Sep 3, 2018

Sambut Anniversary Yang Ke - 5

Alhamdulillah, setelah merajuk bergaduh membebel menjeling gembira berkasih sayang memahami antara satu sama lain eh eh eh dah berjaya masuk tahun ke 5. Aku ofkos la sangat bersyukur di tambah lagi dengan hadirnya 3 anak yang bertuah sekali. Hahaha!

Sebelum ni tak dapat la nak sambut sebab aku kang mengandung, pastu berpantang, takpun tunggu hari. So kita malas nak fikir apa. Duduk rumah diam-diam takpun wish kat fon je la. Asal hado...

Tapi kali ni kebetulan, rezeki nak sambut meriah sikit bila ada kawan bekerja kat hotel (Palace of The Golden Horses) contact bagitau ada pakej best kalau nak sambut apa-apa. Terus la Qery ambik pakej tu. Aku tak tau pun, dia yang tiba-tiba lagi beberapa hari nak bercuti tu bagitau nak tidur semalam sambut anniversary kat hotel. Gitu.. Aku ikut je.

Hotel ni memang dekat sangat dengan rumah. Memang tak pernah masuk sebab dekat pun, buat apa tidur hotel. Haha! Selalu kagum tengok sebab dia besar macam Istana. Dan memang nampak amat mewah sekali. Yang aku tau orang kaya je tak pun omputih yang datang sini, sebab sini kat kelab golf jugak.

Disebabkan check in hari Jumaat, so kena la datang lepas solat Jumaat. Kami plan nak mandi pool petang Jumaat tu, tapi disebabkan ramai gila orang check in lepas solat Jumaat, kebetulan sistem dorang rosak. Hahaha!

Aku pernah bekerja masa sistem rosak, so aku memang memahami kelam kabut dia. Nasib baik la aku di layan seperti vvip uolls, hahaha! Takyah beratur panjang kunci memang dah sedia. Syukur lagi sekali.

Sebelum naik hotel, kitorang bergambar dulu kat depan hotel.

 Kuda emas chuollsssss...








Seronok sangat bebudak ni pun.

Masuk hotel rehat, bebudak ni lari ke sini sana, haha! Aku lupa ambik gambar bilik. Haritu just buat insta story je. Bilik dia pun semestinya cantik. Jakun jugak la tengok sabun dalam bekas bentuk kuda. Terus i jadi makcik-makcik bawak balik semua. Hahaha!

Pukul 6 kitorang turun, jalan-jalan kat bawah. Sebab kat bawah besar sangat. Nak round tengok ada apa. Sementara kang kejap lagi nak naik boat.















Malam tu kitorang ada dinner atas boat tau.. Yang ni masuk sekali dengan pakej anniversary. Korang kalau berdua atau anak dah besar pun syok bawak sekali.

 Kedalaman tasik kat Hotel Palace of the Golden Horses ni adalah 200 meter tau. Lepas tu tak silap aku ada kapal besi kat bawah ni tak bawak naik. 



Berhenti kat Phile Hotel The Mines, bergambar tepi ni jap.
 


Tak boleh masuk pun, haha! Ambik gambar je.

Lepas tu baru naik boat berhias loving loving.


Gambar banyak so korang tengok gambar je ok. 

 Siap dapat bunga lagi...




Esoknya pagi pukul 7.30 dah siap nak turun breakfast.  

 Breakfast dengan baju renang terus gais, hahaha!


Makanan dia sedap. Qery tambah nasi dua kali. Haha! 

Lepas makan terus ke pool. Bebudak tak sabar, dorang paksa aku makan laju-laju.



 Gambar mandi tak ambik, semua fokus mandi. Huhu!


Pastu kita check out. Sebelum tu snap pic dulu cam biasa.....

Benonya nak taip panjang-panjang, tapi aircond kat opis kuat gila kejung jari aku nak taip. 

Pakej ni bagi yang bertanya.

RM438 (pakej tidur 2hari 1 malam, + dinner atas boat + 2pax breakfast)
Korang boleh contact Emma 017-2770526

OKbye

No comments: