Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 24, 2013

Sambung cerita semalam

Eh, semalam lupa nak sambung sebab kebizian melanda. Tetiba harini macam malas pulak nak cite. Mihmihmih! Semalam ada kejadian menakutkan, tapi nanti la aku storimori.

Masa aku tengah lipat baju, tetiba mak mertua call

"Assalamualaikum, Hana. Mak ada masak goreng pisang. Kejap lagi Cepul hantar, dalam 10 minit dia sampai"

Terus aku macam....  Alololooooo, susah-susah je mak mertua aku ni. Mesti dia kesian sebab dia tau aku sorang2 kat rumah. Pastu dah la menantu dia ni tak tau masak, kihkihkih! Tak pasal-pasal Cepul kena jalan kaki datang rumah aku.

Dalam 10 minit macam tu Cepul datang, kitorang pun lepak la tengok TV borak borak, aku suruh la dia bukak chanel yang best sikit..

Aku : Pul, bukak la cerita yang best, petang2 ni takde cerita best ke?
Cepul : Akak la bukak
Aku : Akak mana tau nombor berapa.
Cepul : Akak ni tak tengok tv ke?
Aku : Akak tengok la kalau orang lain tengok.
Cepul : Last akak tengok Tv bila?

Kong ajo betul. Hahahaha! Nampak sangat lah kan aku ni peghak. Apa pun tak tau. Borak-borak , dalam pukul 6.30 macam tu tetiba mak Qery pulak datang. Pun jalan kaki. OMG. Family Qery ni semua aktif tau. Mak ayah adik beradik Qery memang suka jogging. Suka la bersukan. Sekali dapat menantu yang apaaaa pun tak boleh.. Hahaha!

Cepul : Kak, nanti ada masa jogging la datang rumah kitorang.
Aku : *gulp* Cepul, akak last jogging tahun 2008 tau.
Cepul : Ok paham. Erm, akak ni mesti ulat buku kan.

Pftttttt... Ulat buku kemendeeeeeeeee nyeeee... Nak nganjing aku lettew, hahaha! Mak Qery datang sekejap je, dia rehatkan badan, lepas tu dia dengan Cepul balik.

Terus aku rasa macam... baiknyeeeeee la family mertua aku ni. Mak mertua aku tu, kalau aku cakap nak makan itu ini kan, terus dia masak dalam masa terdekat. Uwaaaaaaaa!! Dah la aku tak tolong masak langsung. Selalu dia kol terus suruh datang makan je. Sob sob sob. TQ mak mertua. Lebiu lah.

Ahad tu Qery kelas dari jam 8 pagi sampai 8 malam. So keseorangan lah lagi. Apa lagi menyambung lipat baju. Jersi Qery kemain banyak. 

 Ini jersi je. Belum tambah baju kerja dengan baju jalan. Sebab baju kerja n jalan dia gantung. Dia tak lipat. *mata ke atas*

Eh malasnya aku nak menaip sebenarnya. haha!

Aku nak cerita pasal semalam, tapi kena tunggu Qery balik dulu. Petang sampai malam ni banyak gila urusan.

Okla, sapa-sapa nak order, harini aku pos awal tau, pukul 3 dah gerak. Jadinya..sapa-sapa yang bank in sebelum pukul 2, akan di pos harini jugak, selebihnya pos esok tau. Bye bye

3 comments:

Sya Mimie said...

beruntungnya dapat family mertua yang best & sporting macam tu.. beruntung sngt2.. :)

Hidayah said...

gulp.
tantik outfit.
:)

*outfit ye...outfit..
haha...
(motip:saja nak mengusik je)

Lin 1109 said...

yuhuu..bilanya nak stori kejadian menakutkan tu,sepet?huhu