Seronok engkau tak update lama. Hihi! Bukannya tak ada masa sangat pun. Saja nak rehat-rehat. Lagipun bukan ada cerita sangat. hari-hari buat kerja yang sama. Bangun pagi, reply order, tulis alamat, masak nak makan, balut parcel sambil tunggu Qery balik, makan sama-sama, sambung balut and reply order, postage, makan, rehat, tidur. Itu je la pun hari-hari.
Nak cerita apa benda yang sama. Tapi aku tak pernah pulak bosan. Huhu! Tak ada la memberontak nak enjoy nak shopping ke apa. Aku lagi suka duduk rumah sebenarnya. Selalu malas nak teman Qery pegi pos, lagi suka tunggu kat rumah je boleh baring-baring. Tapi selalunya kena teman la sebab Qery kata kalau aku teman dia tak bosan sangat *sebab mulut aku kan pok pek pok pek, haha*
Eh lupa nak bagitau, aku sebenarnya tengah runsing beberapa harini sebab Ig sepetshop aku tu tak boleh upload gambar. Sajaaa je tau, aku nak up banyak gambar lagi ni. Asik la tak boleh. Dah on off, dah reinstall semua, tetap tak boleh. Menguji menguji. Sapa tau kenapa? Huhu!
Tapi apa pun syukur alhamdulillah, 2 minggu ni berpusu-pusu *pusulahsangat* orang order.
Mungkin dah senang nak tengok barang-barang kot. Kebetulan minggu goverment and swasta gaji kan, kemain la ramai orang nak itu nak ini. Tabita macam biasa memang hot item. Tapi aku perhati Kaylena pun boleh tahan jugak walaupun baru jual beberapa hari. Dah tu tetiba losyen felinna pun laju balik. Aku rasa mungkin sebab nak raya ni korang nak kurus ke apa? haha!
Ni nak cerita pasal semalam, aku baru terhegeh-hegeh nak pegi buat blood test. Alkisahnya bulan lepas appointment dengan doktor, tapi doktor lambat sebab ada kes *tak ingat la sama ada tetiba ada orang nak bersalin ke apa* so pukul 5 lebih macam tu baru doktor free. Pukul 5 lab dah tutup so tak boleh nak buat blood test. Jadi doktor sediakan 1 surat, suruh aku buat blood test kat tempat kerja lama, sana murah sikit.
Esok nak appointment dengan doktor, semalam baru kelam kabut buat blood test, hahaha!
Dah lama tak pegi hospital jumpa kawan-kawan lama. Seronok la jumpa Judith, Kak Ros, kakak-kakak kat MOB, semua nak pegang perut. Hihi! Nampak dari jauh doktor boifren lama *kahkah! Sebelum jumpa kawan-kawan mintak izin Qery dulu, takut dia nak cepat ke apa kan, tapi Qery kata jumpa je, dia boleh tunggu. Sebab dia tau aku jarang jumpa kawan-kawan.
Qery kadang2 tanya jugak aku taknak lepak dengan kawan-kawan ke. Sebab dia tak kisah pun kalau aku nak keluar semua. Tapi aku je jenis pemalas. Aku kalau dah jumpa nanti mulut tak berhenti asik nak bercerita je kejenya. Lagipun kawan-kawan aku memang ramai yang jenis kerja shif, susah sikit la nak curi masa dorang. kadang2 dorang ada masa ofkos dorang nak dating ke, nak bersama keluarga ke kan. Jumpa pun kalau kat kenduri kawin. *port mak-mak sangat, haha*
gambar kat kenduri kawin. |
Semua la tanya aku dah berapa bulan, boy ke girl, berat naik banyak tak, jumpa doktor mana. Nasib soalan senang je. Sapsapsui jawab. Kekeke! Ramai staff farmasi dah resign, ada beberapa je staff lama, tapi yang aku rapat dengan Judith and Kak Ros je. Yang Kew, Chia, Chau semua dah resign. Bos lama aku pun dah resign.
Ambik darah kat tingkat bawah. Selalunya memang aku tak ada masalah sangat bab amik darah. Aku bukan takut jarum pun. *nada berlagak gila sambil libas shawl* . Still boleh tengok orang tu cucuk tangan aku. Ala sakit lagi kena cubit dengan mak, haha! Setakat cucuk sikit ambik darah 2 botol je takyah cuak sangat kan. Urat kat tangan aku pulak jenis nampak. Mana-mana nak amik pun boleh sebab memang nampak biru-biru menjalar. Kawan aku masa sekolah lagi ngek, dia nampak urat kat pipi aku. Dia cakap nak ambik darah kat pipi pun boleh. Itu kongajo sangat. Haha!
