Watchuduin??

Hallu hallu hallu.....

Bersiaran lagi kali ini. Mihmihmih! Ekceli iolls baruuuuuuu je kemas rumahhhhhh.Tanjat tak?? Hahahaha! Semalam aku sangat frust dengan periuk *masak maggy* aku tu. Semalam lepas maghrib aku kemas rumah. Qery keluar setelkan postage, lepas tu dia nak menjemput rakan taulan majlis belah dia Ahad ni. Lepas tu nak ambik stok Tabita semua. So dia balik rumah dalam 10.30 macam tu la. 

Nasib baiklahhh aku ni bukan jenis yang takut duduk rumah sorang-sorang kennnn.. Tetiba bangga dengan diri sendiri. Haha! Sangat tak rasional takut di rumah sendiri. Walaupun tak sampai seminggu pun lagi duduk rumah ni, memang la ada stor yang gelap gila, lepas tu belakang rumah aku ni macam scary sikit. Boleh tak aku masak Maggy pukul 1 pagi, tetiba kat tingkap dapur tu macam bergegar. Kong ajo betul. Dah la tingkap bahagian tu takde langsir. Hahaha! Gelakkan diri sendiri.

Tapi sebab aku cool. Siap bukak tingkap hokeyhh.. Tengok takde apa. Sambung masak maggy. Itupun aku jeling2 jugak la kat tingkap tu. Tingkat dapur aku ni cam sliding door gitu. bila gelap, luar nampak samar-samar je. Aku usha jugak mana tau tetiba ada sosok tubuh ke kan... *mata ke atas*. nasib takde. Ilusi aku je kot tingkap gegar-gegar. Mungkin angin lettew.

Lepas aku on kan suis semua, dengan harapan 5 minit siap la maggy aku. Rupanyaaaaa tak... aku salah beli periuk kot. Hahaha! Periuk tu untuk reneh herba ke apa aku tak tau la, sebab dalam dia kaca, so dia memang lambat gila panas. jadinya, aku buang maggy tu sebab dia dah kembang. Aku masak maggy cup je. Qery dah lama tidur. Aku kan burung hantu.

Pukul 6.30 gerak Qery, terus buatkan dia air nescafe.. Auwww... Terasa diri ini tersangatlah suri rumah. Padahal buatkan air je. Hahaha! Dia dah mandi semua, dia tanyala aku..

Q : Semalam tak tidur ke?
S : Tak pun.
Q : Buat apa je?
S : Jaga suami la.

Pastu kena jeling dengan Qery. Hahahaha! Iolls nak sweet-sweet di subuh hari pun tak boleh.. Lepas Qery minum air, salam tata tata. Pastu Qery call aku.

Q : TQ sayang buatkan air nescafe *nampak sangat sebelum ni aku bagi dia minum air masak je, haha*
S : Ok. Sedapkan??
Q : Sedap, macam mana buat?

Lolssssssss....

Aku beli kot 3in1 tu. Hahaha! Memang ituuuuu je la kan rasanya. Sajaaa lettew nak puji-puji istewiii dia yang homei ni. Auwww... Okey sebelum korang muntah aku stop dulu.

Pasal rumah, nanti aku review ye. =)

La ni bagi tengok sikit-sikit dulu. Hihi!

Nak gi basuh baju jap. *lap hingus dan air mata*

bye2

Comments

Irfa said…
wah..kemain sibuknya kamu sejak dr isteri ni..hehe
Unknown said…
hihihi..sy plak yg tersengih-sengih baca...selamat menjadi surirumah ye..itu cita2 sy sejak kecik..malangnye, terpaksa jgk keluar mencari rezeki..so, sis sepet sgt beruntung klu dpt peluang buat pahala tiap2 hari dgn encik suami..even buat air je pn ade bahagian utk kita nnti..so, tahniah dan selamat buat air setiap pagi! :-)
Sheila Salim said…
Assalamualaikum sepet. sheila kalau duk rumah sorang2, mesti mata ni perhati sekeliling. nampak sangat penakutnya. hahaha. okey isteri mithali yang cute sangat. keep it up sepet. woooww dasyat sekali mural tu. siapa buat?
meera said…
Selamat menempoh alam rumah tangga yg sememangnyer indah.. :-)
aYda said…
laa..rasanya korang dh beli slow cooker tu...kalau msk bubur utk baby letak malam esok pagi baru leh mkn..ahahaha xpela,nextime sepet mskkan bubur utk qery ye :p
Khalilah said…
sweet hamattt sepet ;)
eira eixora said…
tetiba rasa macam baca novel pula. haha..! pastu sebab live kan takleh nak skip baca. sila update banyak2 kali sehari k. haha
Unknown said…
Sepet,
Hahaha akak pun sampai sekrg sgt bergantung harap dgn 3 in 1 nyer minuman hahahah
wallpaper ke tu?wahhhhhhh rocknya hhheeeee

akak tak sabar nk tunggu entry awak ni lg..best la baca :)
NenetPenne (NP) said…
rasanya sepet beli periuk slow cooker laa tu kalau dalam nya kaca tu..

eheee berani bukak tingkap yer..

kalau tingkap tu tak ada langsir, sepet beli jer menda yang boleh tampal2 tu so tak adalah obvious sangat boleh nampak pemandangan dari luar tu.....tak ingat apa ke namanya... ada jual kat bahagian alatan rumah...
Hidayah said…
:)

sepet..

siyes akak sengeh sorang dengan entry sepet..

akak risau je kalau dah kawen sepet akan berubah..

rupanya tak..

macam permintaan reader nak tgk umah sepet..

sepet layan kan jugak kan..

agaknya tu sebab la walapun tak pernah jumpa.. most of the time akak nih silent reader.. tapi akak sayang sgt kat blog sepet nih..!

:)
Sweet tawen sepet kan kan..hihii.blm tlmbt akk nk wish u Slmt pengantin baru..:-D
Emylin_Izlin said…
Owh sama la kita yer..cuma lin dh lama kahwin.tak dok sama lagi..so baru nak setup umah sbb plan nak serumah jg next year. Tak dulik!
Shazwani Ramly said…
sweet ah akak ni. ahahaha
Razila said…
Bau wangi sangat maggi tu...tu yang ada nak mai tumpang makan, nak ketuk malu so gegar sikit ler buat u hilang fokus. HEHEHE
NinaAz said…
Hehhehe. 3in1 jugaklah kannnn
MasReena said…
Sepet, walaupun tidak mengenali awak, tapi sweet sangat baca entry awak.. newly wed laa katakan... Teringat saya masa mula-mula kahwin dulu tapi kini semuanya dah tinggal kenangan.. Apapun, ambillah iktibar ye! Saya doakan awak jadi isteri yang mithali =D
NurfAA said…
sepet..nk blja wat air nescafe...kekekekeke