Oct 27, 2014

Lahirnya Izz Qaiser Bin Khairi Fizairi =)

Ewah, anak pertama kauuuuuuu tajuknya. Cam ada baur-baur anak kedua ketiga dan seterusnya je. Kikikiki! *gelak tutup mulu*

Tak tau dah nak start dari mana, dah lama sangat tak mengarang. Kalau tunggang langgang tu pandai-pandai lah korang pahamkan sendiri yeah.

Mengandung
Masa mengandung 4 bulan ke bawah paling tak boleh bla. Bau makanan pun dah muntah-muntah apatah lagi kalau aku makan. Masa tu berat turun berkilo-kilo. Masa tu jugak aku lawan perasaan. Walaupun tak boleh telan makanan, tapi tiap-tiap malam aku akan bukak tv siaran 703, tengok orang masak-masak, dengan harapan bila tengok orang masak sedap-sedap camtu, datang la balik selera aku. Tapi takde pun ye. Tetaaaaaaap begitu. Huhu!

Tepat 16 minggu, first check-up aku dengan doktor Tan Ee Ping. Takut jugak datang check-up dah lambat, padahal tau pregnant masa kandungan dah 6 minggu. Nasib tak kena marah sebab doktor paham, ramai je yang morning sickness teruk macam aku and datang check-up lambat. Yang seronok, first check-up dah tau gender baby.

Mula-mula konon nak rahsia la. Tapi tak sampai hati nak rahsia dengan family. Bagitau la jugak. Cuma tak ada la bagitau kat umum. Qery kata nak buat surprise *mata ke atas sangat*. Padahal orang tak kisah pun. Hehe! Seronok la iolls dapat anak lelaki. Aku memang kalau boleh nak anak lelaki dulu. Walaupun Qery beriye2 nak anak perempuan, tapi tengok sekarang ni dia yang over melayan anak dia. Hihi!

Korang ingat tak yang Qery nak letak nama anak dia Kamelia, sekali dapat anak lelaki. Aku slalu la usik2 Qery, tak dapat kamelia, Kamal pun boleh. Muahahaha!

Masuk 4 - 8 bulan pulak aku dah boleh makan macam orang normal. Tapi tak ada la nafsu makan menggila pun. Tak ada la asik teringat makanan ke apa. Jadi berat badan pun tak naik sangat. Cuma nak masuk 8 - 9 bulan (puasa) tu nafsu makan menjadi-jadi. Ngalahkan dinasour.

Masa 32 minggu, check-up tengok baby masih dalam kedudukan songsang. So doktor bagitau dia boleh pusingkan baby sampai la kedudukan baby betul2 kat tempat dia. Oh memang sakit sangat. Tapi demi anak, kurelakan aje. Orang kata, mak akan berkorban apa saja untuk anak. Memang betul pun. Aku bagitau doktor, apa je kemungkinan, selamatkan anak aku dulu. Tak kisah la dengan apa cara sekalipun. Feeling mak mak sangat kan, haha!

Dah hujung2 pregnant tu aku macam berjaga-jaga jugak la. Sebab tak tau bila nak bersalin. Kalau sakit pinggang sikit-sikit tu rasanya biasa je kot. Aku tak tau macam mana sakit rasa contraction, dengan harapan kot kot la air ketuban pecah awal ke, atau ada darah keluar ke. Kakak-kakak aku cerita pengalaman dorang, ada yang sakit terus masuk labour room, ada yang air ketuban pecah dulu, ada yang keluar darah dulu. Tapi aku satu pun tak ada. Tiap-tiap malam aku bagitau kat baby suruh keluar esok, tapi tak keluar-keluar, selesa sangat agaknya dalam perut aku.

Genap 9 bulan 13 hari aku pun cek dengan doktor, sebab tak ada tanda-tanda nak bersalin pun. Bila doktor cek, doktor kata kalau nak tunggu baby aku turun, mungkin aku kena mengandung sampai 10 bulan.

HAMAGADDDDD... Orang lain mengandung 9 bulan je, aku tetiba kena 10 bulan. Ketidakadilan sungguh. Huhu! Jadinya, doktor kata meh la induce esok. Aku pun pasrah. Ok jom la induce esok pagi. Malam tu aku singgah rumah mak, bagitau esok aku nak induce. Pastu prepare la barang2 nak bawak gi spital.

Melahirkan
Perasaan aku masa tu, tak nebes, tak takut pun. Aku dah redha je. Khamis pagi-pagi Qery dah hantar aku untuk induce. doktor pesan dah pukul 7 pagi, suruh Qery daftar kat kaunter, aku pulak terus naik labour room, bagitau nurse yang aku ni patient doktor Tan, and doktor Tan suruh induce. Sebelum tu doktor pun dah bagitau aku, induce haritu mungkin malam atau esoknya baru baby keluar. Jadi aku suruh Qery pegi je sekolah. Tak ada nya aku nak beranak pagi tu.


7.30 induce, sorang-sorang je la dalam labour room. Aku bukak la surah maryam, surah Nabi Yunus, baca baca baca. Sakit macam senggugut tu. Tak ada la sakit sangat, berkata-kata di dalam hati. Hihi! Sampai pukul 10 lebih, nurse bagitau aku suruh tunggu dalam bilik je. Dalam bilik tu aku sambung reply mesej dan wasap customer semua. Masa tu sakit dia memang ala-ala senggugut, tapi yang tak kuat. Boleh la tahan sikit.


Aku makan, pastu tidur. Pukul 3 nurse gerak suruh pegi labour room balik. Masa tu check-check pun tak boleh beranak lagi. 3.30 doktor datang, dia pecahkan air ketuban. Doktor kata lepas pecah air ketuban, contraction akan datang lebih kerap, dan lebih sakit sebab dia akan masukkan ubat melalui drip selang 2 jam. Masa ni lah baru Qery sampai.


Ngam2 Qery sampai, contraction datang selang seminit. Ko bayangkan. Hahaha! Sampai aku dah tak ada tenaga nak tahan. Tepat 6 petang, nurse tu tanya aku tak nak ambik epidural ke. Kalau amik epidural tak sakit plus epidural membantu bukaan tu cepat sikit. Ok terus setuju amik epidural. Tapi doktor yang yang inject nya datang pukul 7malam. Masa nak ke pukul 7 tu rasa adoi lamanyaaaa... Kalau ada tv dalam labour room tu boleh jugak aku tengok cite Korea. Kihkihkih! Ini tak ada pulok. Terpaksa la aku fokus nak tahan sakit aje.

Pukul 7malam sampai la pukul 1 pagi, aku tak rasa sakit langsung, bahagia je. Haha! Epidural tu tahan 6 jam je. Start pukul 1 pagi aku dah dapat balik rasa sakit macam sebelum ambik epidural. Nurse tu check katanya rahim aku terlalu thick. Dia kata normal anak pertama memang macam tu. Aku pulak fikir, ni sebab banyak buat dosa la ni, tu yang susah beno nak bersalinnya, muahahaha!

Takpe2, aku tahan je. 1.30 pagi tu dah rasa macam nak berak. Nak berak tapi tak lepas. Macam sembelit la orang kata. Nurse suruh teran je. Kalau rasa nak berak, teran terus. Jangan tunggu2. Aku pun bila nak berak je aku teran. Tapi tak keluar-keluar. Yang sebenarnya aku rasa aku tak reti teran. Huhu! Ko bayangkan lebih 30 minit proses meneran aku ni, haha! Nasib baik la nurse yang jaga aku malam tu penuh sifat keibuan. Dia tak marah pun bila aku tak reti teran. Dia siap puji-puji, ha bagus, ha betul, haaaa lagi lagi, kalau baby keluar nanti saya bagi hadiah, ha pandaiii, teran lagi..

Gituuuuu.. Aku perhatiiii je. Huhu! Masa ni dah peluh jantan keluar jugak la. Qery pulak tak habis2 suruh teran, pastu tahan napas, siap ikut aku teran sekali. Hihi! Pastu buat lawak masa aku tengah teran. 'Ney hebat, ney boleh, push push, huuuuu huuuuuuuuh' Sabo je la. Aku nak teran pun terpaksa gelak sebab klako.

