Sep 6, 2018

Bercuti Ke Medan, Indonesia (Part 4)

 Sambung percutian ke Medan. Haritu berhenti sekejap, harini kena up bagi habis supaya boleh pergi bercuti tempat lain pulak. Eh.. Hahaha!

Hari ke 3 kitorang kat Danao Toba, pagi tu pukul 8 kitorang nak sarapan. So sebelum tu kita bergambar kenangan kat depan bilik hotel. Baru perasan tak de gambar dengan bilik. Dah la bilik dia cantik. Huhu!




Cantikkan pemandangan depan bilik. Bukak pintu terus nampak laut.

Makan sekejap sebab dalam tu takde aircond, paneh. Hahaha! Kitorang banyak ambik gambar kt kawasan hotel dia.


 
 Bila mak nak ambik gambar sorang-sorang, lepas tu semua nak melekat

 Pool kat belakang tu tak sempat nak mandi.


 Ko tengok Fieya tu, kalau bab posing memang takde sapa boleh lawan dia. Aku dulu posing cam onggila gak, tapi tu zaman tak pakai tudung la. Bila dah pakai tudung insof sikit, tinggalkan perangai gila-gila. Si Fieya ni dia bawak sekali gais perangai tu takleh tinggal.Hahaha!
 Ini kalau mak mertua aku nengok ni mengucap panjang dia. Urut-urut dada. Kahkah!!






 Ko tengok kaki dia terangkat tu. Hahaha!


 Pastu kita semakin besar semakin behave kan, dia tak behave gais..Kita kena kawal pergerakkan dia supaya tak tersasar. Hahaha!




Lepas tu kitorang terus ke Medan. Dari Danau Toba ke Medan lebih kurang 5 jam jugak la. Dalam perjalanan singgah ke PATEN. PATEN ni tempat jual kuih muih dari Indonesia. Kitorang beli la satu kotak tu ada 12 perisa. Yang lain semua turun rasa sampai kenyang. Korang boleh rasa banyak mana yang korang nak. Dia memang bagi.
 



 Kebosanan bebudak ni menunggu makpak tak sudah-sudah membeli. Huhu!



 Lepas tu kita singgah makan dulu sebelum sampai hotel.

 Kebanyakkan makanan yang kitorang makan adalah seafood. Memang best la. Cuma kalau korang jenis tak makan ikan, kena request dengan tour guide ye. Ada option kalau nak makan benda lain.

Ekceli kitorang ada pergi shopping, tapi aku tak keluar sebab jaga anak-anak tidur dalam kereta. Laki aku keluar la mencari hadiah untuk bawak balik.. Tapi tak ambik gambar pulak. Tempat yang dia bawak tu murah-murah. Cuma aku memang tak ingat nama kedai dia.

Sampai hotel petang tu.. Lobi dia pelik sikit. Lobi kat bawah tempat orang merokok. So bau dia berkepam sikit. Memang bawah tu kawasan merokok, kalau kat Malaysia, satu bangunan tak boleh merokok kan. Sana tak sama pulak..

 Kitorang cepat-cepat masuk bilik, lepas tu jalan-jalan kat luar.



 Nak melintas ke masjid, leceh sebab jalan raya dia menakutkan, hahaha!
So ambik gambar dari kejauhan je




 Kitorang jalan luar hotel, ada masjid dan ada shopping complex. Saja la buang masa semalam malam kang baru nak g pasar malam. And nak makan.. Menengok kehidupan orang Medan ni macam mana. Yela kita datang tempat orang bukan setakat nak seronok je. Kita tengok sekali cara kehidupan dorang. Lepas tu bersyukur lah dengan kehidupan yang kita jalani sekarang. Banyak mudah, banyak senangnya hidup kat Malaysia ni.

 Pasar malam kita ni sangat tenang, kereta tak lalu lalang. Mudah banyak kita nak jalan-jalan tengok barang. Tapi pasar malam kat Medan, sejenis macam bukak warung tepi highway. Kau nak membeli pun seram-seram je, risau anak berlari ke jalan raya. Lepas tu pasar malam kita memang havoc la. Pasar malam dorang ni macam mana nak gambarkan, ala-ala macam gerai tepi jalan tu, ada la tapi tak banyak choice. Pastu dia tak jual makanan, dia just baju, kasut, helmet, cermin mata, shawl.

Tapi tak tau la aku tempat lain, lain pulak gayanya. Yang aku pergi ni macam tu lah keadaannya. Bersyukur banyak Malaysia punya pasar malam terbaik.

Esok pagi, lepas breakfast kat hotel (aku tak breakfast pun), terus shopping kat kedai SUPER BATA. Benonya jalan-jalan je. supir kata kat sini tengah Sale gila gila. So kita cuci mata la.



Lepas tu kitorang terus menuju ke airport. Sebab nak balik dah..

 Tq Supir Angger atas layanan yang baik.



Bergambar sini dulu. Huhu!

Success bawak 3 orang anak berjalan-jalan. Lepas ni boleh la jalan-jalan lagi...

Untuk yang tanya pakej mana kitorang ambik.. Boleh tengok link kat bawah ni tau.


Kalau nak direct Supir korang contact
KLIK INI (wasap)
Kalau nak tengok instagram KLIK SINI.

No comments: