May 30, 2014

Happy Birthday Yang Ke-30

Sengaja bagitau umur Qery dah 30, bahahaha. Sebab aku sakit hati bila orang ingat Qery sebaya aku. Pfttt. Aku dengan Qery perbezaan jarak umur adalah 4 tahun ye. Walaupun aku tak panggil dia ABANG, well tak pernah pun panggil abang, sebab perangai Qery macam budak-budak bila dengan aku. Kadang2 terlebih manja pun ada. Qery tak nak aku panggil dia ABANG pun, sebab dia memang bahasakan diri dia abang kat rumah. Mungkin la dengan isteri dia nak lain sikit, takmo la samaaaaaaa je panggilan tu.

Bila terserempak dengan junior Qery, kebanyakkannya panggil Qery 'abang Qery'. OMG rasa nak muntah sangat aku dengar. Hahaha! Lepas tu cerita kat aku 'abang Qery dulu ramai peminat sebab dia pendiam, bla bla bla'. Pasrah je aku mendengarnya. Umur aku 26 tahun. Bukan 30 ye. Sapa cakap iolls sebaya Qery siap la dia. Cubit kuat-kuat. Huhu!

Birthday Qery semalam. 29.5.2014(Khamis), minggu ni sebenarnya aku bizi tahap gaban. Rabu tu, aku hampir terlupa yang esoknya befday Qery. Banyak benda nak fikir. Aku teringat pun sebab Qery bagitau yang family dia ajak datang rumah Khamis malam tu. Terfikir2 jugak aku ada apa. Rupanya eh eh eh befday somi kitew la. Kekekeke!

Malam tu tepat jam 12 pagi aku pun wish la kat Qery, tanya dia nak hadiah apa untuk befday. Haha! Tak romantik langsung kan. Siap tanya nak apalagi, takde surprise pun. Redho je la. Qery kata nak perfume. Aku pulak ingat nak belikan dia kasut futsal, sebab haritu dia ada tengok satu kasut futsal ni, pastu macam asik cakap pasal kasut tu je. Ok la, belikan je dua-dua. Sebab kalau nak diikutkan, Qery ni banyak berkorban untuk aku dikala aku susah. Huhu! 

Pagi tu bangun, aku siapkan semua order. Bayangkanla hari gaji kan memang banyak order. Bersilang tangan aku nak reply customer, nak tulis alamat, nak balut. Qery nak tolong, tapi aku tak bagi sebab befday boy kena rehat je. Bukak tv suruh dia tengok tv, bagi dia minum, bagi dia roti. Makan dulu kenyang2 sambil tengok tv, bagi aku setelkan kerja. Pukul 2 kang kita pos terus keluar.

Sekali aku dah siap2 balut, parcel dah masuk dalam beg, pukul 1.30 tengok Qery dah tertido.  Bila gerak dia kata nak keluar pukul 3. Kebetulan semalam kan hujan, memang syok la nak tidur. Boleh la pukul 3, lagipun pinggang aku pun dah sakit. Nak baring2 kejap. Gerak-gerak pukul 3.  Kemain liat nak bangun. Huhu! Last-last dah mandi siap2 pukul 4 jugak aku keluar rumah. Pegi pos barang, sampai MidVelley pukul 5. Mencari parking dah 10 minit. Sabar je la.

Bila masuk MidVelley tu aku ajak Qery jalan kat The Gardens sebab Qery tak pernah pergi situ. Nak ke MidVelley pun jarang, apatah lagi nak ke The Gardens tu. Memandangkan Qery suka perfume Gucci, marilah kita masuk Gucci. Haih rambang mata aku melihatnya. Masa Qery tengah pilih2 perfume, aku ke sana ke mari tengok handbag. 

Gucci kat The Gardens lagi best dari kat KLCC. Lagi banyak pilihan dan lagi besar. Terbekenan pulak dengan satu beg dia. Arghhhhhh!! Tercari-cari design beg yang aku pakai, ofkos la malu kan kalau beg yang kita pakai tetiba ada display kat situ. Kahkahkah! Sama macam korang pakai baju, tetiba nampak baju yang sama kat kedai, mesti korang takmo masuk kedai tu. Nanti dituduh mencuri pulak. Muahahaha!

