BERJIMBA ADIK BERADIK PEREMPUAN

Last sekali aku join berjimba dengan adik beradik ada lah 5 tahun lepas kot. Tahun lepas dorang ada berjimba gak, tapi masa tu aku mabuk teruk so kenalah tinggal. Kali ni tak plan pun sangat, tetiba je dorang ajak shopping, eh boleh la nak ikut jugak.

Plannya macam ni.

Akak, Kaklang, Kakcik dorang ni kan orang Shah Alam, so dorang datang sekali je lah. Tapi disebabkan dorang ada kelas bahasa inggeris kat opis habis pukul 1, dorang join lambat sikit lah. Jemah and Ceera hasut takyah la pegi kelas, keluar awal bagitau lah nenek meninggal ke, sakit perut ke. Hahaha! Yang dorang ni takut nak ponteng sebab first class katanya. Ehhhh, first class la boleh ponteng uolls, bukan blaja apa sangat pun, perkenalkan diri je. Haha! Aku pun sama jugak, tapi yelah, adik beradik aku ni pandai cakap je, bila nak buat jahat tu rasa berdosa je. Semua niat jahat terkubur begitu sahaja. kekekeke!

Yang aku pulak, plan berterabur.

Mula-mula Qery kata dia tak ada sekolah ganti. So takpe lah dia boleh jagakan Izz Qaiser. Sekali Jumaat tu dia kata ada kelas ganti. Adoi pening kepala aku. Nak mintak tolong mertua jagakan, kesian pulak sebab kompom-kompom aku keluar pagi balik malam. Kesian pulak nak menjaga Izz Qaiser sampai seharian. Pastu Qery call tanya mertua aku kata ok je tak apa. Tapi takpa pun tetap lah rasa bersalah kan, hihi!

So, pagi-pagi tu lepas Qery pegi sekolah, aku pun bersiap lah sorang-sorang. Pukul 9 tu tunggu Andak datang ambik. Andak and Jemah tu orang yang sama tau. keliru pulak kejap Jemah kejap Andak. Mintak tolong andak hantar Izz Qaiser rumah mertua aku dulu. Rumah mertua kan dekat je so senang lah sikit. Lepas hantar Qaiser, baru pegi rumah Ceera.

So kitorang ni dari rumah Ceera lah bertiga. Ceera bawak kete and katanya nak bawak kitorang makan kat tempat orang kaya. Huhu!

Sebelum keluar ootd kena tunjuk Qery dulu, hihi!

 Aku memang suka duduk belakang. Seronok je lapang sorang-sorang, haha! 

Nak makan kat The Loaf. Tapi tempat makan ni memang omputeh sesaja yang datang. Kat mana entah Ceera bawak, aku pun tak ingat. Yang parking kat situ semua lah kete beso-beso. Orang melayu kami saja, hahahaha!

 Padahal kalau makan kat One Central semua melayu je, aku rasa perumahan situ memang ramai omputeh kot. Boleh la feeling luar negara kejap.

 
Sedap betul kan roti dia, lembut sangat. Dorang ngutuk aku datang sini munum air lemon. Eh biarlahhhhh.. I tak minum kopi kopi ok. Ngandong ke tak ngandong ke i memang tak minum kopi, jangan nak keji iolls yang pencinta teh ni, hahaha!

Lepas sarapan tempat orang kaya, kitorang nak mencari kedai Geroboc. Ala yang ada jual online tu. Itu dah la satu hal nak mencari kedai dia. Bukak-bukak ig tak ada pulak dorang ni share location. Haih, terkial-kial mencari, signal gps pulak manjang lost. Kenapalah nak lost, bandar kot. Urut dada betul.

Last-last tepon biras Ceera si Lina, sebab Lina pernah datang. Oklah jumpa jugak akhirnya. Semoga lepas ni geroboc share lah location dia. Hahaha! Senang sikit orang-orang macam kami ni nak datang. 

