Dari bulan lepas plan nak bawak bebudak ni mandi sungai. Memula ingat nak bawak pergi Sungai Congkak. Dulu masa aku kekecik memang kerap la gi Sungai Congkak, tapi sejak biawak naik atas kepala anak buah aku, terus kitorang tak jejak dah. Hahaha!
Gila okay, anak buah aku tengah berenang, biawak naik atas kepala dia. Biawak besauuuu pulak tu. Sekali abang ipar aku tumbuk muka dia, pengsan terus biawak tu, hahaha! Ada la belas-belas tahun tak pergi.
Lagi 2 3 hari nak pergi tu, duk fikir mana lagi best, Janda Baik ke Sungai Congkak. Kalau Congkak kena menapak jauhhhhhhh. Aku dah la pergi laki bini je bawak tiga orang budak kecik. Aduiii, cancel lah. google review orang pergi Janda Baik, tengok cam okay. Esoknya redah je sana.
Malam tu aku tak leh tido sebab minum Nescafe mak mertua. Aku memang tak minum kafein. Tapi sebab mak mertua buat, so aku minum la. Ha langsung tak tidur. Subuh tu terus aku buat bekal sandwich tuna untuk laki, sandwich coklat untuk anak-anak.
7.30 gerak anak-anak bangun. Takyah mandi tukar pampers tukar baju. Hahaha! Beg baju aku dah siapkan lepas buat sandwich. Tinggal nak hangkut masuk kereta. Singgah Petronas jap isi minyak, lepas tu singgah gerai tepi jalan beli nasi lemak dengan bihun. Ok la tu pergi berlima je.
Ada yang dm kat ig tanya cemana kawal bebudak ni kalau bawak jalan. Kitorang pesan banyaaaaaak kali dengan dorang, kalau nak selalu jalan-jalan kena perangai baik-baik. Setiap hari ingatkan dorang, time tak jalan pun bagtau gak, hahaha! Kalau perangai tak baik, tinggal rumah sorang-sorang.
Perangai dorang kadang tu menduga gak. Baring atas lantai mall, menangis nak mainan. Biasa tu awak. Ada anak kecik, kejadian tu memang normal. Lagi-lagi bila dah ramai anak, lagi sorang-sorang macam-macam hal. Yang sorang nak dukung, sorang nak baring lantai, sorang nak berlari.
Dorang kecik gais, dorang tak boleh control lagi emosi dorang. Kita yang besar ni pun kekadang takleh kontrol emosi kan. So jangan expect lah bebudak boleh perangai helok sentiasa. Walaupun kalau budak ni buat perangai entah pape, aku cubitkan aje, hahaha!
Pernah sekali, Runako keluar kereta terus berlari ke jalan raya. Aduhai gugur jantung aku nengoknya. Lagi kita kejar lagi laju dia lari. Dah dapat, aku cubitkan terus. Geram betul. Lantok lah siapa nampak pun. Biar anak aku nangis, jangan aku yang nangis. Konsep dia. Huhu!
Aku memang kerap bawak anak jalan-jalan. Tak jauh pun takpe, bawak taman mainan ke, takpun jalan-jalan dalam mall. Paling dekat, luar rumah still dalam pagar la. Dalam rumah kan terkepung je rasa, biar dorang hidup udara segar, nampak dunia luas sikit, baru boleh berkembang otaknya.
Izz Qaiser happy sangatlah dia, sebab malam tu aku dah tunjuk kat fon mandi sungai tu macam mana. Sebab nak suruh dia tidur awal, bila dia tengok nak mandi sungai terus semangat nak tidur. Psycho anak aku ni, macam mak dia, haha!
KL ke Janda Baik tak jauh la. Macam nak ke Seremban jugak. Cuma jalannya berpusing-pusing, tapi tak seteruk jalan naik cameron atau genting. Still pusing manja-manja.
Sampai sana, terus park and nampak banyak pondok. Aku kan ada baca review sebelum datang. Pondok tepi ni boleh sewa. So aku suruh Qery keluar dulu cari siapa tuan punya pondok ni.
Pondok yang macam aku duduk ni sewa RM15. Jadi lah nak duduk, nak makan, nak letak barang-barang. Dia ada pondok yang bertutup jugak, so kalau siapa ada anak kecik nak nyusu badan tu boleh la pilih pondok bertutup. Mana tau korang pergi dari subuh balik maghrib ke kan, nak solat semua senang.
Sampai-sampai bebudak tak sabar nak masuk sungai, tapi Qery suruh makan dulu. Alas perut sikit, nanti baru mandi. Qery kalau cakap, bebudak ni dengar je. Cer aku cakap, terjerit 6 rakaat pun belum tentu lagi dorang nak makan. Huhu!
So kami makan-makan dulu. Qery hantar gambar kat family dia. Pak mertua aku balas, kenapa masak bihun tak bagi sikit. Amboiiiiiii perli menantu hantu dia baik punya, hahaha! Kose aku nak masak, buat sandwich tu pun syukur banyak dah.
Masuk je sungai, Ya Allah sejuk dia tak tau cakap la. Terus hilang mood aku nak melangkah. Kejung kaki tahan sejuk. Tapi Qaiser dengan Runako dah tertarik suruh mandi. Izz Qaiser even sejuk pun dia boleh berenang, pitam mak ko tengok. Si Runako ni cam mak dia, hahaha! Tak boleh menyelam pun. Sejuk sangat katanya. Yurika pulak berpeluk sakan dengan mak dia. Sejuk memang tak tau la nak cakap cemana.
Tapi best, tapi sejuk. Camtulah.Okay korang tengok gambar pulak.
Mula-mula sampai, haha! Tak sabar nak masuk dah tu.
Dia tanya mami, boleh mandi sekarang tak, Daddy cakap tak boleh.
Terus buat muka, kekeke!
Aku mandi sekejap je, sebab tak berani Yurika lama-lama. Kang demam pulok dah satu hal. So tukar terus baju anak beranak. Yang Qery Qaiser Runako mandi sampai pukul 1. Kitorang sampai sana lebih kurang pukul 10. Mandi lepak 3 jam cukup lah.
Kalau korang nak pergi, boleh waze terus Janda Baik Riverside. Tu ada nombor telefon, boleh book pondok terus. Kadang tu penuh pondok. Masa aku datang tu tak ramai orang. Ikut nasib lah. Tapi nak sewa khemah pun boleh takde masalah.
Sekian sahaja review saya jalan-jalan di Janda Baik. Best boleh datang lagi.
1 comment:
Bestnye...
Tudung sarung yg pkai buat mandi tu beli katne sepet. Awning dia panjang. Macam cantek je...
Post a Comment