Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 20, 2013

Ragam Baju

Perempuan ni, pasal baju pun nak cerita.. Hihi!

Korang ingat tak rak produk yang aku guna masa kat rumah mak.  Kan aku ada order 2 rak pastu aku penuhkan dengan produk-produk yang aku jual. Tapi sekarang dah tak guna rak tu lagi. Sebab dah beli baru, rak yang bertutup. 

Rak yang tak tutup tu ingatkan tak nak bawak rumah ni, tapi fikir-fikir macam rugi pulak tak bawak.  Boleh la buat rak baju ke apa kan. Lagipun nak simpan baju dalam almari bilik tu memang dah sah sah tak muat. Nak tak nak, bawak jugak la rak tu.

Sekali, masa agihkan baju Qery dengan baju aku, dua-dua macam tak percaya. Aku tak percaya baju Qery banyak, Qery tak percaya baju aku banyak. Haha! Sebab dulu kalau dating asik la pakai baju yang sama. Entah pape je. Tapi aku memang tak boleh bla la dengan Qery. Selalunya lelaki baju mana ada banyak sangat. Tapi Qery baju dia lagi banyaaaaaak dari aku okeyyyy.. Gila betul. Ini yang menyemarakkan lagi semangat aku nak beli baju. Haha!

1 rak baju aku,1 rak baju Qery. Abaikan susunan dia, haha! Esok baru aku lipat cantik-cantik. Baru semangat sikit nak pakai baju dalam bilik ni. Bilik ni terus jadi bilik baju. Dah tu, ini pun Qery tak habis lagi amik baju-baju dia. kalau dia ambik baju kat rumah mak dia, tak tau la aku nak kata apa. Dia kata ada lagi 1 almari tak bawak sini.  Hadui..

Yang bergantung ni semua baju Qery yang dah bergosok. Qery ni over sangat, semua baju yang dah bergosok kena masuk dalam plastik, supaya baju baju dia tak berhabuk. Aku layankan je. Kadang2 best jugak dapat partner yang perangai dia lain. Dapatla aku belajar cara-cara dia. Tapi dia tu terlampau pembersih, menampakkan aku ni pengotor tahap orang gila, walaupun memang aku pengotor, tapi jangan la nampak sangat. Gitu. Hahaha!

Ini yang korang nampak dalam bilik pakaian, yang almari dalam bilik aku tu? Baju kerja diaaaaa sajaaaaaaa.. Tsk. Lepas ni kalau dia nak beli baju, dah tu, no more.

Bilik atas haritu sempat kemas  sikit-sikit je, segala frame pun tak sempat nak paku lagi.


Bilik 1 lagi. Katil dengan lemari iolls dulu. Haha! Tapi tilam takde, sebab aku tak bawak. Nak beli tilam baru. Tak tau bila. Akan dijadikan bilik tetamu..Entah bila la semangat nak mengemas tu datang. Esok dengan Ahad dah la Qery ada kelas kat UPM. Komfem aku kena kemas sorang2. 

Kalau Qery ada tolong sekali best sikit. Sebab Qery buat kerja laju. Aku buat kerja slow, tapi mulut aku yang membebel laju. Haha! Tak senang Qery nak mengemas. Kang dia letak sana aku No No tak suka letak situ. Kang dia letak baju kemeja kat luar aku No No kemeja kerja semua dalam bilik. Kang dia nak sangkut frame aku ter No No tak sesuai gambar tu kat situ. Aku ni walaupun tak banyak idea nak decorate rumah, tapi aku masih tau tengok mana cantik mana tak cantik. Gitu. Haha!

Baru-baru ni pergi Ikea, dia beli rak yang macam paku kat dinding, so atas tu boleh la letak barang. Rak tu macam kayu je, cuma dia dah cat warna merah. Qery letak kat hall, bawah TV. Konon nak modern sangat la. Tapi aku tak suka, sebab aku rasa tak sesuai. Dah la dia beli dua, so macam dua tingkat la rak tu. Masa dia pasang tu aku langsung tak nak bagi komen apa-apa. Sebab aku tak suka kan.

Lusanya, rak tu macam tercabut, sebab paku dia tak kuat kot. Muahahahaha! Padan muka. Aku suka gila rak tu tercabut. Sebab aku tak suka rak tu ada kat hall. Kalau letak dalam bilik takpe la, Ala rak yang macam orang letak buku, pastu anak patung, yang satu baris tu je. Pastu Qery terpaksa ikut cakap aku, beli meja letak bawah tv, biar yang ada cermin tu sekali boleh letak barang dalam dia. Baru la sesuai letak bawah TV. Apa ke benda la letak rak sebaris bawah TV. 

Eh terbebel pulak.. Tetiba nak bebel petang2 ni. Byebyebye

3 comments:

hajar hazizi said...

sepet..beli la bakul2 yg blh muat rak terbuka tu..lagi nampak cantik n kemas..hihi..kat ikea byk sgt..cer g survey..

εïзmummyHazaεïз said...

Tu baru ber2. Kang bertiga.... hahahha

Hidayah said...

Ala.. rindu la entry sepet yg panjang dan ada sweet sweet..haha demand pulak akak nih .. hihi tapi betul rindu.. entry nih menjiwai betul macam sepet penat mengemas tapi update juga demi kami kami nih.. ^_^