Kalau andak (Jemah) susah sikit nak ambik darah dia, walaupun dia putih, tapi tangan dia putih yang gebu. Habis semua urat menyorok. Kau tepuk la tangan dia bagi sakit, tetap tak nak urat tu keluar, hahaha! Aku dengan Ceera memang jenis urat terkeluar macam orang tua. Entah pape je.
Ingat tak yang aku punya berat bulan lepas 51kg masa timbang tu. Semalam masa borak dengan kakak-kakak kat MOB tetiba teringat kat MOB ada penimbang . Apa lagi, ajak kak Tika teman timbang sama-sama. Hihi! Masa borak tu aku kemain lagi yakin bagitau berat aku dah naik 53kg sambil kembang-kembang hidung. Minggu lepas aku balik rumah mak, aku timbang rumah mak memang dah 53kg. Jadinya memang la iolls yakin gila kan. Sekali gi timbang kat sana, eh eh eh.. Kenapa 51.2kg je ni??
Aku makan tak ada la skip skip diet ke apa. Makan macam biasa je. Masa pregnant kan, aku tak pelahap sangat tau. Aku still makan macam manusia normal. Sama macam tak pregant pun. Tak ada la 2 kali tambah, rasa tak cukup ke apa. Cuma kena kerap makan la. Nasi memang makan tapi tak banyak, kalau lapar aku makan buah ke, coklat ke, roti ke. Kerap kerap makan tapi sikit.
Pastu memang sepanjang minggu lepas perut aku tak berapa selesa. Asik memerut je. Aku syak sebab makan betik banyak sangat, haha! Aku suka gila makan betik sejuk-sejuk. Ha memang ke jamban je la kerja aku. Sampai sekarang selera kureng sebab perut tak selesa.
Pastu bagitau Qery, takkan la naik 200g je sebulan. Takut la doktor marah ke apa kan. Dalam hati aku berdoa je penimbang tu tak sama macam penimbang kat spital tu. Tapi tanya-tanya kat facebook dorang kata tak apa. Aku je poyo-poyo takut kan. Kekekeke! Jadi aku google cek kat blog Dr Zubaidi, katanya selepas 12minggu, wanita hamil harus menambah sebanyak 1.5-2.0 kg setiap bulan dengan memakan tambahan 300 kalori sehari dalam pemakanan. Ewah, macam la aku ni bijak sangat nak kira kalori. Tapi aku yakin yang berat aku naik, penimbang kat spital tempat keja lama tu sengajaaaaa nak menakutkan aku. Huhu!
Tapi memang lately ni badan aku asik penat la. Pening kepala satu hal. Bantal dah start kena tinggi kalau tak susah nak napas. Haritu *lama dah* tengok rancangan yang Betty Benafe mengandung sampai bersalin tu kan. Tak ingat rancangan apa. Ada part ni dia pegi berurut kat satu tempat memang khas untuk orang pregnant. Korang tau tak kat mana. Sebab aku rasa badan aku ni memang dah start sengal-sengal banyak angin kot. Haritu tanya jugak kat Thai Odessey, dorang takde pulak buat untuk orang mengandung.
Semalam Qery urut belakang rasa alahai sedapnyaaaaaa. Tapi tu la dia tu kalau urut tak sampai seminit. Aku baru nak feeling dia cakap dah dah. Sabo je la. Huhu!
Eh sapa-sapa peniaga online yang pandai buat kimchi, tolong la jual kimchi online. Susah la nak cari kimchi yang halal. Aku ni kalau pandai buat, dah lama aku jual *iyolahtu*
Tetiba sangat kimchi. Kbye.
4 comments:
http://www.jumiesamsudin.com/2014/04/homemade-green-kimchi-by-caramasakcommy.html
try call no ni
Ms. Lynda ke nombor 0172883090.
CaraMasak.Com.My - website dia
Salam...
Kat BIG Supermarket Publika ada banyak kimchi Made in Korea yang halal...
salam dik,
nih contact kawan akak yg meniaga kimchi...mak dia mmg pure Korean (dia ni mix Malay+Korea)....so kimchi dia mmg original Korean made halal kimchi la kannn
https://www.facebook.com/aishah.park.kimchi
Post a Comment