Salah Number


Bila aku start letak no telefon kat public, memang ada la beberapa orang lelaki akan gatal mesej nak berkenalan la hape la kan. Tapi selalunya aku memang buat tak layan je. Kalau yang setakat 'hai, saya dah lama suka kat awak' 'hai boleh jumpa' 'hai boleh add saya kat facebook' pftttt. Dia ingat umur aku 18 tahun ke guna tektik macam tu. Kalau aku 18 tahun mungkin la terperdaya jugak kan..hehe!

Benda-benda macam ni aku memang tak bagitau Qery, sebab aku tau Qery adalah kuat cemburu. Jangan bayangkan kuat cemburu dia camne yeah. Kalau dapat mesej macam ni aku terus delete. Aku tak berani. Sebab tu aku jarang angkat fon call. Dari dulu lagi aku tak suka angkat fon sebab benda-benda macam ni la. Kalau urgent, boleh mesej je. 

Pernah kan dulu ada sorang lelaki yang nak ngorat aku, *hihi* Qery rampas fon, lepas tu dia jawab fon siap maki hamun laki tu. Padahal masa tu Qery belum jadi pakwe aku lagi. I is tanjat masa tu. Iyela, aku single, keluar dengan Qery, dan still mesej dengan laki lain. Ofkos la masa ni aku tengah pilih-pilih sapa yg layak dijadikan boifren kan, wakakaka. Mana tau Qery main jahat. Dia singkirkan laki tu dengan cara begitu. Haha! Lepas kejadian tu terus bawak aku gi kedai telefon tukar nombor terus. Masa ni kawan yeah.. Apakah kawan perangai sebegini rupa.

Ok lupakan cerita tu.

Start bulan 3 ni, ingat tak gambar aku keluar majalah mingguan wanita berukuran 2x2cm tu. haha! Kecik je kot. Tapi yang tak boleh bla nya, bukan no telefon aku dalam tu, tu nombor telefon Qery. nasib bukan personal number. Phew...

 Ceera kata apahal letak gambar ni, hidung kembang gila. Kong ajo sungguh kakak ku ini.

See?

Bila letak number Qery, ada lelaki yang mesej no tu, dan nak berkenalan. Setiap kali lelaki mesej kat Qery ayat-ayat nak berkenalan, Qery akan forward balik kat aku..Haaaaaa..nampak tak permainan dia disitu..hahahaha!

Aku rasa dah lebih 10 orang mesej nak berkenalan sahaja. Sampai stress Qery. Ada sorang lelaki ni ayat dia lawak gila.

'Hai, saya ***** umur 40 tahun, sorry la ganggu awak. Saya rasa nak jumpa awak, nak sentuh kulit awak sendiri. Boleh tak awak ajar saya cara-cara pakai produk ni, saya nak cantik macam awak'

Gilakapoooooo mamat ni. Sia-siaaaa sahaja usaha kau mereka ayat yang geli itu, haha!

Setiap kali Qery forward mesej2 tu, mesti dia akan marah aku. Aku dah biasa dah. Jadi diam je dengar apa Qery bebelkan. Sebab dia cemburu. Apa sahaja yang dia cemburu, dia akan marah aku dulu. Begitulah...

S : Sebenarnya sebelum ni pun ada je orang mesej2 kite, tapi kite tak layan
Q : Berani kamu layan la...

Amboiii....tatut gegirl..

S : Kamu jangan garang sangat eh. Kite masih hot tau. *gelak dalam hati*
Q : Kite tumbuk sapa yang nak ngorat kamu tu.
S : Iyela tuuuuu..
Q : Kamu tu tunang kite, tak kan tak paham.
S : Hmmmm

Nak muntahhhhhh haku dengar....huhu

Q : Kamu tu kite punye je. Jangan nak gurau-gurau benda macam ni kite tak suka.

Geli ke tidok?? Aku geli..haha!

HUWAAAA...DAKU TAK BERSALAHHHH DALAM HAL INI...


Memang ada lelaki yang spesis ni. Tapi yang spesis ni jugak laaaaaaaa yang i sayang. Aummmm!! haha!

p/s : Kalau nak beli Myracles Beauty, sila msg no aku tau, bukan no Qery. 0122678134. =)

Comments

Woww..siap letak no tepon di situ..cemburu tandanya sayang. Jangan nakal2 taw..u bakal isteri dia..hehe
shu said…
bestla dpt tunang jeles cmni..sy dgn tunang, trbalik plak..dia yg suka usik nk ngorat ppuan tu la, ppuan ni suka kt dia la..mls nk lyan..
Syasya Anabella said…
HAHAHA ! Jealous means sayang kan sis sepet ??
natrah ismail said…
homeinyee.anje cangat!
natrah ismail said…
homeinyee..anje cgt!
Shahada Fauzi said…
hahahaha...tak boleh blah..sebab tu kite pun tak suke bg nombor fon.. kalau deal dgn customer yg mintak kite buat design selesa hubung melalui emel je..kui3..

qery is lucu..kuat cemburu ye..dah kamu tu cantik..mahu die tak kuat cemburu..:P
NHML said…
hahha cemburu jugak qery tu yer...muka nmpk brutal tapi dalam hati ada taman.....
NinaAz said…
Cantik shawl perpel tu. Hihihi
Ala.. org laki kalo dah syg memang la cemburu. Kann.kann qery. Hihi
Hahaha kelakar lah Qery ni....padahal nombor yang diletak tu kan no hp dia....tak pasal2 bila orang call dia marah cik zu pulak......sabaaaaar bebanyak cik zu....itu nama nya dugaan orang bertunang.
Ainul Anne said…
lawok la lelaki yg nak sentuh kulit bagai tu.

cakap je :

'pakcik,umur 40 tahun bawak2 la ke masjid. Sentuh anak dara org ni harommmm pakcik.'

puiii
Hidayah said…
hahahahaha...

i is gelak...

hahahaha..

*percayalah..

dia akan terus begitu dik walaupun dah beranak bercucu nanti..

erk..pengalaman lebih kurang hampir sama..ternyata dari kawan tunang sampai dah jadik suami,jeles tetap hado..

walaupun akak dah tak hot..hekhek..

:)

moga bahagia.

nikah tak jemput pun takpe.
tapi kenduri sanding ajak la kami kami ni..

:> silent reader yang setia...
shafiqashafie said…
COMELNYEEEEEE SEPET..GRAMNYEEEEEEEEE
Unknown said…
Kuat betul cemburu En.tunang kak Sepet ni ^_^ hee
Khalilah said…
Sila la gelak dlm hati je bila depan qery... Sian qery. Mcm phm pulak perasaan cemburu dia tu :P
Irfa said…
KALAU ADA ORG MSGE NGORAT QERY,AGAK2 DIA FWD TAK MSGE TU KAT KAMU?HIHI
elle-amin said…
Bahaya nih, reader dah tau no tepon qery. Nnt tetiba pompuan lak yg ramai msg nak berkenalan. Ahaks!