Semalam kot aku baca status kawan aku si kecik, hihi!
Bila
dah jadi housewife. Sunyi atau gembira? Hmmm. Sebenarnya best! Tapi life
ni takde lah semeriah dulu. Sekarang my time memang spend dengan
little kiddos n hubby je
Itulah kawan. Itulah pendengar setia.
Memang takde dah istilah lepak2, jalan2, gosip session. Hehe. Alhamdulillah bagus juga. Terisi dengan perkara indah.
Susah sebenarnya nak cari KAWAN
Itulah kawan. Itulah pendengar setia.
Memang takde dah istilah lepak2, jalan2, gosip session. Hehe. Alhamdulillah bagus juga. Terisi dengan perkara indah.
Susah sebenarnya nak cari KAWAN
Bila sentuh pasal housewife, nak tak nak memang akan terasa. Haha! Even ramai yang rasa bestnya jadi housewife. Berapa ramai orang peremuan yang memang mengidam untuk jadi housewife, ada yang suka kerja, tapi suami tak bagi. Macam-macam kan kisah dalam dunia ni.
Aku suka je kerja. Kalau tak kerja pun aku still ok. Masa study, memang ramai sangat kawan. Sapa baca blog aku tahun 2008, mesti perasan aku selalu je keluar berjimba dengan kawan-kawan. Pergi uptown, pergi downtown, jalan2 OU, tengok wayang ramai-ramai, buat BBQ, lepak Putrajaya nak tengok bunga api. Bercuti kat pantai, girls day out. Zaman enjoy dengan kawan-kawan semua masa aku study je.
Lepas aku start kerja, semua kawan-kawan pun dah ada komitmen masing-masing. Kitorang pun paham masing2 punya kerjaya. Kadang2 ada yang shif malam, ada yang kerja ofis hour, ada yang shif pagi/petang. Since kerja kat hospital memang agak susah nak apply cuti, dan cuti tak sama macam orang yang kerja pejabat. Lagi lah membuatkan masa tu bertambah limit.
Tapi mungkin jugak aku jenis yang tak berapa kisah. If tak dapat enjoy dengan kawan-kawan pun aku tak stress. Tapi kitorang still keep in touch kat facebook. Tanya kabar, ada yang dah kawin, ada yang dah ada anak, ada yang bertunang. Takde la istilah kecik-kecik hati asik tak dapat jumpa ke apa.Sebab semua dah besar panjang. Semua dah sedar masing2 ada tanggungjawab sendiri. Enjoy memang perlu, tapi tak semestinya kena jumpa selalu. Banyak cara untuk enjoy nak tenangkan fikiran.
Macam aku, aku lebih suka enjoy dengan Qery, haha! Since korang baca blog aku ni, memang update pasal Qery and family je. Itulah kehidupan aku sekarang. Dan aku sangat bersyukur. Walaupun life aku tak se-best orang lain. Tapi life aku better dari dulu.
Bila dah jadi housewife, memang kehidupan tu berbeza. Siapa-siapa yang jenis kuat berjalan, mesti nak kena shopping 2 hari sekali, mesti nak kena jumpa kawan-kawan, mesti nak kena gosip sebakul dua, atau jenis yang tak boleh duduk rumah, memang tak akan berminat langsung jadi housewife. Ada yang dia rasa lebih baik dia kerja dari duduk termenung kat rumah. Semua ada pendapat masing-masing. Tapi selagi kita tak berada ditempat seseorang, jangan sesekali rasa kerja orang lain mudah.
Ada yang memang cita-cita nak jadi suri rumah, tapi sebab faktor ekonomi, nak tak nak kena jugak bantu meringankan tugas suami. Takpa la, banyak pahala korang. Hihi!
Dan cerita dalam blog,aku lagi selesa cerita pasal diri sendiri dan keluarga. Aku tak berapa suka sangat cerita pasal orang lain, atau isu semasa, atau buat propaganda ke apa. Haritu sapa entah tanya aku, aku takde kawan perempuan ke. Hahaha! Kejam sungguh pertanyaan ittew. Tapi macam sesuatu sangat kan kalau kita takde kawan. Seperti aku ni orang yang bermasalah sampai takde orang nak kawan. Haha!
Aku ada kawan, cuma aku jarang keluar dengan kawan-kawan. Aku jumpa pun kalau ada sapa-sapa kawin. Masa tu la nak borak tanya ko buat apa, apasal ko gemuk, apasal ko kurus. Masa tu je. Hihi! Lepas tu kite borak kat facebook.
Bila dah buat bisnes online, lagilah aku tak cukup masa. Masa dengan family pun berkurang. Dulu sebelum kawin, semua orang tau aku duduk dalam bilik je, sampai mak risau aku tak makan, dia masak bawak masuk dalam bilik. Kadang2 abah tu dah lama tak tengok aku pergi dapur, malam-malam pun lepak dalam bilik aku sambil tengok aku susun stok.
