Jun 2, 2024

First Entry Setelah Bertahun Tinggalkan Dunia Blog



Ya Allah, nak mulakan balik menulis je wak, tapi kena setting macam awal-awal blogging dulu. Dengan header instant, syukurlah apa adanya. Bab nak upload header pun aku fikir berjam-jam. Awal tu konon nak letak muka sendiri je, alahhhhhhhh...macam shy shy la tengok diri sendiri sorang-sorang kat situ (faktor usia ke faktor mengada-ngada ke, korang buat la pilihan yang mana satu, hahaha). Sudahnya aku up je la gambar keluarga dulu. Nanti la kot rajin bila nak edit (macam tak mungkin kan 😆)

 

Sebenarnya memang nak update lamaaaaaaaa dah (tolongla percaya), tapi biasalah ye kita pompuan tak pernah salah....

 

Semuanya salah...

 

1. Laptop slow

 

Cukup la eh satu dulu alasannya. Tiba macam loading pula otak saya ni 😆😆😆


Next entry la baru nak up cerita raya ke, jenjalan ke. Dia camni tau, kalau aku tak update kat blog, memang akan terkubur kisah tu. Setakat tengok balik gambar kat ig, macam tak feel eh. Moment-moment best tu terlupa dah. Ye la kan, macam dulu kita ambik gambar letak dalam album, bila belek balik kadang tak ingat pun masa ni tengah buat apa eh. Kan kan... Kalau kat blog ni atleast boleh la cerita balik, ingat n kenang yang manih manihhhhh...


Mana blogger-blogger tegar dulu, jom la start balik. Takkan baca je guysssss. 😜

1 comment:

zana-norzana said...

Selamat kembali berblog semula....