Bulan ni adalah bulan April. Semalam lepas pos barang. Qery masuk dalam kereta sengih-sengih.
Q : Bulan ni, kita nak layan kamu baik-baik je. Kite belanja kamu sepanjang bulan ni k.
Awkwardddddddddd
Aku pandang dia, atas bawah atas bawah sambil dahi berkerut-kerut. Qery pulak tersengih-sengih. Pebendaaaaaaaa la dia ni.
Q : Kamu nak makan kat mana?
S : Mulut
Suasana sepi selama 5 saat. Lepas tu aku toleh kat Qery, dia tengah urut dada dia sambil cakap pelan-pelan "sabar Qery...sabar, bulan 4 ada 30 hari je, 30 hari je sabar".
Q : Bulan ni bulan April kan...
S : Haah. Kamu kenapa?
Q : Bulan April ada apa?
S : April Fool.
Q : Ish..bukan laaaa. 5 April ni ada apa??
Pftttttttttttt!!! Esok befday aku. Aku pun tak ingat. Memang gila punya tak ingat. Sebab tak berapa nak tunggu sangat tarikh befday, kite beringat tarikh lain je. kahkahkah..
S : Harini bukan 5 April, tak payah layan kita baik-baik sangat.
Q : Kamu nak hadiah apa? Jom kite gi beli.
S : Ish belum befday la.
Q : Takpe, kita nak bagi kamu 5 hadiah.
Amboiiii...haha! Kehmahinnnnn nak bagi 5 hadiah kan...
S : Kite nak pen biru dengan hitam jenama pilot.
Q : Main2 la kamu ni.
S : Kite nak pen..nak pen nak pen laaa.. Apahal tak nak bagi??
Pen aku dah takde dakwat. Banyak la pen lain, tapi aku tak suka pen lain dakwat putus-putus, lepas tu aku suka pen basah. Dan yang paling penting bola mata pen tu tajam. Aku suka guna yang 0.38 tu. Baru best tulis order customer. Hihi!
Lepas tu dapat la aku 4 batang pen.
Sangat Ohsem!!! Lebiuuu Qery.
Bila fikir balik kan. Macam tak percayaaaaa je dah 5 tahun dengan Qery ni. Sebelum kapel dengan Qery, tahun 2007 2008 macam tu. Asikla bergaduh. Selalu mengumpat perangai busuk Qery dengan Ceera. Ceera lagi la tak sangka Qery akan jadi adik ipar dia. miahahaha!!
Bila teringat Qery pernah tipu yang dia dah bertunang, bila ingat dulu masa 18 tahun Qery ajak dating, teringat masa form 2 selekeh-selekeh lepak makan dengan Qery *ramai-ramai la ye* kat food court. Memang haku tak boleh terima semua ni. Masa tu Qery bukan kategori lelaki pilihan okey. dengan perangai yang huru hara. Dengan bajet bagus. Kurus tak hengat. Sekarang tetiba jadi lelaki pilihan. Sebenarnya tak boleh pilih dah. Qery gawanggg...suruh pilih diaaaaa je.. Boringg...haha!
Masa mula-mula dengan Qery kan. Macam kena paksa pun ada. Haha! Belum declare pun Qery dah tak bagi keluar dengan lelaki lain, tak boleh mesej lelaki lain, tak boleh pandang lelaki lain, tukar no telefon, pergi balik kerja berhantar, kiranya aku tak ada peluang pun jumpa lelaki lain. Hari2 tengok muka dia. Haha! Aku pun ikutttttt je. Dia kata itu, itu laaaaaaaa kata aku. Sebab aku kan jenis malas nak gaduh. Tak payah nak argue sangat. Ikut je kata Qery. Lagipun fikir-fikir balik. Kebanyakkannya yang Qery buat, semua untuk kebaikkan aku. Gittew.
Qery ni memang tak sama langsung perangai..antaranya
Qery : Aktif
Aku : Pasif
Qery : Tegas
Aku : Lemah lembut . Auw! Haha!
