Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 5, 2013

Bermulalah kehidupan seorang isteri

Ecewahhhhh....Dapat tak feeling yang aku cuba nak sampaikan tewwww... Hahahaha! Dari semalam aku bercita-cita nak update, tapi semalam macam kebizian melanda dengan order masuk. Jadi harini, pukul 6.45 hantar Qery depan pintu, tata tata salam tengok dia gi kerja. Terus aku on laptop sambil sengih-sengih. Aku pun tak tau kenapa aku nak kena sengih. Huhu!

Aku pindah masuk rumah ni hari Selasa malam. Selasa tu Qery dah start sekolah. Dia amik cuti sehari je, sebab dia jadi pengawas peperiksaan untuk UPSR. So Selasa tu dah start meeting bla bla bla la. Aku ok je tak kisah pun. Jadi Selasa tu aku tunggu dia habis meeting. Pukul 6 petang baru dia balik. Kelam kabut kemas barang, angkut hadiah2 masuk kereta. Pastu kite berambussssss.. Yeayyyy!! Dah lamaaaaa aku tunggu saat-saat ini. Hahahaha!

Tapi set dalam bilik still tak angkut lagi ke rumah ni. Atas ihsan mak martua ku. Dia bagi Toto yang dia belum guna. Siap pesan kat aku, 'Mak bagi toto baru, keras lagi ni' Hahaha! Aku gelak dalam hati. Masuk je rumah baru, terus rasa best. Sebab feeling rumah sendiri kan. Nak kata rumah ni sepah sangat tak de la. Sebab 2 bulan sebelum kawin kami dah start menyewa, dah start beli perabut, dah start panggil orang cuci and samak rumah ni, dah beli langsir, beli frame, ayat-ayat Quran. Aku masuk-masuk rumah ni dah cantik. Cuma baju takde tempat nak letak. Sebab rak kat  rumah lagi. Next week baru call lori suruh pindah semua. Tu semua family mertua yang arrange, siap nak hadiahkan kan aku peti ais lagi. Sukaaaa.. Huhu!

Malam tu tido la kami berdua atas toto keras tu. Pfttttt. Tapi toto tu bentang kat bawah la. Malas nak tidur kat atas, sebab tingkat atas tak kemas lagi. Bawah ni aman sikit. Jadi tidur je la kat bawah. Semalam lepas Qery pergi sekolah. Aku macam blur tak tau nak buat apa. Dengan secara tiba-tiba aku ambik mop, mop semua lantai. Ini la kalau mak aku tau, mesti dia boleh menangis tengok anak dia rajin secara tiba-tiba. Hahaha! Mop sapu, kemas baju, basuh baju-baju Qery. Next week baru beli mesin basuh. jadi minggu ni memang hari-hari aku cuci baju sendiri. Aku okey je cuci tangan. Aku lagi suka kot sebenarnya, sebab terasa macam zaman unibesiti. 

Ontheway gi keje tu, dia call aku bagitau balik lambat, sebab Rabu ada Koko. Ok fioneee.. Balik la pukul berapa pun, asalkan balik. Hahaha! Cuma rumah ni takde benda nak di makan la. Gas semua takde lagi. Nasib Qery ada beli air mineral dengan 100Plus. So aku minum je la sampai pukul 6petang. Pastu kelam kabut pergi pos barang. 

Semalam kaki aku lenguh gila, aku rasa ada kot doploh kali aku turun naik tangga. Masa nak balut tu, kebanyakkan barang2 bisnes Qery dah letak dalam bilik atas. Tapi sebenarnya, aku buat kerja kat bawah, sebab dah beli rak semua kan. So kejap-kejap plastik takde, naik tangga, pastu kang lotion tak jumpa, naik tangga, pastu free gift pulak. Geram betul. Haha! Qery pun kalau dia tertinggal barang kat atas, dia suruh aku naik ambikkan. 'Yanggggg, tie tertinggal' 'Yanggg, jam tertinggal' Pfttt.. Lepas tu aku amikkan jugak lah. Dah separuh tangga dia cakap apa tau. 'naik la laju-laju, lari sikit'

Amboiii...hahaha! Saja nak menduga hatiku ini.

Dah setel pos. Qery bawak aku gi makan. Pastu kite pegi beli periuk letrik. Tengah pilih-pilih, aku jumpa la satu periuk ni comel sangat. Aku pun bagitau la Qery macam nak periuk tu. Qery pun panggil brader baju pink (pekerja Aeon) sambil mintak carikkan stok baru. 

Brader : Abang nak size mana bang.
Qery : Yang ni la, tak besar tak kecik sangat
Brader : Yang ni ok la kalau makan berdua.
Qery : Agak-agak muat tak kalau masak 2 bungkus Maggy

Hahahahahahahahahahahahaha!!!!!

Aku masa tu, gelak sampai berair mata ko tau... Apasal laaaaa Qery ni jujur sangat. Tak cover langsung. Nampak sangat la aku beli periuk tu semata-mata nak masak Maggy ke apa kan. Hahaha!

S : Kenapa cakap kite nak masak Maggy, hihi!
Q : Mak kamu kata haritu 'Ana maggy dia pandai masak'
S : Hahahaha! So funny!! Tapi takyah kot jujur sangat bagitau orang tu kite nak masak maggy

Pfttttttttt.. Lawak betul la aku rasa.

