nuffnang

Jun 26, 2019

RAYA 2019 - KCB SUASANA HARI RAYA

Raya kat KCB ni memang adik beradik dah plan nak berkumpul pukul 1, sebab semorang pun nak beraya rumah mertua dulu. Macam abang tak sihat so tak balik Kedah la. Akak pulak raya pertama KCB, petang tu balik Muar. Kaklang tiap2 tahun raya pertama KCB, petang balik Melaka. Kakcik pun macam dah tetiap tahun balik KCB dulu, petang balik Kuala Selangor. Ode mertua dah takde memang raya pertama kat KCB. Andak, Atam sama macam aku, pagi rumah mertua, tengah hari rumah KCB. Ayie je la yang ikut turn. Tapi kebanyakkannya memang raya pertama rumah KCB, sebab lepas tu ko nak balik berapa punya lama kat mana2 ikut la. Haha!

Paling bergaduh masa raya ni parking la. Ater dah nama pun kampung. Rumah aku memang kawasan ala kampung. Mujur jalan mati, so takde kereta lalu lalang sangat. Kalau dapat parking tu memanjat syukur padaMu lah kan. Haha! Ala kalau takde parking, paling dasyat pun parking kat kedai mak je. Pastu turun la jalan kaki. 

Selalunya selagi boleh la nak parking kat lorong rumah jugak, tumpang la memana rumah yang takde kereta. Macam lorong rumah mak aku tu ramai penyewa yang takde kereta. So sengih2 je la cakap nak tumpang, pastu wish selamat hari raya dan berlalu lah masuk rumah mak, kahkah! Jiran KCB alhamdulillah semua baik-baik.

 Bebudak ni sampai-sampai menuju Beyblade terus. Aku suka je balik rumah mak bila bawak anak-anak sebab dorang boleh main. Macam Qaiser Runako terus tak nampak makpak dia. Dia nampak sepupu je, tak ingat makan minum langsung. haha!

 Mana-mana pergi berkepit dengan beyblade. Ni semua pengaruh bangcik yang bawak ke rumah. Dulu elok anak aku tak tau. Sekali dia tengok sepupu main, pastu pakteh (ayie) pulak jual beyblade. Ha mendapat la poket bapak kau. Hahaha! Asik nak pergi rumah pakteh (kedai) sebab nak beli beyblade. Tiap hari suruh aku kol pakteh simpankan beyblade. Pastu dah sampai rumah opah, pakteh bagi dia beyblade, dia berlari datang kat aku kata pakteh bagi dia beyblade free. OMG bernanah telinga mak ko dengar. Dia tak tau mami dia dah bayo sesenyap. hahaha!

 Besar dah anak buah aku. Kadang tu rindu la zaman belum kawin. Aku ni sejenis berkepit dengan anak buah jugak kan. Kalau bebudak ni balik memang menuju ke bilik aku la. Nak cerita hantu la, nak teka teki la. Sekarang ni memasing feeling model dah, kekeke!

 Tapi best la anak dah besar, pandai bawak diri, rasa senang banyaaaaak, kecuali Yurika la masih berkepit. Tapi takpe, sebab lelama dia ok.

 Tahun ni momen salam paling sayu. Itu nanti la aku cerita entry lain. Sayu lain macam. Sayu yang bertimpa-timpa orang kata. 

 Tapi biasalah adik beradik aku ni, sedih tu sedih jugak, tapi kalau ketawa kucing pun boleh muat dalam mulut kaklang tu, ko tengok besar mana. Hahaha!

 Baju raya anak dan suami belah KCB ni last minit cari. lagi 3 hari nak raya baru cari. Qery kalau boleh nak sama warna dengan aku. Aku pulak tak kisah la ko tak sama warna, asalkan hijau. Sama dengan anak2 je dah la. Kali ni raya nak over sikit baju, selama ni baju raya aku murung je sebab kang mengandung la, pastu menyusu la, pastu kang nak sama warna dengan Qery, beli je baju biasa2 sebab nak sama warna je. Hergh. So kali ni aku tak kira, aku nak baju cantik. Sama ke tak dengan anak2, tak sama dengan Qery ke aku lantakkan. Hahaha!

