Kita habiskan jalan-jalan Penang, so kita boleh buat entry jalan tempat lain pulak lepas ni. Huhu! Banyak nau pending entry.
Hari ke 3 kami kat Penang, last day lah kiranya ni. Kitorang decide terus check out homestay and jalan-jalan, balik paling lewat kena sebelum pukul 2 camtu. Supaya sampai rumah takde la lewat malam. Boleh la rehat-rehat lagi.
Awal pagi kami sarapan kat tempat TERSEDAP sekali, hahaha! Kat area Bertam ni ada satu kedai makan, dia bukak berapa jam je. Kalau habis tu dia tutup lah.
Nama Kedai Arango Roti Bakar.
Review, kalau korang tekak acah-acah melayu mix omputeh, memang lalu kat tekak, korang rasa sedap tak terperi. Kena lah dengan mood sarapan. Tapi kena keluar pulau tau. Aku up kat instagram, ramai orang Penang komen kata memang tempat ni sedap. So korang boleh cuba.
Runako dengan Qaiser memang makan banyak
Lepas habis makan, teruslah kami menuju kToy Museum Teluk Bahang.
Ini kalau korang ada anak pun wajib bawak. Jauh terperuk sikit, macam dah masuk kawasan perkampungan, tapi sangat best.
Semua Avengers ada dalam ni. Tapi semua dalam bingkai kaca sebab harga satu patung tu puluh ribu. Ada ratus ribu patung superhero dalam tu.
Lepas tu kitorang singgah Pantai Batu Feringgi.
Bebudak seronok sangat dapat berlari, tapi tak mandi pun. Dah pesan sebab lepas ni nak jalan tempat lain, so dorang okay je tak mandi. Berlari je main sepak pasir.
Kejap je lepak.
Lepas tu singgah tempat kapal besar ni mencari toilet. Ambil gambar dulu.
Lepas tu kitorang singgah kat tepi jalan ada helikopter. Naik 6 minit bayau Rm600. Haha!
Mintak permission nak ambik gambar je, patut takle. Tapi dia cakap takpe lah anak budak. Huhu! Rejekiiii.. Cecepat naik ambik gambar.
Lepas bergambar terus pergi cari Restoren Deen Maju.
Ramai suggest pergi sini.
Kedai bukak jam 2.30. Kitorang sampai sini pukul 1.50 camtu. Dapat parking. Tapi tengok dah ada orang beratur. Ehhhh kelam kabut ikut beratur. Bayangkan nak menunggu 2.30 tu. Satu kegigihan lah dengan anak-anaknya, haha! Tapi nasib bebudak ni ok.
Qaiser dah kebosanan. haha!
Korang tau kan KFRY beratur panjang. Takde apa gais beratur camtu. Kat sini beratur dia 3 kali ganda panjang dari KFRY, hahaha!
Qery beratur amik makanan, aku cop tempat duduk.
Ok la sedap.
Tapi siapa pernah makan kat BRJ area Alam Damai, eh tak ingat area mana nanti lah amend kalau salah, situ lagi win rasa kuah dia. Cuma lauk kat Deen Maju pilihan lebihhhhhhh banyak. Aku dengan Qery memula pandang sesama sendiri, pastu terus cakap BRJ lagi sedap kan, hahaha! Maybe sebab biasa makan kat situ, tapi memang BRJ punya kari sedap. So orang Penang datang Cheras, sila makan kat BRJ, hahaha!
Kesimpulannya, kitorang seronok sangat dapat pergi Penang. Rasa nak pergi lagi sebab banyak tempat tak dapat singgah. Maybe kena pergi 5 hari baru boleh singgah semua sekali. Hihi!
Hari ketiga di Penang.
1. Arango Roti Bakar
2. Toy Museum Teluk Bahang
3. Pantai Batu Feringgi.
4. Singgah ambik gambar kat kapal. haha
5. Singgah bergambar dengan helikopter.
6. Restoren Deen Maju.
Pukul 3 petang kami balik KL. Bebudak tidur sebab penat yakmat.
TQ Penang buat banyak tempat best. Nanti kakak datang lagi ye. Muah!!
p/s : masih berlangsung promosi raya Seqy. wasap KLIK SINI untuk sebarang pertanyaan. =)
1 comment:
Waduh waduh. Menyelerakan semua menu tu. Qaiser pun bertabah je menunggu haha
Post a Comment