Apr 28, 2013

Teringin jalan-jalan luar negara =)

Entry baru kat bawah =)

Bila dah kawin nanti kan.. *berangan lebih ni* aku dah terbayang-bayang dah salji-salji kat korea. Makanan-makanan korea, produk-produk korea yang homei-homei..Ni semua sebab pengaruh drama Korea la ni. Kadang2 rasa nak menetap kat situ terus..Amboi..Huhu!

Lepas tu dah berangan nak pergi Jepun, almaklumlah..baru lepas tengok drama Great Teacher Onizuka. Punyalah cerita dah lama gila, aku baru hegeh-hegeh nak tengok kan. Gila ketinggalan zaman. Nak makan sushi dia. Meleleh air liuq..huhu!

Bila fikir nak honeymoon, terbayang-bayang pulak Paris. Kemainn kan. Macam la banyak duit. Haha! Berangan itu perlu. Baru kite akan bersungguh-sungguh..kan kan kan. Kenapa Paris? Biasalah...kata pun perempuan..banyak kedai handbag sana woi..haha! Bukan nak honeymoon sangat sebenarnya *mata ke atas*

Cuma kan, bila nak pergi negara orang..masalah sekarang adalah bahasa. Memang la kita boleh speaking London..takde hal lah...haha! Walaupun ayat terabur, lidah berbelit-belit, masih boleh la nak hentam pun. Tapi tu la, aku dengan Qery tak terror english sangat. Takkan la setiap kali nak pergi negara orang, kita nak belajar bahasa orang sana kan. Contoh Korea, Jepun, China, kan dorang tak berapa sangat bahasa Inggeris. Kau hebat english pun takde gunanya.. macam anjing dengan kucing la gamaknya..

Dulu aku risauuu laaaa... Sekarang tidak lagi. Auww! haha! Kerana kerana keranaaaa.... Samsung Galaxy S4 ada 8 bahasa yang dia boleh translate kan.


Contohnya, kalau ko nak translate kepada bahasa French, ko boleh taip la soalan yang ko nak taip tu, lepas tu dia akan keluar terjemahan. Kalau ko tak reti nak terjemahkan..Jangan risau..dia ada audio kat situ, kau tekan button audio, dia akan bunyikan untuk ko. jadi ko hala je telefon tu kat orang yang ko nak tanya. Senang...Kalau orang tu jawab bahasa French jugak dan ko tak paham. Ko hala jugak Samsung Galaxy S4 tu kat dia, sebab dia pun boleh detect sound. Dan akan translatekan untuk korang.

Gila canggih. Lepas ni boleh la nak jalan-jalan luar negara dengan hati yang tenang.. huhu!Tak yah ikut rombongan cik kiah pun takpe, gi sendiri-sendiri je. Mihmihmih.

Malam ni mimpi Korea le kitteww.. Kbye

7 comments:

NinaAz said...

Ok. Esok dah launch kt malaysia. Serbu s4....... ahaks

Unknown said...

Salam sister..jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley utk melihat shawl dan tudung dari HV collection. Promosi sempena pembukaan blog ini sedang diadakan sehingga 30 mei 2013. Stok terhad. Jangan lupa follow ye..

Terima kasih.
~Hijab valley~
http://hijab-valley.blogspot.com

Unknown said...

wahhh hebat nye!

kikin said...

awak...kalo jalan2 saye suggest awak pegi istanbul....tempat sejukkk cantik dan romantikkk sgt....tu amik gamba smpai bateri pon habis....alang2 tu blh buat umrah skali....umrah + istanbul....try la....best sgt...

Peanut Butter said...

Canggihnyer..kena kumpul duit dari skrg la klu nak beli..hehe

Irfa said...

ooo patutlah akak tgk pasangan arab terbelek2 hp depan kaunter pertanyaan pagi tadi :)
agaknya tgk taip apa soklan nak tanya

Unknown said...

nice entry dear! jemput ke blog akak juga yer