Tak Menjaga Hatiku Langsung.

Semalam aku rasa hari yang paling bizi sekali dalam hidup aku, gittew. Bizi tapi takde la penat sangat. 

Pagi-pagi lepas tata Qery gi kerja, oh minggu ni Qery attend kursus. Dari Rabu sampai la Sabtu. So dia balik lambat sikit la. Pukul 4 macam tu baru habis. Tapi first day dia kursus, tengah hari tu dia lari balik sebab nak makan sama-sama dengan aku.  Auwww!! Iolls sebagai isteri berasa sangat bahagiaaa *lahsangat*

Jadi, Semalam..yakni hari Khamis, aku telah bercadang untuk masak. Sebab pagi tu Qery kata dia mungkin tak balik rumah. Aku dah macam...hurm bosan la kalau Qery tak balik. Oleh itu, aku terus terfikir 'nak masak la camniiiiiii', dengan harapan Qery balik makan dengan aku. Hahaha!

Pagi tu bangun update blog dulu, setel update terus aku ke dapur. Padahal jam baru pukul 10, dah nak start masak. Bukan apa, kalau aku masak lambat, aku takut aku masak slow. Sebab rice cooker aku guna 1 je, 1 lagi dah simpan dalam stor, tak kuasa nak keluarkan. jadi apakah kiranya nak masak dengan cepat menggunakan 1 rice cooker. 

Keluarkan semua bahan-bahan.
 
 Bekas tu aku beli kat Ikea. Murah je. 1 set ada berapa belas tupperware, baru berapa belas ringgit kot. Tak ingat, tapi murah la.

Korang tau tak, rice cooker kalau nak panas kita kena tekan yang 'cook' tu supaya dia panas kan, tapi dia cuma boleh tekan kalau periuk dia berat. Kalau tak berat, dia takkan 'cook'. So kerana nak panaskan rice cooker tu, aku terpaksa masukkan minyak, lalu beratkan periuk tu macam ni.

 Haih, susah betul la aku nak masak pakai benda ni. Haha! Tapi kugagahi jua untuk suami terchentaaaaaaa...

Dah siap masak, aku pun upload la gmbar ni kat IG dengan Fb

Kemain semua orang teka aku masak maggy. Hahaha! Kong ajo sungguh. Satu maggy goreng, satu maggy kari, satu Indomee. Terima kasihlah atas pujian itu.

(*_*)

Tak jaga hati aku langsung okey, nampak sangat la i ni ratu Maggy kawasan Cheras. Kekeke. Aku up kan sikit maggy kepada ikan sardin. Menu paling hebat minggu ni. *mata ke atas*

 Menu : Ikan sardin bersama kasih sayang, telur tadar suwit, sayur goreng limpahan cintaku.

Kennn.. Hahaha!

Aku pun hantar la gambar ni kat Qery. Terus Qery kata nak balik makan sama. Lalalalala~~~

Lepas masak, terus la vakum

 Sempat amik gambar

 Mop pun sempat amik gambar

Qery balik dalam pukul 1 macam tu, makan habissss okey.

S : Sedap tak?
Q : Sedap sangat. Sardin ni bila sayang masak, terus rasa ayam kenny rogers

Lolsssss..

Dia kalau tak nganjing aku sehari, memang tak bahagia. Huhu!

Pukul 2 tu, dia  gi sambung Kursus, aku pulak sambung bekerja.

 TQ korang, tanpa korang siapalah aku. *lapairmata*

Pastu siap-siap nak gi pos.

 Tengah berangan depan cermin, sekali Qery lalu. 

Pastu tetiba nak sibuk. Huhu!



Shawl dan Baju yang gorjes ni dari
FB : Syaezah
 Baju yang aku pakai tu baru RM30
Shawl RM16 
Semua barang kebanyakkan murah-murah
Kalau nak order terus direct wasap 013-274 0377 (Syaezah)
Peramah orangnya =)

Comments

Izz Latif said…
sayur tu nampak sedap!
ok lulus
:)
sya isyah said…
waaah. misali sangat lah sepet sekrang ni. hekehekhek..:P
suezen said…
wah dh up sikit...:)..bgs bgs
Unknown said…
lorh..xde dapur gas ke? beli r dapur gas weyh..then beli r priuk2 n kuali..jenuh le nk msk dlm rice cooker je..

Unknown said…
salam...

teringat zaman study dulu tgl d asrama curi2 bwa rice cooker...suma msk dlm tu....hehehe...siap ble buat mee goreng :)
mrs kayrul said…
hebatnya sepet..masak semua lauk tue guna rice cooker....selalu tau untuk masak nasi jer...thumb up...
Felis Domestica said…
naper takmo beli dapur gas?
Cik Itie said…
waduh-waduh sodapnyer sardin ituuuuu, makan pulak dengan nasi panas, pasti kaw kaw!
MasReena said…
"Menu paling hebat minggu ini"

hehe.. u are so funny la sepet.. so sweet baca ur entry, hilang tension =)
Unknown said…
Blila dapur murah2 dulu,gas.ke alasan xnk msk ni.hehe
Unknown said…
Blila dapur murah2 dulu,gas.ke alasan xnk msk ni.hehe
Heheh sepet cara lain nak bagi rice cooker tu sentiasa dlm mode 'cook' boleh sendalkan dgn brg.. mcm sudu pastu tindih sudu tu dengan lesung batu.. atau pakai penyepit baju ke.. atau apa saja yg sesuai la..so boleh la nak menumis2 mcm biasa dgn keadaan periuk tu terbukak..
Miss Eja said…
lawpk lah sepet bt entry kali nie.. but stil comel.. ^_^
abok said…
eh qery tak cirit ke pastu???😁
Lin 1109 said…
a'ah la sepet..beli dapur kan senang.kalu nak jimat space beli dapur kecik yg biasa org wat masak stimbot kat restoran tu.senang sbb portable.selain ikea kat mana lg ada jual tupperware byk2 tp murah camtu ek..tgh mencari ni..kt senawang ni ntah celah mana la ada jual.
Unknown said…
wahh... Blh jadi DUTA rice cooker nie
Masak dlm rice cooker tu kalau time emergency mcm gas habis ke, xpe lagi sepet.. Tp kalau kerap masak lauk pauk dlm tu boleh cepat rosak sygku...