Cantik-cantik kasutnya. Sapa yang suka kasut tingi tu memang suka sangatlah.
Nak belikan untuk mak n mertua, tak sesuailah sebab tinggi nau. So belilah seketul yang tinggi, boleh pegi kenduri nanti, satu lagi cam seliper, senang nak pakai harian.

 Ceera pun beli 2 pasang. Tapi pompuan ni pelik betul. kasut dia beli tu lebih kurang je dengan kasut yang dia pakai tu, sibuk nak beli ala-ala sama jugak. Belilah patern lain kan. Tapi malas lah nak cakap, dia tu cam singa, nanti terkenan dengan bayi i ni hadui susah lah, hahahaha!

Jemah tak beli sebab tak ada size. Sapa suruh kaki besar gajah. Hiks!

Tengok-tengok dah pukul 12 lebih. Eh terus ke Sunway lah kita. Sampai sana pukul 1 camtu, so jenjalan ke Sephora mencari mekap. Kan iolls dah cite entry sebelum ni kisah mencari lipstick kan. Itulah kisah dalam Sephora. Yang best nya dapat pulak aiskrim free. 

Sedap gila, first time makan aiskrim perisa buah delima. Teringat-teringat sampai sekarang.

Tengok lipstick tu i cuba kat dalam Sephora lah, hahaha! Ceera pun sama. Memasing mncari lipstick. Aku ni memang setahun sekali je mekap, masa raya, itupun kalau sempat. Dalam handbag memang cuma ada lipstick dengan bb cream Seqy Beauty je. SUMPAH tak tipu. 

So ngendeng-ngendeng dengan Ceera and Jemah bagitau nak beli lah maskara dengan eye liner dengan eye brow dengan yang warna-warna kat kelopak mata. Haih lupa pulak namanya apa. Pastu dorang singgah Guardian suh pilih. Apa yang Ceera ambik, aku and Jemah tiru je, hahaha! Nampak sangat tak pandainya. Dia cakap bagus, kitorang percaya je.

Pastu tengok wasap Akak kata dorang dah sampai. Haaaaa terjumpalah kitorang kat tengah-tengah shopping complex ni.

Dah bersatu bergabung meletop. hahaha!

Pastu aku cakap la LAPAR!! Nak makan. Ceera ajak makan burger. Tak kisahla, asalkan makan. Ke Johny Rocket lah kita.

 Ada satu kisah lawak kat sini. Aku ada ulcer 3 ketul semua besar-besar. Memang tak boleh pun makan banyak sebab pedih. Kiranya makan pun memang untuk alas perut je. Plus memang masa ngandung ni aku kurang makan. Bila tengok menu, yang harga mahal-mahal tu aku tengok portion dia cam besar melampau pulak. 

Taknak la order banyak nanti aku bukan makan pun kan, so aku tengok la ada satu hidangan ni RM15, so aku bayangkan oh yang ni mesti sikit je ni, tapi still dalam gambar nampak cam besar je. So aku tanyalah dorang...

'Makanan mana yang paling murah??'

Dorang punya gelak sampai terkeluar air mata, hahahahaha! Keji aku, katanya tokei BB Cream tapi pilih makanan paling murah. Hahahaha! Aku pun punyalah gelak sampai menangis-nangis kat situ. Lawak gila rasa. Aku cari paling murah sebab nak makan sikit je, tapi tulah tak sempat aku nak explain kat dorang dan memang nampak cam kedekut sangat kan, haha!

Last-last aku pilih yang biasa-biasa je, sebab lupa pulak makan dengan kakak-kakak aku ni, dorang ni pun spesis tong sampah gak. Selalu kalau makan dengan Qery boring sikit, kalau tak habis tu bukan dia nak tolong habiskan. Huhu!



 Seronok makan kat sini, setiap ejam ada orang joget-joget, hihi!

