Mood cuti lagi

Malasnye aku nak update blog ni. Rasa nak cuti lagi je. Semalam pegi Melaka dengan emak mertuaku. *kelip-kelip mata*. Bukan apa, saudara belah Qery dorang still amalkan kunjung mengunjung saudara lepas buat kenduri. Mak Qery kata aktiviti menyalang. Aku dengar menyalang tu dah lain macaaamm je bunyi dia. Huhu!

Pukul 9 pagi bertolak la dari KL ke Melaka. Jalan clear sangat, apa lagi laju je la si Qery tu bawak kereta. Mak Qery duduk belakang sorang-sorang. Sampai sana lebih kurang 10 lebih dekat pukul 11 kot. Malas nak cerita pasal saudara mara sangat. Boleh? Haha!

Tapi yang penting,pukul 1 macam tu, kitorang jalan-jalan Melaka. Ada Aida dengan Cepul sekali. Masa tengah jalan-jalan tu, aku terus terfikir 'tak sangkaaaaaa aku berjalan-jalan dengan saudara mara Qery'. Berjalan dengan saudara mara sendiri pun amat jarang sekali. huhu!

OTW balik KL tu jem melampau-lampau. Perut lapar. Lepas tu buat permintaan kat mak mertua nak makan asam pedas. Haha! Kong ajo punye menantu. Dah terpaksa lah mak mertua telefon ayah suruh beli ikan pari. Mihmihmih!

Sampai je rumah, dalam pukul 6 lebih tu, hantar Aida dengan Cepul kat rumah mak mertua, aku dengan Qery balik rumah sendiri. Nak mandi segarkan badan. Janji dengan mak lepas maghrib nak datang makan. Nak datang makan je okey, bukan kau nak menolong masak pun kan. Hahaha! Sekali lepas maghrib tu dua2 tertido. Pukul 9.15 baru sampai rumah mak Qery.

Qery nak cover line la dia tertido. Tak nak la cakap tertido ke apa kan.

Qery : Sorry mak lambat, abang ada keje sikit kat rumah tadi. 
Mak Q : Biasaaaaalah tuuuu *sambil senyum-senyum*

Lolsssss??? 

Kebetulan bibir Qery bawah tu darah sikit, sebab dia gi cukur janggut ke apa aku tak tau la sampai terdarah kat situ. Pastu haritu dia gi jumpa kawan2 main bola dia, kawan dia tanya apasal darah, dia boleh jawab 'biasalaahhhhh'

Aku perhatiiiiiiiiiiii je perangaiii dia tu..huhu!

Okey la. Aku sebenarnya nak sambung balut barang ni. Nanti aku update lagi tau. Bye bye

Comments

mila said…
hahahaha..sengal Q jwb gtu..kihkih..biasaaaa dia tu hahaha
strawberi said…
dugaan org baru kawen..mmg byk kena sakat..tp qery pun..amboi..biasa dia
suezen said…
hahaha sweet! peratiiii je perangai dia kannnn. haha
Unknown said…
pengantin baru yang suwitt...jgn malas update ye.. ahkak suke baca :D
Irfa said…
cakap je langgar bucu meja ;)
FiQa said…
hahaha. nakal ye pengantin baru nihhh. heee.

eh, tgk mukadimah, ingat nak cite sal sedara mara lah kan. haha...

macam2 kak sepet neh...

:)