Qery kata sampai kepala baby keluar separuh baru nurse call doktor. Doktor datang cepat gila. Lagipun memang dia dah bersedia. Doktor sampai je, aku push 3 kali, terus baby keluar tepat jam 2.18 pagi. Fuhhhhhh, lega bila baby dah keluar. Kat badan dengan mata aku keluar bintik2 merah. Doktor kata bintik2 tu sebab aku teran kuat sangat sampai bintik2 tu keluar.

Masa Izz keluar, dia tak nangis pun. Aku risau jugak kot bisu ke apa. Doktor letak baby kat badan aku. Aku ada la dengar dia ter ek ek ek. Sikit je la tapi itupun dah lega. Hihi! Masa nurse keluarkan air dari mulut Izz tu la baru dia nangis, tapi pun tak lama. Lepas Qery azankan Qaiser, nurse ambik bersih and mandikan dia. 2 hari dalam ward, sebab nak tunggu baby kencing dengan berak. Aku pulak demam terkejut kot. Hihi! Kejap je la, tak sampai berapa jam je demamnya. Perasaan aku masa tu, bersyukur sangat-sangat. Rasa tak sangka dah jadi emak. Masa mula-mula nurse hantar Qaiser kat aku, aku tengok je muka dia. Macam, eh betul ke dah ada anak ni, boleh ke aku jaga anak aku, pandai ke tak.

Macam-macam la aku fikir. Tapi bila fikir-fikir balik, memang bersyukur sangat Allah kurniakan anak. Dapat merasa bau dari syurga. Dapat susukan anak, dapat merasa sakit beranak, dapat rasa perasaan mengandung. Ada orang tak dapat pun. Jadi, jagalah anak baik-baik ye Zuhana. Kihkihkih!



Berpantang dan Menjaga Anak
Okay, kat sini aku malas nak cerita panjang. Bab jaga anak aku rasa lain anak lain ragam. Izz Qaiser memang baik sangat-sangat, dia kurang buat perangai. Nangis pun jarang-jarang buat masa ni. Dulu masa akak-akak aku berpantang rumah mak, tiap-tiap malam akan dengar baby nangis. Izz ada jugak la nangis, tapi mungkin la seminggu sekali. Itupun dia nak kita main2 dengan dia. Tapi start masuk 2 bulan dia dah tidur malam. Aku pun memang tak ada langsung eye bag. Tidur tak terganggu langsung.

Bab makanan pulak, aku try and error. Banyak benda yang aku buat research. Makanan apa yang elok, makanan apa yang patut kurangkan. Disebabkan aku pantang sendiri, aku kena ada banyaaaak tenaga. Aku makan je ayam, ikan, sayur, telur. Yang memang aku tak usik langsung adalah seafood. Sebab memang aku tak berapa sangat pun dengan seafood ni. Pastu aku banyak makan buah anggur, oren, epal merah, strawberi, minum air horlick. Ikan bilis memang aku kurangkan, sebab ikan bilis ni kolestrol nya amatlah tinggi. Tapi aku makan jugak tau, bukan tak makan langsung.

Supplement
Sebenarnya supplement memang bagus untuk ibu mengandung, tapi aku tak ambik supplement walau sebiji pun. Huahuahua! Folic Acid pun tak makan, Obimin pun tidak, Iberet Folic pun tidak. Nasib baik dan alhamdulillah badan sihat je. Doktor pun tau aku tak makan supplement, so dia pun tak supply. Hihi!

Kesimpulannya
Kebanyakkan pengalaman kita dengar, tak kisah la dari blog ke, dari kawan2 ke, dari saudara mara ke, mesti ramai cakap sakit gila. Ada yang rasa trauma, takut nak beranak lagi. Kepada yang belum rasa sakit beranak. Apa yang aku boleh bagitau. Ofkos memang sakit kalau beranak. Tapi tak ada la rasa macam dah give up nak hidup ke apa. Kita orang perempuan memang Allah bagi semangat yang kuat, insyaallah kita semua boleh buat. Sebab tu sakit beranak jatuh nombor dua selepas sakit meninggal. Dan sebab tu Allah hadiahkan kita syurga kalau kita meninggal. Jadi, jangan la takut-takut. 

