Iklan kat blog Sepet

Aku tau dah hampir 4 bulan korang tanya aku pasal nak iklan. Aku tak jawab pun. Bukan sebab aku sengaja tak jawab tau. Hihi! Sebab masa tu memang aku sedikit bizi. Aku taknak aku buat iklan korang hentam kromo je. Sesungguhnya aku tak suka. Memang aku boleh buat, tapi ala kadar la. Kalau boleh aku nak semua orang puas hati. Gittew. 

Eh ada sapa-sapa email aku kat zack_uhana@yahoo.com tak? Email tu aku tak boleh bukak la. Dari bulan 1 lagi. Jadinya apa-apa sahaja email, tolong emailkan ke sepetsshop@gmail.com tau.

Rate sehari blog aku buat masa ni sehari dalam (5-6ribu unik visitors) dan (9-10ribu views). Terpulang kat korang nak iklan kan kat aku ke tak yeah. Aku dah bagi tau awal-awal. Hihi! Dan total views dalam sebulan korang boleh cek kat tepi side bar blog aku. Ada tulis kat situ.

Aku menerima segala jenis bentuk iklan. Kecuali barang-barang yang aku dah jual ni. Hihi! 

Tapi aku jugak tengok jenis barang apa yang korang nak aku iklankan. Kalau aku dah pernah iklankan. Selalunya aku dah tak ambik. Tengok keadaan la. Kalau baju boleh la banyak-banyak shop nak iklankan pun takpe.Tapi kalau macam produk Shaklee ke, aku ambik satu je, kalau 2 3 Shaklee aku dah tak ambik. Gittew.

Sekarang ni aku dah ada masa sikit, kalau korang nak iklan, boleh terus email aku yeah.

sepetsshop@gmail.com

Kat sini aku terangkan pakej yang korang boleh pilih sendiri.

Pakej 1
Iklan sticky mode 24hours (korang perlu bagi info tentang produk korang, atau blogshop korang, apa yang menarik, apa yang perlu customer tau, jangan panjang sangat info nya, takut reader yang boring nak baca, aku suggest aku create sendiri iklan ni)

Pakej 2
Iklan sticky mode 24hourse + Banner sebulan kat side bar (korang perlu bagi info detail apa yang menarik sama macam kat pakej 1, dan gambar size 200 x 200 untuk banner)

Pakej 3
Banner untuk letak di side bar (bagi aku gambar 200 x 200, dan link untuk ke blogshop atau ke website atau  facebook mana-mana tak kisah)

Harga, sila email. Aku akan bagi sekali statistic aku untuk bulan ni. okey?

bilik sepah gila dengan barang2. haha!

Sila email untuk pilih atau cop tarikh yang sesuai ok.
Sebab dalam seminggu aku tak buat iklan hari-hari. Seminggu paling banyak 3 iklan sahaja.
Cara-cara dia, kalau setuju dengan pakej, bank in dulu. Baru aku buat iklan.
Pernah je aku dah siap iklan. Lepas tu dia hilang entah kemana.
Seperti apakah maksudmu cik salmah. hihi!

Nak iklan tolong email ye, jangan mesej. Sebab mesej susah aku nak explain.

Bye

Comments

NinaAz said…
Ramainyaaa visitor sepetttt.. mcm mn nk dpt visitor ramai tu ehhh
Unknown said…
Ramai betul visitor datang blog kak Sepet ni ^_^ Selamat beriklan! ;)
ayunidati said…
singgah blog sepet yang kiut hari ni
Maju bertapak tapak lagi perniagaan cik zu....alhamdulillah suka aunty tengok orang muda macam kamu...pandai cari duit sendiri.