Kelam Kabut gila

Ish Ish Ish. Semalam aku tak tau la nak kata apa. Ahad kan aku sanding belah Qery. Aku lupa yang Isnin *semalam* aku pindah barang dalam rumah. Kan barang2 kat rumah mak *ecehhh, panggil rumah mak okeyyy, sungguh gedik* tak bawak pindah rumah aku lagi. Memang plan Isnin tu nak bawak masuk semua. Dah tempah lori semua la. Pastu aku pulak dah berjanji dengan customer yang order since Jumaat petang tu sampai Sabtu nak pos Isnin. Pastu, dah kelam kabut. Dengan order kemana, kemas rumah kemana, balut kemana, pastu trial boleh pulak habis. Nak buat trial tu boleh tahan lama jugak. Pfttttt...

Pagi tu mata tak boleh bukak. Tapi gerak jugak Qery. Dua-dua penat. Sebab lepas sanding ada buat outdoor. So balik rumah pun dah lewat, pukul 10.30 malam baru balik, kemas bla bla bla. Itu yang pagi tu susah gila nak bangun. Nasib lori datang pukul 10pagi. So dapat la baring lama sikit. Pukul 10 tu dah tercongok depan rumah mak. Tengok muka mak n abah pun kesian jugak. Yela, 25 tahun kot aku duduk dengan dorang. Lagi-lagi aku bongsu kan. Itula pasalnya mak abah susah sikit nak terima kot. Aku pindah pun mata dorang dah merah-merah berkaca-kaca. Olololololoooo... Tedih tangat lettew. 

Aku ni memang macam lembut-lembut, tapi hati batu sikit. Aku tengok orang nangis, belum tentu aku akan nangis. Jadi aku tengok mak abah mata merah-merah, tengok gitu je la. Memang la sedih. hati sedih la ofkos, tapi muka i tetap maintain kiut. *mata ke atas*

Lepas ambik barang-barang kat rumah mak, pergi pulak rumah mak mertua, sebab mak Qery nak hadiahkan peti ais. Auwwww!! Suka sangat sangat sangat. Haha! Aku memang cadang nak gi beli peti ais dah. Sekali mak mertua hadiahkan. Terus feeling menantu kesayangan. Padahal memang aku je la pun menantu dia pun. Hahaha!

Tudiaaaaaa peti ais. Sampai rumah, nasib lori boleh masuk. takut sebab kawasan rumah aku ni sempit sikit jalan raya dia, tapi pagi-pagi tak sempit la sebab takde kereta park tepi. Kalau malam, bersepahhhh kereta.

Abang-abang lori ni dia baik hati sangat. Pindah bawak masuk siap susun, siap balut barang2 kite pakai plastik apa entah aku pun tak tau, tapi kerja memang cermat, dan murah. Sewa lori tu RM90 je kot. Pftttt. Setel pindah bawak masuk rumah dalam pukul 1 camtu, aku ajak Qery makan. Bukan tak nak masak tau, tapi gas takde... *mujurlah takde..haha*

Dah makan, sampai pulak orang nak pasang TV. Masa tengah pasang TV, aku dah baring atas katil. Kepala pusing. Pukul 3 macam tu, aku bangun, tengok order semua. Reply wasap bla bla bla bla, Pukul 4 buat trial tabita bersama Qery. Qery tolong sebab dia kesian tengok aku dah tak macam orang. Tapi biasalah kalau orang lelaki tolong. Sikit sikit panggil aku. "Eh tengok ni" "Kenapa botol ni kecik" "Nak tisu" Padahal tisu depan mata. Aku jugakkkk kena ambikkan. Anjeeeee hangat.

Setel je repackaging trial tabita, datang la Wak. Wak ni tukang drill lubang nak pasang frame la, banyak la kitorang nak dia pasangkan. Kat hall, dalam toilet, cermin, rak. Dalam pukul 7 camtu baru habis. Terus Qery berdesup gi pos barang. Aku duduk rumah, setelkan air batu. Peti ais dah ada kenn.. Hahaha! Pastu buat nescafe satu jag, letak dalam peti ais. 

Qery tu, sehari minum air aku rasa doploh gelas kot. Sikit-sikit air. Tapi aku suka je. Banyaaaakkk pahala tuangkan air. *itujelapunpahalanyakot* hahahaha! So dalam peti ais memang aku dah sediakan banyak air. Untuk dia saja.. Balik dari postage pukul 9.30 malam. Aku memang dah get ready pakai baju tudung semua sebab Qery dah pesan nak gi Aeon nak beli towel. Aeon Balakong ni 5 minit je sampai. Syorgaaa sungguh. Hahaha! Towel Qery tak serap. Pastu towel bawak satu je, yang lain tertinggal rumah mak. Takpela, bagi la adik2 pakai. Kite beli baru je. 

Habis beli barang2 semua, pegi makan sambil tengok gambar-gambar pelamin. Aku memang puas hati sangat la pelamin kat dewan Qery tu. Nanti la aku update yeah. Pastu balik rumah, kumpul kekuatan nak bukak jugak hadiah. Sebab nak kemas rumah kan.


Hadiah aku dah simpan dalam stor. Ini semua hadiah Qery. Dan yang paling lawak. Ada orang hadiahkan rice cooker. Jenama sama. tapi size lain... Aaaaaa... Agakanya dia tak kot, yang kecik aku nak masak maggy, yang besar aku nak masak.......maggy jugak. Hahaha!

 Tadaaaaaaa..

TQ Puan Hamidan n Encik Abu Bakar. Sangat memahami diriku ini. Aku akan pastikan maggy tu yang tersedap pernah aku masak. Gittewwww kannn..

Comments

mannira said…
sepet duk kat mana..BTHO? balakong? cheras perdana? wah..seronok ni...dapat jiran...hehehe..
Syamimi Saad said…
beruntungnya dapat rice cooker sampai 2. senang dah hidup.. nanti family datang tak la susah nak masak nasik bnyk kali..hehe
Sheila Salim said…
Assalamualaikum sepet. heee bestnya kemas2 rumah. time ni lah keluarkan semua idea nak deko rumah laki bini. hehehe.
Ako Retna said…
murahnya sewa lori tu...
Rosewina said…
Wahahaha !! semangat rose bace entry baru akak...byk2 kan berehat yee kak sepet...^_____^
Byezuera said…
kmu sgt comeii la sepet...huhu..selamat pengantin baruu...
Irfa said…
beruntungla org tu, mak mentua sayang dia ;).nanti boleh la buat house warming dgn menu maggi sup, maggi goreng dan yg sewaktu dgnnya
Unknown said…
biasaler tu kalu dh pindah umah..
sminggu belum tentu siap..
mrs kayrul said…
banyaknya hadiah kahwin...macam nie seumur hidup x yah beli barang2 rumah....hehehe
Anonymous said…
Hihi..pelan2 kayuh dik..
izzie izzam said…
wah! manyak syokk nye kawen, nak kawen jugak . hihi pape pon tahniah lagi skali ye kak sepet .erm 5 minit nak pi Aeon Balakong . sis dok balakong ke . wah! dekat dah nie . hehe :)
Lelaki said…
untung la kan...ada mak mertua baik hati.
mummy said…
tahniah ye sepet.. :)