Qery : Berangin
Aku : Penyabar *puji diri sendiri sambil kelip2 mata*
Qery : Tak suka bercinta jarak jauh
Aku : Aku suka je
Qery : Berseni
Aku : Asal boleh, hihi
Qery : Suka memerintah
Aku : Suka menurut perintah.
Qery : Sulung
Aku : Bongsu
Memang sejak awal lagi kitorang dah tau yang kitorang ni memang berbeza minat dan pendapat. Apa yang Qery suka, mesti aku tak suka, dan apa yang aku suka, Qery mesti tak suka. Tapi kita cuba paham kehendak dan kemahuan masing-masing.
Sapa baca blog aku tahun 2008 tau kot, aku tak suka lelaki yang suka main bola. Sekali dapat Qery. Terima kasih la banyak-banyak. haha! First time Qery bawak aku tengok dia main bola. Aku duduk je kat kerusi tu..Aku macammmm....ini bukan tempat akuuuu.....nak balikkk....nangis dalam hati, tapi muka ada sinyummm sebab ramai kenn lelaki kat situ...huhu! Aku tak rela nak duduk tengok dia main bola selama 2 jam. Kematu vontot. Aku ingat lagi, aku tak tau pun bola ada first half and second half. Bongok gila punya manusia.
Dia ajak masuk kedai kasut. Dia ajak masuk kedai badminton, tengok kedai jersi. Aku rasa bosan kottttt. Memang aku tak suka gilaaaaaaaaa. Lagu yang Qery sukaaa..kebanyakkannya aku tak suka. Kalau pergi karaoke dengan dia. Entah lagu apaaa dia pilih. Stress mak hincik. Inilah perangai aku masa mula-mula dengan Qery, semua buat dalam keadaan terpaksa. Sebab sayang dia kan..walaupun tak sukaaa...paksa kan jugak diri ikut dia.
Tapi perangai Qery lain. Walaupun dia tak suka apa yang aku suka. Dia tetap support aku. Contohnya aku suka tulis blog. Sanggup teman aku update lama-lama. Dia duduk melanguk je tengok aku hadap laptop. Pastu laptop aku rosak. Aku tak boleh update. Dia sanggup bagi laptop dia kat aku. Siap dengan broadband. Sanggup buat blog jugak. Qery bukan jenis yang suka menulis blog pun. Tapi dia nak buat perkara yang sama macam aku buat. Dia selaluuuu je support aku walaupun aku tengah down, tengah blur, tengah bosan, tengah dalam dilema.
Lama-lama aku belajar untuk terima apa yang dia minat. Setahun lepas kapel tu. Kalau pergi mana-mana shopping complex, aku akan tarik dia masuk dalam kedai kasut bola, aku google and tengok gambar kasut terbaru. Kalau dia pakai jersi pelik-pelik, aku akan buat-buat tanya jersi tu dari kelab mana. Walaupun aku tak tau pun kelab apa yang dia sebut tu. haha! Tapi aku happy sebab tengok dia bersemangat gila cerita pasal bola. Teman dia tegangkan tali badminton 2 bulan sekali. Teman dia main bola, walaupun duduk dalam kereta je, tapi still aku rasa happy sebab tengok Qery happy.
Aku memang bodoh dalam bab kereta. Tapi kalau Qery start cerita pasal kereta, aku cuba la dengar dengan bersungguh-sungguh. Tanya dia pasal kereta, padahal aku tengok sport rim pun tak tau. haha! Qery kan kalau kereta yang sport rim *tak tau eja* cantik kan. Dia akan kata la 'yang ni rim lapan, rim enam belas' Ada ke? Aku hentam je sebab aku tak ingat dia kata apa, haha! Aku oooo oooooo kan je. Padahal aku pun tak tau rim tu apa kan.