Pastu tengok wayang, habis pukul 1 pagi. Dalam wayang masa pukul 12 tu, aku bisik kat Qery

'Jom balik, dah lewat, nanti mak kite marah'

Pastu dua-dua gelak dalam hati, bahu je bergerak2. Hihi! Dah kawin...sapaaaaa nak marahhh balik lambat kannnnnnnnn... Bangga gila aku dapat balik lambat. Sampai rumah pukul 1.30. Bersihkan badan. Aku tengok Qery dah terbaring atas sofa. Atas sofa tu lembut sikit kalau nak tidur. Tak sampai hati nak gerakkan dia bangun tidur kat toto. Aku biarkan je. Kesian la sebab minggu ni kan dia dah start kerja. Tidur bawah kan badan sakit sikit. Jadi bagi Qery selesa. Aku takpe, tak kerja duduk rumah, anytime boleh baring atas sofa. 

Harini hari ke 3 kat rumah sendiri. Banyak lagi nak kena kemas, sebab semalam Qery baru bawak pindah baju-baju dia. Okeylah, smapai sini je bebelan aku. Aku nak gi basuh baju. Inai takyah cite, memang dah takde dah. Hahaha! Lantakkan...

 Semalam upload kat IG dengan FB. Ada yang tanya ini wallapaper ke apa. Yup ni wallpaper. Nanti la aku dah kemas rumah, baru cerita pasal rumah ye.

Korang dah boleh start order. Insyaallah barang semua ada. =) Apa-apa roger je nak barang apa eh. Byeee

25 comments:

Mon MonaLea said...

selamat menempuh alam rumahtangga yang sebenarnya.dah duduk sendiri baru tau kan...

Irfa said...

seronoknya baca,sbb teringat kisah zaman memula nak bina hidup 13tahun lalu,bezanya akak tido atas tilam single tu,,xde katil pun.hahaha
tapi wpun tilam single rasa macam luas je..macam tilam king.hahaha

nanti citer psl wall paper ye
citer psl apa2 pun xpe..akak rela baca

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hihihihi..selamat praktis jadi isteri yg solehah sepet..

=)

ikafantasi said...

selamat menjadi isteri org..mula2 masak maggy, lama2 pandai punye..i pun mcm tu gak dulu..hahaha

adarnadzmie said...

slmt menempuh alam perkahwinan yg sgt indah yer dik...hehee

juelee said...

selamat melayari alam perkahwinan.... semoga bahagia hingga hujung nyawa.... hehehe rajin2 masak maggy tau lepas ni, periuk dah ada :D kihkihkih.. cantek wall paper tu!

mrs.ecam said...

heeeee hihih snyum2 aku bce entry ni...mngimbau btol memori silam br bergelar isteri..cewah...slmt menjadi istri solehah sepet....

cik atie said...

hihihi.. gelak sorang2 baca entri sepet ni.. :)

Maszwin Mujahid said...

bestkan tawen..hihihi...

Dayah said...

selamat menempuh alam rumah tangga,samalh dulu memula kawen pandai masak maggi jek hahaha, nanti pelan2 google resepi yang mudah n ringkas.....

✿ pink velvet ✿ said...

alolo! teringat pulak setahun yg lepas time baru2 kawen.. pon balik lambat sbb dating dgn husband, tup2 takut sbb balik lewat nanti KENE TANGKAP.. padehal??? hahaha~~

neways congrats sepet n welcome 2 da club.. semoga menjadi isteri solehah :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum sepet! bestnyaaaa. semoga berkekalan rumahtangga korang. comel je baca. tapi masa mula2 kawin dulu sheila pun bangga dapat balik lewat dengan suami. takdaaaaaaaa sape nak marah daaaaaaaaaaaa ;p

Filla said...

haha.. bangga kan balik lewat? lagi best pegi honeymoon.. gila tu takde sapa marah hahah.. seperti tak percaya..

~ cik AiN pinky ~ said...

mesti rase mcm nk tampal kat dahi dgn bangganya tulis "sebenarnya sy isteri dia" time jln dgn Qery kan...hahaha..
Neway...tahniah sepet...and selamat pengantin baru... :)

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

Hai laaa..sonoknya org baru kawin..
jeles akak tau...

ekekek :D
yelah..akak ni dah nak masuk 9 thn kawin...

anak pun dah 3...
bila baca entry org baru kawin...
ai is tetiba teringat memori lama gitu...

rerajin update eh sepet...
tertunggu2 je entry dari sepet...

Shazwani Ramly said...

suka gila baca entry akak. gelak sorang sorang dengar ceghita org baru kahwin. ahaha

Bella Heuheu ❤ said...

seronok bace kisah puan sepet! nanti update lagi tau.

hihi..

NenetPenne (NP) said...

heheeh cute pulak citer pasal yang balik lambat tu takut mak marah... hahahaha...

akak boleh lagi baca dan layan kisah kahwin kamu ni sepet compared to my fren punya story pasal kawen dia..hazaaabbbbbbb.....

izzie izzam said...

WAH! indah nye hidup lepas nikah kan . so sweet . ish tak sabar plak :P

:: Cik Viva :: said...

so sweet...selamat pengantin baru ye sepet & Qery. Semoga kalian berdua happy selalu & dapat baby yg cumel macam korang...

Madiey Kamal said...

wahhh bestnye dh khwen...dpt dok asing2 ngn parents lak 2...mmg 2 la saat2 yg dinanti2kn oleh smua psngan yg br khwen kn...;)

MOCHA said...

tahniah hana..

masaki suhaimi said...

tang periuk nasi yang paling tak tahan.....

NinaAz said...

Cantik wallpaper tuu. Nk jugakkkk

mrs kayrul said...

kelakar la korang nie....homey-homey jer