Sekali seller tu kata, beg yang aku pakai dah tak ada stok, sekarang keluar design lain sikit tali dia. Macam tau-tau je aku cari beg tu. Hihi! Oh ramai yang nak aku jual beg yang sama macam aku pakai. Aku ada jugak cari, tapi tak jumpa tau. Sob sob sob. Nanti kalau aku jumpa ada yang imitation sebijik sejiban macam tu, kompom aku war-warkan kat korang. Design tu simple tapi cantik kan kan kan. Kekeke!

Qery pilih dua perfume, lepas tu tengok kasut. Nasib baik dia tak beli kasut. Selamat aku. Hahaha! Keluar tu tengok ada LV pulak. Qery ajak masuk, tapi takyah ye. Jangan nak perasan orang kaya sangat. Duit tu simpan untuk baby-baby-baby akan datang je. Hihi! Dah la aku tak siapkan lagi barang2 baby. Barang2 nak bawak gi hospital. Sapa-sapa online shop yang ada semua barang2 keperluan untuk nak siap2 pergi hospital boleh tak wasap aku *amboi keje nak senang je, haha*. Sebab aku memang nak beli. Dah 7 bulan ni, dah kena get ready beg tu dalam kereta. 


Pastu, kitorang pun makan. 



Dah kenyang baru cari kasut futsal Qery. haritu berkenan kasut Adidas. Ok marilah kita ke MidVelley semua. Pegi sana terus try, terus beli. Jangan nak tengok2 kasut lain pulak. Tersengih2 dia suka dapat kasut tu. 


Pastu jom balik sebab family mertua nak sambut befday Qery sama-sama. Syah belanja makan, mak belanja beli kek, ayah pulak hadiahkan Qery jam. Hihi! Kek tu sedap sangat. Lembut je. 


Happy sangat la Qery semalam. Sampai nak tidur pun tersengih2. 


Kejap kejap kang TQ sayang, pegang tangan la, pegang perut la. Pastu tetiba cite pasal kasut yang baru beli tu, pastu tak sabar nak main futsal. Haha! Dengar je la. 

Takpe nak manja2 pun dengan aku je. Ye tak. Berani la nak mengada dengan orang lain. Bakar semua kasut2 dia nanti.

Kita tak yah wish kat sini la, malu tau. Wish depan-depan lebih afdal terang lagi bersuluh,tak gitu. Haha!

Btw, sedih ke umur masuk angka 3? =P

7 comments:

Irfa said...

HPY BESDAU DIK QERY (akak 5 tahun extra dari dia, sila panggil akak tau)

BTW NAK KOMPANG JUGAK, AKAK N SOMI PUN BEZA 4 TAHUN, TAPI TAHUN NI DIA LAST ANGKA 3, TAHUN DEPAN START ANGKA 4' KIKIKI

Anonymous said...

nk tnya...harga perfume dlm butik same ke dgn kaunter biasa??

Chekgu Azrine said...

Happy birthday to ur beloved hubs..
Pnjg umur murah rezki

mshazadoes said...

hapy besday en.qery
sepet,dya dah gune produk tabita tu..seronok lah weii..baru seminggu.x sabar nak cun melecun raya nanti :P
tq sepet !

Unknown said...

hepi bufday en.qery..
amboi.. berseri-seri mak buyung ni..hihi..

dah kena prepare satu beg dlm kereta dah ni sepet..kena bawak p mana2 je.. sue dulu pun sepet, memang 7 bln dah siap beg dlm kereta kalo p mana2.. kot2 la nak terberanak tgh holiday ke tgh shopping ke... hahahaha...

MAIZATUL ASYIQIN said...

nape akak cantik sangattt ... hee

PetakBunga said...

selamat hari lahir buat suami ADIK.