Borak di kala malam menjelma

Kemain liat lagi aku nak update blog. Badan tak berapa sihat kebelakangan ni. Pastu Izz Qaiser sekarang ni semakin manja, asik nak berkepit je. Setapak aku jalan, 2 tapak kaki dia langkah ikut kat belakang. Pantang la kalau aku laju sikit, menangis sekuat hati, kalau jalan tak pegang tangan dia pun, menangis terduduk-duduk.

Aku nak online pun dia sibuk nak panjat kerusi. Takpun menyelit kat meja. Aku nak online tak senang, kejap kang tangan lagi sebelah pegang bucu meja, taknak lah dia terhantuk kat situ. Pastu nanti kalau tak berdiri kat buju meja, dia sibuk nak berdiri kat are plug pulak.

Nak online memalam, tapi sebab Qaiser still tido dengan menyusu badan. Pepahamlah aku pun tertidur sekali, kehkehkeh! Konon2 nak buat kerja lepas dia tidur, sekali dengan aku-aku nyenyak. Pastu yang paling best bangun sekali dengan Izz Qaiser, ada lah petang petang tu tidur 1 jam, hahaha!

Semalam dengan harini, Izz Qaiser dah training tidur dengan Qery. Habis lah meraung budak tu menangis nak tidur dengan aku. Tapi aku buat tak reti je, pura-pura tidur. Last-last tertidur jugak dengan Qery. Besar harapan aku dia akan tidur dengan Qery tiap-tiap malam, so boleh la aku buat kerja macam biasa. Kalau tak, aduhai.. Mak mak yang menyusu badan je yang paham situasi tidur sekali dengan anak ni, haha!

Nak hujung-hujung tahun ni macam-macam hal kan. Dengan jerebu lagi. Kesian lah korang yang terpaksa keluar rumah nak mencari sesuap nasi. Nak mengadap jalan raya, debu debu, asap, susahnya nak nafas. Kalau ketahanan badan kuat mungkin lah tak rasa sangat, tapi aku kesian kat orang yang ada asma, yang ada baby. Nak menghantar anak pergi nursery, naik motor mungkin. Alahai.... Bersyukur betul dengan rezeki diri sendiri. Semoga korang jaga kesihatan tu baik-baik.

Aku yang duduk rumah ni pun tak berani nak bukak pintu depan. Setakat bukak tingkap kat belakang je itupun sebab nak jemur kain. Tapi kadang-kadang tu aku tengok kat padang taman perumahan aku ni selamber je budak-budak main bola. Huhu! Yelahkan budak-budak memang macam tu, lagi-lagi yang mak ayah jenis bekerja. Memang pesan suruh anak duduk rumah, tapi dorang ni panjang akalnya. Sebelum mak balik kelam kabut balik rumah, haha!

Qery pulak dah hujung-hujung tahun ni bizi sikit kat sekolah. Nanti dengar-dengar nak buat hari kantin la. Lepas tu haritu ada buat jumbo sale la. Tak silap aku macam dorang jual barang-barang terpakai. Habis la shawl aku dijualnya, huhu! Banyak sangat shawl aku, tak pakai nanti membazir pulak. So jual murah murah je lah dengan harapan nanti duit tu Qery buat sedekah. Malam tadi tanya aku ada tak kasut-kasut aku yang taknak pakai. Nak jual.

Aku ni bukannya hantu kasut pun. Memang ada je kasut-kasut tak pakai dah, tapi tak lah cantik mana. Pulak tu kasut aku kan cam remaja-remaja, nak ke cikgu-cikgu tu beli, haha! So aku angguk tak, geleng pun tak. Jenuh pikir nak jual ke tak. Tengok lah kalau rajin aku belek satu-satu. Nak tengok la masih layak di jual atau layak ke tong sampah aje. Kekekeke!

Pulak tu katanya nanti kena bawak budak lawan bola. Dah kalau lawan bola tu, petang-petang mesti la kena training kan. Lagi, hujung bulan atau awal bulan 11 ni, Qery ada konvo. Lama dah habis blaja, tapi dorang nak buat sekali je konvo dengan student-student yang kena repeat. Tak apa lah. Asalkan dapat konvo tu syukur Alhamdulillah.

Ok lah, nanti sambung bebel lagi.. Aku ni sekarang dah tua, tak boleh nak membebel panjang, mengah otak mikio, haha! Kbye

Comments