takde siapa pun dapat sakit cancer. Aku tak tau apa akan jadi kat abah. Aku tak tau abah akan jadi makin kurus, tak boleh bangun, tak boleh bercakap, tak tau la bayangan keadaan pesakit cancer ni akan jadi apa. Jadinya memang kita ikut je step dari abah berisi, batuk, tak lalu makan, badan panas, suara takde, tak boleh jalan seimbang, jatuh banyak kali, meracau (cakap bukan-bukan), hilang kawalan (seluar nak pakai kat badan, baju nak pakai jadi seluar). Aku kalau ingat ni boleh nangis jugak la.

Tapi bila dapat tau abang dapat sakit sama macam arwah abah, aku jadi lebih sedih sebab aku dah tau apa akan jadi dekat abang kalau abang tak kuat. Aku terbayang apa yang jadi kat abah tu. Sebab tu sedih dia lebih dasyat. Kisah abang ni pulak family dan kawan2 terdekat je la yang tau. Baru kawin nak hidup bahagia, tiba2 dapat tau ada cancer, stage 4 pulak. Itula semua termenung..

 Abang masuk spital, dia wasap dia berak tapi keluar darah je, dia bagitau dia takut. Lemah je jantung aku dengar. Tapi tu la, sebagai adik beradik, nak tak nak kena bagi kata2 semangat kat dia.


Hari tu aku tak pi melawat. Esoknya baru melawat abang..

Sebab tu lah aku cakap, raya kali ni sedih tu rasa bertimpa-timpa. Sedihnya tak tau nak cakap macam mana. 

Kitorang memang suka ambil gambar, tapi abang jenis jarang raya ada sekali. Macam tahun lepas raya pertama dia kerja. Petang tu baru ada, tapi aku bergambar jugak la dengan abang, sebab memang nak bergambar sesama. 

Tahun ni patutnya abang beraya kat spital, tapi tak tau last puasa tu doktor bagi balik. Kitorang dah plan nak pergi beraya kat spital pukul 4pm gerak sesama. Mak pun dah tak semangat nak raya bila abang kena duduk spital. Mak cakap dah tahun ni takyah raya. Tapi bila dapat je tau abang dapat balik, semua orang gembira gila ye. Semua semangat balik nak beraya. 

Akak dan abang, ni bff la masa kecik dulu. 

Kaklang dengan abang

Kakcik dengan abang

Andak dengan abang. Andak ni mak nombor dua abang la. hahaha! Ada masalah je dia akan datang jumpa mak nombor dua dia ni.

Atam dan abang

Aku dan abang. 

Abang ni very soft spoken, tak pernah dengar dia jerit cakap kuat2, kitorang je selalu cakap jerit2 kat dia hahaha. Nasib la dapat adik2 suara petir camni. Aku takde rapat macam kakak2 yang lain, tapi still bertahun duduk dgn abang, gaduh selalu hahaha. tapi gaduh pun tetap saiyangggg sampai syorga. Gitu. Doakan abang sihat tau. 

Ok tu je nak cerita. Bukan nak mintak simpati, tapi mana yang baik ambik lah.. Ramai yang dm aku tanya macam mana symptom cancer. So apa yang aku ceritakan ni, incase jadi kat salah sorang yang korang kenal, just beware and mintak pergi cek kat spital. Kalau masih awal dapat tau, Insyaallah boleh sembuh. Segala ubat penyembuh tu dari Allah. Kita ikhtiar je dari cara macam mana pun. Kalau Allah izinkan kita sihat dengan cara moden atau tradisional, alhamdulillah. 

Ok semua, byeeee

2 comments:

ain.ya.nun. said...

Kisah kita lebih kurang sama =(
Raya tahun ni macam tak raya je.
Semoga Abang awak sihat ye, dan doakan Abah kita juga sihat.
#fightABANGfight

aCik Anie said...

sedihnya baca entry sepet kali ni..