Semalam kot aku baca status kawan aku si kecik, hihi!
Bila
dah jadi housewife. Sunyi atau gembira? Hmmm. Sebenarnya best! Tapi life
ni takde lah semeriah dulu. Sekarang my time memang spend dengan
little kiddos n hubby je
Itulah kawan. Itulah pendengar setia.
Memang takde dah istilah lepak2, jalan2, gosip session. Hehe. Alhamdulillah bagus juga. Terisi dengan perkara indah.
Susah sebenarnya nak cari KAWAN
Itulah kawan. Itulah pendengar setia.
Memang takde dah istilah lepak2, jalan2, gosip session. Hehe. Alhamdulillah bagus juga. Terisi dengan perkara indah.
Susah sebenarnya nak cari KAWAN
Bila sentuh pasal housewife, nak tak nak memang akan terasa. Haha! Even ramai yang rasa bestnya jadi housewife. Berapa ramai orang peremuan yang memang mengidam untuk jadi housewife, ada yang suka kerja, tapi suami tak bagi. Macam-macam kan kisah dalam dunia ni.
Aku suka je kerja. Kalau tak kerja pun aku still ok. Masa study, memang ramai sangat kawan. Sapa baca blog aku tahun 2008, mesti perasan aku selalu je keluar berjimba dengan kawan-kawan. Pergi uptown, pergi downtown, jalan2 OU, tengok wayang ramai-ramai, buat BBQ, lepak Putrajaya nak tengok bunga api. Bercuti kat pantai, girls day out. Zaman enjoy dengan kawan-kawan semua masa aku study je.
Lepas aku start kerja, semua kawan-kawan pun dah ada komitmen masing-masing. Kitorang pun paham masing2 punya kerjaya. Kadang2 ada yang shif malam, ada yang kerja ofis hour, ada yang shif pagi/petang. Since kerja kat hospital memang agak susah nak apply cuti, dan cuti tak sama macam orang yang kerja pejabat. Lagi lah membuatkan masa tu bertambah limit.
Tapi mungkin jugak aku jenis yang tak berapa kisah. If tak dapat enjoy dengan kawan-kawan pun aku tak stress. Tapi kitorang still keep in touch kat facebook. Tanya kabar, ada yang dah kawin, ada yang dah ada anak, ada yang bertunang. Takde la istilah kecik-kecik hati asik tak dapat jumpa ke apa.Sebab semua dah besar panjang. Semua dah sedar masing2 ada tanggungjawab sendiri. Enjoy memang perlu, tapi tak semestinya kena jumpa selalu. Banyak cara untuk enjoy nak tenangkan fikiran.
Macam aku, aku lebih suka enjoy dengan Qery, haha! Since korang baca blog aku ni, memang update pasal Qery and family je. Itulah kehidupan aku sekarang. Dan aku sangat bersyukur. Walaupun life aku tak se-best orang lain. Tapi life aku better dari dulu.
Bila dah jadi housewife, memang kehidupan tu berbeza. Siapa-siapa yang jenis kuat berjalan, mesti nak kena shopping 2 hari sekali, mesti nak kena jumpa kawan-kawan, mesti nak kena gosip sebakul dua, atau jenis yang tak boleh duduk rumah, memang tak akan berminat langsung jadi housewife. Ada yang dia rasa lebih baik dia kerja dari duduk termenung kat rumah. Semua ada pendapat masing-masing. Tapi selagi kita tak berada ditempat seseorang, jangan sesekali rasa kerja orang lain mudah.
Ada yang memang cita-cita nak jadi suri rumah, tapi sebab faktor ekonomi, nak tak nak kena jugak bantu meringankan tugas suami. Takpa la, banyak pahala korang. Hihi!
Dan cerita dalam blog,aku lagi selesa cerita pasal diri sendiri dan keluarga. Aku tak berapa suka sangat cerita pasal orang lain, atau isu semasa, atau buat propaganda ke apa. Haritu sapa entah tanya aku, aku takde kawan perempuan ke. Hahaha! Kejam sungguh pertanyaan ittew. Tapi macam sesuatu sangat kan kalau kita takde kawan. Seperti aku ni orang yang bermasalah sampai takde orang nak kawan. Haha!
Aku ada kawan, cuma aku jarang keluar dengan kawan-kawan. Aku jumpa pun kalau ada sapa-sapa kawin. Masa tu la nak borak tanya ko buat apa, apasal ko gemuk, apasal ko kurus. Masa tu je. Hihi! Lepas tu kite borak kat facebook.
Bila dah buat bisnes online, lagilah aku tak cukup masa. Masa dengan family pun berkurang. Dulu sebelum kawin, semua orang tau aku duduk dalam bilik je, sampai mak risau aku tak makan, dia masak bawak masuk dalam bilik. Kadang2 abah tu dah lama tak tengok aku pergi dapur, malam-malam pun lepak dalam bilik aku sambil tengok aku susun stok.
Bila dah kawin, lagi lah aku mula-mula macam shock sikit, rumah nak kemas, masak tengah hari, masak malam, basuh sidai lipat gosok baju, reply order, tulis alamat, packing. Lagilah aku rasa masa tu terhad sangat. Tapi best ada Qery, sebab dia tau aku stress, dia selalu la buat surprise macam belikan aku itu ini itu ini. Haha! Kalau aku buat kerja sampai malam, dia beli la tiket midnight. Selalu la dia urut2 kepala aku sampai tertidur. Biasalahhh..orang dah kawinnn...kekekeke! *mata ke atas sangat*
So far, issue enjoy atau hang out dengan kawan-kawan tak menjadi masalah untuk aku. Walaupun ramai je macam rasa tak best nya asik Qery Qery Qery, tapi aku rasa best sangat kot. Haha! Aku enjoy je hidup macam ni. Tapi bila fikir-fikir balik, boring jugak kalau dapat kawan yang sikit-sikit nak emo sebab tak dapat jumpa ke apa. Syukur la kawan-kawan aku semua memahami. Belum ada lagi yang sentap menyentap ke apa. Sebab tu aku sayang kawan-kawan aku.
Kesimpulannya, kalau kita nak orang faham kehidupan kita, kite kena belajar memahami kehidupan orang lain. Tak gitu cik salmah.
=P
Suami, Sahabat, Selamanya, ewah. haha! |
Shawl dari ig : Puteri_hijab atau fb Puterihijab
Visit : My Shop
Comments
Tp orang ingat kita takde kawan plak sebab asyik kepit ngan bf. Nak bwat camner bf pun besfren jugak. Dia la kawan gossip, kawan shopping. Kawan2 pompuan bila masing2 tak bz barula dpt jumpa. ye la, masing2 dah keje. Ada yang dah kawen kan. Bukannya sama macam time study
time lepak kita lepak
time jd bini kita jd bini
nk buat mcm mana dowh..kena ikut zaman la..
beauty of life kot..kan kan?
best ape berkepit ngn suami
pahalaaaaaaaaaaa
hehehehhehehe
bab kawan tu, sama je mcm sy.. time jmpa, kita jmpa je..kalau x, duk je umah..buat apa yang ptut.. :)