 Itu sahaja dari pengalaman dari aku.

Sekarang IzzQaiser tidur pun macam orang tua. Hihi!

Pastu sekarang ni, dia memang dah pandai berborak. Start 2 hari lepas, bila dia nangis, dia akan buat bunyi 'ma, 'ma', ma'. Aku rasa pelik jugak.Ait budak ni baru 2 bulan takkan dah boleh sebut ma. Pape lah. Asalkan bahagia. Huhu!

18 comments:

Unknown said...

Muka Izz Qaiser macam suami sepet sangat. tahniah... moga izz qaiser jadi anak yang soleh dan berjaya :)

Jom Baca: Cara untuk atasi sembelit

Unknown said...

sepet ni mmg otaila.haha.mmg ptutla dpt anak lelaki.klu qery yg ngandung sure dpt anak pompuan..eh??hahaha

Juls Julie80 said...

tahniah Sepet..

sebak lak rasa baca entry nih...dah 8 thn menunggu.... :'(

Sheila Salim said...

Assalamualaikum sepet. hehhee cutenya izz! pengalaman bersalin ni indah kan. hihiiii. take care sepet and izz ~~~

mummy said...

seronok kan jadi mama ni.. =]
err...kite pun x sempat2 lagi nak share pengalaman² mase bsalin dulu..eheh

mrs kayrul said...

comel sangat izz qaiser nie...mesti lepas bersalin terus lupa sakitkan...

Chekgu Azrine said...

Izz qaiser ni handsome la sis..sgt

Cipina said...

Comeynyaaaaaaa...sebijik muka mak dia huhuhu

Dang Wangi said...

Dengar pengalaman sepet rasa macam tak sabarnya nak ada anak.. padahal tak kawin lagi.. ;p

anaalut said...

Hi sepet :)
nak tips2 turunkan berat badan or maintain berat bdn please, hehe
badan sepet before and after ada qaiserr sma je. :)


anaalut.blogspot.com

LinChalo said...

Salam sis.. tahniah dengan kelahiran baby Izz.. pengalaman bersalin memang tak dapat nak lupa kan.. :)

Saya nak jemput sis untuk share pengalaman bersalin sis kat blog saya.. kami ada buat 1 kontes sekarang.. just share pengalaman bersalin dan insyaAllah berpeluang untuk memenangi 'Coach Wristlet'.. Jemput join ya.. :)

http://www.linchalo.com/759/kongsi-pengalaman-bersalin-boleh-dapat-coach-wristlet/

Adah Talib said...

Nervous plak nk beranak ni..hihi,baca pengalaman org, pengalaman sendiri pun dah lupa..hihi..

last pregnant tahun lepas.tapi keguguran. pantang, rasa beranak semua rasa macam dah lupa.( http://norsaadahabdultalib.blogspot.com/2014/04/bila-allah-uji-hambanya.html )

tapi bila dah keluar baby, sakit tu hilang kan?

Unknown said...

Salam,Nak tanye time pregnant dlu awak langsung x mkn ape2 ye ( folic acid, iron,b complex or obimin, shaklee ke? Xde ape2 kan? Sbb ade Yg kate Nnti anak x membesar la.. anak Boleh cacat la (nauzubillah )

nini said...

Wahhhh comeynye baby,...

Saufa Sakinah@ hAda said...

bile dah beranak...lupe dah sakit beranak tu...kalo ingat pun sakit jahit jer...hohoho, tibe2 rindu anak....allahuakbar sangat2 rindu..sbb bb xdok dgn kite...

yukmil said...

wah....comel nyer baby....
bakal2 ibu yg akan melahirkan anak,yg mencari set tilam baby...boleh follow blog sy...
http://perniagaan-yuk.blogspot.com/

art said...

memang full term mengandung ialah 40 minggu = 10 bulan.

fatimah said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)