 Anak buah aku total 24 kot. termasuk anak aku sekali ke apa tak sure. Tapi lebih 20 orang la.


 ketua beyblade bangcik tu ko tengok. hahaha!

 Dorang ni dah berapa kali buat pertandingan beyblade kat rumah opahnya. 


 Alhamdulillah kitorang anak menantu semua ok sekepala. 

 Yang tengah salam tu tengah nangis2. Yang belum turn ambik mood happy sebab taknak terjebak nangis. hahaha!

 Aku malas beratur lagi. Punya panjang wei. hahaha! Sampai ke dapur barisannya


 Sian abang kita sakit. Sobs

 Mungkin masa ni mak cakap kat Kakwe (isteri abang), jaga Zaki elok2. Agaknya, hahaha!




 Dapat keluarga ramai pun rezeki, dapat keluarga yang harmoni pun rezeki. Rezeki Allah ni luas. Keluarga harmoni, jiwa tenteram. Acegitu. 



 Anak-anak lelaki yang selalu jaga mak. TQ Abang, Ode Ayie.



 Akak tengah sedih waktu ni, sebab turn abang salam mak.











 ingatlah wahai anak-anak. Sebesar mana pun rasa betul dalam diri kita, mak bapak kita tetap betul sampai bila-bila. Kalau mak kita cakap 3 tolak 2 jawapannya 4 pun, tetap mak kita betul. Jadi jangan melawan cakap makpak ye. 

 Nasihat tu untuk diri sendiri yang lebih sebab selalu melawan cakap makpak. Hahaha! Berubah la Zuhana.




 Tengok la Yurika tu, berdukung 24jam kalau kat rumah mak aku. Sebab ramai suka ngusik dia. Dia takut dan mengada. Jadinya berkepit je la. 

 Anak kesayangan mak ni, siapa berani kacau. hahaha!

Bab anak kesayangan pulak, sebebarnya memang la mak ni sayang sama rata. Tapi biasalah, kasih sayang dalam diri seorang mak, kita boleh nampak mana yang dia bagi perhatian lebih sikit. Bukan bermaksud yang lain dia tak sayang. Cuma yang lain tu pandai jaga diri, tak perlu risaukan. Jadinya mak takde la teringat lebih. Macam aku ni, even anak bongsu, tapi bukan anak paling manja tau. Hahaha! Tapi takde rasa jeles ke apa. Suatu hari kita semua jadi mak, dan kita akan mengerti dan kita akan memahami apa erti kasih sayang tu. Wow Zuhana u so mabeles. haha!

 Cucu fasa pertama.

 Cucu fasa kedua.



 Anak-anak aku paling kecik. Haha! Yurika je taknak beratur, kalau tak dia paling belakang.


 Mak sedara paling diva. Mujur ko tak kena cium kaki sekali hadif. hahaha!



 Nabil sebelum salam patut di sekeh dulu. hahaha! Dia sehari sebelum raya tu, baring tidur je. Lepas tu maktam dia jadi singa la kejut. 

Maktam : Apa ko penat sangat ni tidurrrrrr je keje ko dari tadi!!
Nabil : Penat la maktam. Tidur ni pun penat tau.

hahahahaha! Bengong betul, anak sapo la ni.

 Alololo so cute.

 Hakim anak Ode


 Keisha muka Ceera dah

 Anoi anak Andak

 Qayyum anak kakcik, Mia anak Ode. Kot la dah lupa.hahaha! Kadang aku pun terpikir2 ni anak sapa ni. *tipu*



 Tahun ni aku bagi duit raya kat Kaklang dan Andak sebab banyak tolong jagakan booth Shah Alam dan Seremban. Huih mujur dorang ni ada. Kalau tak terbalik gak booth Seqy. Tu yang kena bagi duit raya supaya tahun depan boleh jagakan lagi. hahaha!


Di akhiri dengan wajah tuan rumah. Haha! Ini baru entry suasana hari raya. Ada lagi entry lain. Ko tunggu ye.

1 comment:

ain.ya.nun. said...

Haha baju tak sama warna =p

Selamat hari raya sepet & family