Assalamualaikum semua.
Minggu ni tetiba je dah hari Khamis kan. Seronok la hati semua orang tu kan kan kan. Aku buat masa ni syukur alhamdulillah masih bertahan sebagai seorang suri rumah yang pemalas dan juga sebagai seorang penjual online.
Sabtu lepas, Qery ada kursus guru-guru. Macam collect point/hour jugak la. Ala dulu kita kerja pun kena gi kursus collect hour kan. Sama jugak la macam cikgu. So Qery balik pukul 6 petang. hew hew hew hew.
Kengkonon aku bajet memahami , so tak ada la ajak dia pegi kemana pun, sebab ingatkan dia nak rehat kat rumah. Eh eh eh sekali pesan kat aku, esok bangun awal nak jalan2 bawak Qaiser pegi masuk Farm in the city. Berbunga-bunga lah hati kite . Dari zaman parameswara kot tak jalan2.
Farm in the city ni kat Seri Kembangan Taman Equin. Aku tak tau eja, korang pegi la google sendiri ye. Aku bab-bab jalan ni memang fail. Yang aku tau bila dah sampai je. Kekekeke!
Masuk dewasa sorang RM30. Kanak-kanak tak tau. Baby takyah bayar. Tapi memang berbaloi la sebab ko boleh beramah mesra dengan haiwan2. Jangan takut ye semua, haiwan kat sana lebih mesra dari manusia... LULS...
The best part is, kat sana memang ada sediakan laluan untuk stroller. Banyak tempat duduk kalau ko nak rehat kejap. Tempat minum makan2 pun ada. Tapi mahai lahhhhh. Kalau kedekut, silakan bawak air sendiri.
Masuk-masuk jumpa kawan lama. (>_<)
Aku tak perasan pun kura2 ni ada kat situ. Aku bajet patung. Sekali Qery cakap kura2 betul. Terkejut sebab memang aku berdiri betul2 sebelah beliau.. huhu! Tapi wat lek wat pis. Terus tepuk2 cengkerang kura2 walaupun perbuatan itu nampak janggal. Bahahaha! Mesti kura2 tu 'ko dah kenapa?'
Izz baru bangun, so dia tak ada mood. Tapi nasib baikla dia ok je dalam tu. Ini kali ke dua bagi dia masuk stroller. First time bagi masa lepas habis pantang hari ke 45. Gigih betul habis pantang terus ke KLCC. Sudahnya Izz melalak tak nak stroller.
Takut-takut berani. mula-mula dia malu-malu nak makan. Lepas pujuk *macam pujuk Izz makan*, nganga besar lagi kekura, nganga, nganga. Terus makan lelaju. Eiii buruk perangai.
Dah kenyang terus bla. Tidak mengenang budi. Pfttt
Tengok, tak ada mood. Huhu! Picit2 pipi pun dia buat tak tau je.
Cucuk anak ayam tanpa perasaan. hahahaha!
Izz suka tepuk2 sebenarnya. Nasib baik la dia tak de mood. Aku rasa kalau dia ok, mau dia tepuk anak ayam tu
Ular kat sana gemok-gemok. Telan serbuk penaik kot.
Suruh tengok camera pun takmo layan. Mood ngantuk lagi.
Hihihi! Anak sapaaaaaa la ni
Mak bapak dia je yang excited. Izz lantok kan dia situ. Huhu! Pastu suruh Qery bawak dia pegang arnab.
Aku tengok dari luar je, aku suruh Qery pegi dekat dengan arnab. Last2 aku baru teringat Qery penggeli. Bahahahaha! Haih, terus mak dia masuk take turn.
Yaaaapeeedaaa geli dengan arnab. Arnab kan comel. Cucuk dia cucuk dia.
Good. Lepas ni kita jampi kat telinga daddy suruh bela arnab k. Kehkehkehkeh!
Tengok anak rusa nani baru gumbira.
Kawan baik Qery
Biawak lidah biru kot nama dia.
Aku paksa Qery pegang ular. Bapak la haih penakut Qery ni. Semua taknak pegang. Tapi ular kena paksa pegang, sebab dah bayar Rm30, pegang la baru berbaloi. Huhu!
Kitorang pusing dua kali jugak la dalam tu. Tapi sebab Izz kecik lagi, dia tak dapat la naik horse. Takpe nanti kita gi lagi ye.
Bapak dia pakaikan hat. Nangis....
Pastu dah ok. Tiap kali bawak Izz pegi jalan2 mesti dia tak ada mood. Bawak gi zoo pun muncung sedepa. Bawak gi swimming nangis. Suka duduk rumah je ke? Huhu!
6 comments:
mmg seghonok ada anak kecik bawa pergi tempat2 mcm nie... nnt diaorg dah besar xmau dah nak g
mmg seghonok ada anak kecik bawa pergi tempat2 mcm nie... nnt diaorg dah besar xmau dah nak g
Comelnya qaiser.....
comel sangat Qaiser tu
Maybe masih kecil sgt nak kenal haiwan2.. or tak selesa dgn seluar jeabns, belt? negara panas kot..pakaikan yang loose je.. and bagi some toys, rattles..
Baby besar izz ni slalunya tpt paling best ada lah rumah sendiri...selesa kot...tapi tengok la nnti da pandai jalan nak kluar umah je
Post a Comment