Apr 3, 2013

Take a Risk or Play it Safe

Minggu lepas aku ada bagitau kan yang mak abah hadiahkan rak di atas kesian kat bilik anak perempuan anjeee homei tapi gedik dia ni yang bersepah gila hamat. Tikus pun tak nak masuk dalam bilik aku sebab takut sesat. *okey tak klaka*

Walaupun rak tu ada 12 portion. Akan tetapi tataaaap tak muat. Hoi stress. Sebab banyak barang yang aku order belum sampai lagi. Bedak Arab pun belum sampai. Oh pasal bedak Arab ada yang cakap ianya bukan dari Arab. Memang pun. Bedak Arab tu formulasi Japan yang dikilangkan di Filipina, dan dipasarkan di Arab. hamik kau. Haha! Jadi nama bedak tu sangatlah popular dengan nama bedak Arab. Pasal bedak Arab tu. kepada sapa-sapa yang dah booked, ada masalah sikit ye. Mungkin lambat. Kena tunggu lagi dua minggu. Biasalah naik kargo. Ofkos lambat piang..

Kite tunggu je la yeah. Nasib iolls tak amik duit korang lagi. Kalau tak harus pening kepala aku nak menjawab kat sorang2 yang dah bayo.


Nak dijadikan cerita. Aku mintak abah order lagi rak. Bagi siap2 duit. Malus la semua free. Pepaham la abah kita bukan kaya bebeno. Pfttt. 

Itupun abah aku cakap dia nak belanja. Amboi amboi abah. Jangan manjakan sangat anak bongsu mu ini. Kang aku dah start semua free. Apa pun tak boleh ken..kihkih!

Barangnya sampai pagi semalam. Jadi abang aku la yang pasang siap2 kat kedai. Dan hantar ke rumah aku. Abang dengan Ayie la angkat. Aku komando je. 'Ha letak sini. Sini sikit. Senget tu'. Sambil cekak pinggang. Kemain kan..haha! Sebelum dorang mengeluh penat sakit badan ke apa. Kita suap mereka dengan burger yeah. haha

Terus aku kemas-kemas barang.



Sakitnya pinggang aku. Nak mengadu kat sapa ni?? Huhu! Nak mesej Qery tapi Qery main futsal sampai pukul 1. Nak mengadu domba kat mak abah, dorang pun sakit kan. Cari lipas tak jumpa... *gila terdesak sangat dah kan tetiba nak ngadu dengan lipas, haha*


Sementara kita tunggu stok yang belum sampai tu. Kita sumbat free gift dulu kat tepi2. hihi! Gembira haritu tengok barang dah kemas. Stok ada banyak. Eh tak banyak dah. Ada yang perlu di restock tu. Biar barang banyak. Jangan barang takde. Susah okeyh barang takde...

Aku rasa ada lebih 10 orang email aku tanya macam mana first step nak mulakan bisnes. Tak sempatla youuu nak reply *eceh macam la bizi kebeno kan. lempang tau la. haha*. Kalau korang minat, silakan start. Kalau korang tak minat, cuma sukaa je tengok orang lain berniaga. Jangan start. Nanti menyusahkan diri sendiri pulak kan kena keluar modal besar, tapi barang tak boleh jual. Kan menganiaya diri sendiri tu. Hihi! 

Kepada yang betul2 berminat je boleh take an action. Aku takde la bijak. Pun tak pernah pergi course usahawan muda ke apa. Sejujurnya aku tak berapa minat sangat course macam tu. Percayalah kata-kata ku. Korang beli je buku how to success. Beli buku orang2 yang dah berjaya. Pun dah cukup. kalau nak kata-kata semangat. banyak je buku-buku yang berlambak kata-kata semangat. Course memang penting untuk menyedarkan kita, tapi jangan terlalu bergantung kepara course. Okeyh...

Seperti kata-kata Qery kepada diriku ini...

'Mempelajari kebijaksanaan melalui TIGA cara, iaitu pertama dan yang terbaik ialah dengan INTROSPEKSI. Kedua dan termudah ialah dengan MENCONTOHI. Ketiga yang paling pahit ialah dengan PENGALAMAN.'

Kelam kabut semua google perkataan introspeksi ken..haha! Pergi la korang google yeah..

Qery walaupun dia nampak macam entah pape. Kadang2 dia suka je nasihat aku. Boringgg....haha! Terpulang kat korang nak ikut jalan mana. Yang berduri, yang berliku, yang lurus, yang jem, yang berlubang. Kereta sendiri, sendiri drive la kan.. jangan langgar kucing melintas sudah..haha!

Tiada siapa dapat mengubah diri kita, melainkan kita sendiri.
=)

8 comments:

Unknown said...

Moga sepet bjye dlm bisness ni.doakn sy yg bjaye.. Baru stat bniaga jgk nih.heer

HanNis SaNia said...

hehe kita sm la. cuma sy xla besar mcm ni. bestnye ada rak besar macam ni wuuu jeles nye ..

udez said...

penuhnya bilik ngan rak..mcm perpustakaan sekali tgk.hehe

cikmerpatiputeh said...

tahniah sepet. da makin berjaya skrg :) suke tgk sepet. dari ksong bilik sampai penuh da rak kt bilik tu..hehe semoga terus berjaya!

Juls Julie80 said...

wahhh penuh bilik...bilik semak & x muat barang2 tu tandanya biz makin maju..moga suksesss..!! suksesss..!! suksesssssssssss..>!! hehehe

aynadys said...

kagum saya tgk kebolehan dan semangat sepet berbisnes. semangat2 ye semoga terus maju ^^

Ms. Wanniey said...

bagus2 kemas2 cam gini... baru org yg tgk semangat nak beli... ni tak ada sesetengah org tu promote barang tapi barang2 tersebut dilonggokan or dorg amek gambo barang/produk tersebut dgn cara sepah2kan... seni konon...

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

besar nya rak tu!