Bila dah kawin, lagi lah aku mula-mula macam shock sikit, rumah nak kemas, masak tengah hari, masak malam, basuh sidai lipat gosok baju, reply order, tulis alamat, packing. Lagilah aku rasa masa tu terhad sangat. Tapi best ada Qery, sebab dia tau aku stress, dia selalu la buat surprise macam belikan aku itu ini itu ini. Haha! Kalau aku buat kerja sampai malam, dia beli la tiket midnight. Selalu la dia urut2 kepala aku sampai tertidur. Biasalahhh..orang dah kawinnn...kekekeke! *mata ke atas sangat*
So far, issue enjoy atau hang out dengan kawan-kawan tak menjadi masalah untuk aku. Walaupun ramai je macam rasa tak best nya asik Qery Qery Qery, tapi aku rasa best sangat kot. Haha! Aku enjoy je hidup macam ni. Tapi bila fikir-fikir balik, boring jugak kalau dapat kawan yang sikit-sikit nak emo sebab tak dapat jumpa ke apa. Syukur la kawan-kawan aku semua memahami. Belum ada lagi yang sentap menyentap ke apa. Sebab tu aku sayang kawan-kawan aku.
Kesimpulannya, kalau kita nak orang faham kehidupan kita, kite kena belajar memahami kehidupan orang lain. Tak gitu cik salmah.
=P
Suami, Sahabat, Selamanya, ewah. haha! |
Shawl dari ig : Puteri_hijab atau fb Puterihijab
Visit : My Shop
13 comments:
Askm sepet...duk rumah jaga suami n rumahtangga lg berkat n byk pahala...terlalu dgn dunia luar dr rumahpon ada baik n buruk kalau x pandai kawal diri..hidup berkeluarga ni best,semoga sepet jd isteri solehah n dikurniakan keluarga rahmah,mawaddah,sakinah.enjoy life with u hubby,family,coz kita x taw hayat kita d dunia takat mana kan.....tgk sepet n qery pun psgn sweet forever n loving each other....heheee
Faham sangat perasaan ni. Walaupun belum kahwin, tapi mmg betul lepas keje kekangan masa tu byk. Mana nak spend time ngan family lagi kan, so kengkawan sumer contact thru fb je.
Tp orang ingat kita takde kawan plak sebab asyik kepit ngan bf. Nak bwat camner bf pun besfren jugak. Dia la kawan gossip, kawan shopping. Kawan2 pompuan bila masing2 tak bz barula dpt jumpa. ye la, masing2 dah keje. Ada yang dah kawen kan. Bukannya sama macam time study
Yeah setuju sgt2
Yeah setuju sgt2
time huha kita huha
time lepak kita lepak
time jd bini kita jd bini
nk buat mcm mana dowh..kena ikut zaman la..
beauty of life kot..kan kan?
Dh kawin mmg bkwn di tpt keje je.life mmg family aje.biasala tu mungkin org yg tny tu mcm sy kot sbb ms u blm kawin hrtu tiap hr cite psl pakwe aje.sy pun tertnya jgk dia xde kwn pompuan le mak bpk dia xkisah ke.tp syukurla awak dh kawin...smg berbahagia ke akhir hayat..
Hidup ni bukan semata-mata marriage je, kena seimbangkan dengan keluarga kedua-dua belah pihak, juga kawan-kawan dan jiran-jiran. Bukan apa, time susah nanti pandai pulak kita rojer orang sana sini sebab nak mintak tolong! Oleh itu, tidak cukup sekadar touch in gadget, still kena jumpa sebab touch semakin berkurangan.. apa kata Sepet buat house warming, open house, baby shower, dll.. at least kita masih tersenarai dlm BFF list! =D
Ada jugak yg tak baiknya kalau terlalu stick macam ni. Kalau apa apa berlaku kita akan susah nak stand on our feet alone. Kena ada check and balance. Kena ada masa masa berjumpa kawan tapi bukan selalu sangat. Ada masa masa kena belajar berdikari. Tapi of course most of the time kita buat activities dengan our own families. My two cents opinion.
Okeh, A+ untuk karangan ni. Haha!
ehhhh...
best ape berkepit ngn suami
pahalaaaaaaaaaaa
hehehehhehehe
samalah..dah 4thun kahwin..mmg x hangout dgn member2..hehe..bekepit dg hubby and anak2 sj..tapi kadang2 lepak jgk tanpa suami..tapi dgn adik jr la..hehe.fun pun fun..x rasa terbeban pun..
betul2..setuju sgt..tapi kita pun ada kawan yg faham, yang sedih nya yang tak nak faham pun ada..tak semestinya single pun ada banyak masa nak jumpa2 bagai..tapi tu la, sedih sangat bila ada kawan yg tak nak faham tu sampai lost contact terus..T_T
best je life dah kawin ni sebenarnya.. wlpun kadang2 penat sikit sebab bnyk kerja kena buat sorang2..hehe
bab kawan tu, sama je mcm sy.. time jmpa, kita jmpa je..kalau x, duk je umah..buat apa yang ptut.. :)
Post a Comment