Makan-makan, borak itu ni, tengok jam dah pukul 4 lebih. Jom lah gi jalan-jalan. Tapi sebelum jalan-jalan kena keluarkan duit dulu. Nak shopping konon.



 Last-last aku tak shopping apa pun, sebab tak ada nafsu nak beli baju. Sebelum pegi Perak aku dah shopping sakan dengan Qery. Bila tengok baju rasa tak ada feeling pun. So tengok je la dorang ni shopping, dorang tu shopping cam onggila. Ceera paling gila, semua kedai masuk, mesti muka dia je yang membeli. 


Sampai dah pukul 6 lebih ni berjalan. Adoi penat betul aku rasa. Kaki tu rasa nak seret-seret dah. Bagitau dorang penat gila lah jalan, nak duduk kejap. Dorang cakap eh lupa ada orang mengandung kat sini, tulah lain kali perut tu besar sikit, ini perut tak nampak, dorang pun tak ingat. Hoih! Ni bukan sebab ngandung tau. Memang penat lah jalan dari pagi, i smackdown kang tau la.

Pastu nak karaoke pulak. Nak jalan ke tempat karaoke tu aduhai jauhnyaaaaaaaaaaaaaa.  

Tengok la aku dah pegang2 kat kaki sebab lenguh, haha!

 Sampai jugak akhirnya.


 Kat tangga pun jadi.

Tengok fon nampak Qery wasap, dia ambik Qaiser kejap kat rumah mak, nanti lepas maghrib hantar rumah mak balik sebab nak gi sekolah. Ahad tu Qery ada hari kantin. So malam tu dia nak hias sekolah sana sini. 

 Qery wasap gambar Izz Qaiser minum susu. Hihi! Lega iolls, sebab pertama kali aku keluar rumah tanpa Qery. Kau bayangkan, hahaha!

2 tahun kawin i rilex je tak dapat keluar berjimba dengan kawan-kawan. Tapi sekali keluar, amik kau dari pagi sampai malam, tak ingat anak kat rumah, hahaha! Buruk perangai. Qery sehari sebelum keluar tu poyo sangat risau, asik cakap je nanti sayang tu keluar tanpa bie, siapalah nak tengok-tengokkan isteri bie ni, suruh akak-akak sayang tu tengok isteri bie ni. Risau bie.

Eleeeeeeh, macam lah sebelum ni aku tak pandai jaga diri kan. Dengan Qery haruslah mengada-ngada sikit ehek ehek ehek. Haha!

Berkaraoke lah kakak-kakak aku, tak ada gambar pulak. Pukul 9.30 malam tu ajak dorang balik. Sampai rumah mertua pukul 10 lebih, terus balik ke rumah. Tersengih2 depan mertua, hahaha! Balik tu main-main kejap dengan budak kecik tu. Pastu tunggu Qery balik jap sebab nak borak-borak sikit, windulah i sehari tak jumpa pakwe i ni. 

Pastu Qaiser dah tido, aku pun tido sekali tak sedar diri. Huih kaki lenguh gila. Dari jam 9 pagi keluar, sampai pukul 10.30 malam. Aku selalu jalan kat shopping complex dengan Qery paling lama pun 3 jam je tau. Ini memang tahap apa entah. Nasib baik Qery urutkan kaki, esoknya terus ok kaki tak lenguh.

Itu je lah cerita berjimba. Nanti boleh berjimba lagi tapi kena pastikan Qery cuti, barulah boleh berjimba dengan hati yang tenang. 

cc : Qery

Kbye

Comments

IamAin said…
babeeeeeee

pm kasut please.
nmpak mcm serupa kt charles & kieth je .
abok said…
aik? andak tukat kasut? hihi
abok said…
aik? andak tukar kasut?
Rizziela said…
sportingnya adik beradik..jeles ai tau
Unknown said…
adik beradik tapi muka semua macam tak samasangt..kan?mesti orang tak perasan tu semua adik beradik...heheeh