Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 23, 2013

2 hari kumpul semangat.

Minggu lepas kan aku cite pasal baju berlambak gila kat rumah ni. Lepas tu aku pun konon2 tanam la cita-cita nak lipat baju Sabtu tu. Sebab semester ni jadual UPM Qery gila sikit. Kelas dia sabtu sampai 9 malam. Ahad sampai 8 malam. Jadinya, boleh la aku kemas rumah. *iyelah sangat*

Tapi Sabtu kelas dia start pukul 3 kot. Kitorang bangun pukul 9 macam tu, itupun paksa-paksa bangun sebab pukul 10 adik Qery nak datang. Qery upah adik dia basuh laman. Dia tak bagi isteri dia ni keluar rumah cuci. Auwwwwwwwww... Padahal aku memang pemalas pun. Haha! Memang bertepatan pulak adik dia nak tolong. Takde la nampak sangat pemalas aku tu. Kihkih!

Pukul 10 lebih Qery still dalam bilik air mandi, tetiba aku dengar Cepul bagi salam. Dah sampai dah adik Qery ni. Kelam kabut la aku turun bukak gate.

Aku : Pul, datang naik apa?
Cepul : Jalan kaki kak.

OMG...!! Jalan kaki??? Tak hagak-hagak kan. Aku rasa boleh tahan jauh jugak la kalau rumah mertua dengan rumah aku ni kalau jalan kaki. Dah la panas. Pastu Qery dah mandi semua, aku dah siap-siap, kita gi sarapan. Sebab pukul 11 orang astro nak datang pasang. Haritu yang Qery call tu, terus orang astro tu lelaju pasang. Bagus-bagus. Dia pasang-pasang dalam pukul 1 macam tu baru selesai. Terus aku tanya Cepul Running Man berapa nombor nya. Hahaha!

Maklumlah, selama ni aku memang tak tengok TV. Aku bukan jenis tengok TV punya orang. Kalau kau pasang siaran tu, itu la aku tengok. Walaupun kat rumah aku tu astro dah ada dalam 6-7 tahun macam tu, tetap aku tengok TV3. Village sangat. 

Amik gambar dulu..

Pastu Qery pergi kelas, dia hantar adik dia balik. Tinggallah aku keseorangan. Terus aku lipat baju. Aku dari dulu kalau lipat baju suka susun ikut warna. Sebab aku punya suka la kan nak susun macam mana. Haha! Disebabkan aku pemalas, jadi jarang gila la orang boleh tengok aku lipat baju. Selalu baju aku sepah-sepahkan je. *duckface*

Ini copy gambar dari blog ceera, zaman dia tak kawin lagi

 So inilah rupa sebelum.

Dan selepas.

Lepas Asar, dalam pukul 5 macam tu, tetiba Emak Mertua ku call...........

*bersambung*

Poyo tak? Haha! Poyo tak poyo, aku nak basuh baju jap. Byeeeee

5 comments:

Hidayah said...

gggrrrr... kenapa bersambung..

rindu la nak baca lagi..

hhnnnssss...
*nak marah tak boleh..
tak marah ada harapan naik bp silent reader anda nih kang..

haha..

Sya Mimie said...

cantik & kemas je awk lipat baju.. :)

attyfir said...

ceh..baru nak puji ., ana lipat kain.
tp bersambung..cepat continue...

selaseh said...

1st time dengar org lipat baju ikut warna... menarik. Lain dpd yg lain.

Husna Mubin said...

Sepet, Qery amek course ape dekat UPM? ke beliau mengajar? saye student UPM