Join je apa yang dia cuba cerita. Kalau tengok bola pun, aku akan buat-buat tanya la pemain no 8 ni sapa, dari negara mana, dah kawin ke belum. *tetiba kan, haha* Qery tau semua. Tanya je makwe dorang sapa. Apa gosip terbaru. Sekejapan dia dapat jawab.
Kalau aku bercerita dalam kereta. Dia mesti dengar walaupun terpaksa. Haha! Contohkan. Aku beli CD korea. Cerita City Hunter kan. Aku cerita CD 1. Dia boleh dengar sampai habis. Ko bayangkan.. Aku penat dah cerita, baru sampai CD 2 aku dah letih nak cerita. Tapi dia paksa aku cerita sampai CD 20. Pfttt. Pastu nyesal cerita kat dia. Sejak dari itu, bila aku tengok CD cita lain, aku dah taknak cerita dah kat dia. Sebab nanti mesti kena cerita sampai habis. Lenguh mulut ni.
Dulu aku selalu jugak mengeluh Qery ni asik dengan aktiviti dia je. Pagi sampai tengah hari kat sekolah. Petang kat sekolah training budak. Malam-malam ada je futsal la, badminton la, bola padang la. Sebab yela, kita bercinta malam-malam lagi romantik kan. Auw. haha! Tapi memang dari duluuuuuuuuuu dengan Qery, aku takde pun mesej dengan Qery sangat. Ada la mesej. Tapi takde la melekat handfon kat tangan. Paling lama boleh mesej pun 30 minit je. Lepas tu buat hal masing2. Sebab hari-hari dah jumpa kan. Nafsu nak bermesej tu kurang sikit la. hihi!
Dalam perhubungan memang macam tu kan. Sayang menyayang memang kena sentiasa ada. Dan yang kedua penting adalah saling memahami. Tak kisah la pakwe suka kereta. gila kereta. minat kat kereta. minat bola ke apa. makwe minat memasak, minat beli barang dapur, minat beli beg, kasut. Kalau kita paham. Tak jadi apa masalah.
Tapi gaduh tetap gaduh ye.
baru best.
hihi!
13 comments:
OHH sis sepet , kalau boleh ha[det lah pasal uolls selalu , seronok baca . lagi lagi tang bergaduh anje anje tuu , alahai sweet sgt tahap nak kunyah-kunyah :-p
betol tu..dalam hubungan kena sentiasa ada give n take.. n one more pen pilot tu memang sangat best..
Wawa. Esok bufday girl yeaaaaa
hehe kite seruupa bella sulung and my partner bongsu.tp kitorang berdua serasi sbb yela sulung and bongsu perangai lain2 lagi elok macam tu.:)
wah bestnye besday esok ye..
sy pn besday april,lhir 88 gak..hehe
hepi for both of u
da namanya jodoh tu xleh nak sangka kan.hihi
wish can be hepi too(tetibe luahan perasaan haha)
Slmt hri lahir sepet esokkkk..hehe.. Bes life sepet
xpnh hangout ngan kwn2 pompuan ke?asik entry hangout ngan bf je?watla entry hangout ngan kwn2 pompuan sblm kawen ni..xkan bf nk mrh kot klu just hangout ngan kwn2 pompuan..klu die jeles gak, trokla cmtu..ke u mmg xde kwn2 pompuan..hehe..just asking =))
xpnh hangout ngan kwn2 pompuan ke?asik cte sal kuar ngan bf je..buatla entry cte sal hangout ngan kwn2 pompuan sblm kawen ni..xkan hangout ngan kwn2 pompuan pn bf nk jeles kot??klu die jeles, trokla cmtu kan??ke u mmg xde kwn2 pompuan??just asking..
Happy birthday sepet. Sama pulak dgn tarikh birthday bestfriend kite. 5 April 1988
Happy birthday sepet. Same lak ngn birthday bestfriend kite. 5 April 1988
Happy birthday kak Sepet! ^^
manis je. :)
Terharu baca post ni kak Sepet.. :')
Post a Comment