Bukan aku tak nak masak...tapi...

Manusiaaaaaaa...sentiasa ada alasan ken... Hahaha!

Korang kan tau aku ada rice cooker je. Oleh yang demikian, aku memang masak sup je la. Kalau tak sup, aku masak bubur. Kalau tak bubur, ofkos la maggy. Benda yang senang, sebab yang nak makannya aku sorang. Qery memang bulan ni dia bizi kat sekolah sebab GB dia nak gi Haji, so banyak meeting damn urusan dorang nak setel sebelum GB dia berangkat. Gittew.

Kalau takde meeting pun, ada je Koko bla bla bla yang membuatkan dia mesti balik petang. Jadinya, aku ni tak de la nak tunggu Qery balik baru aku nak makan. Aku pun masak simple je la. Macam semalam aku masam tomyam ayam. Kan masukkan je kiub tomyam tu, pastu masuk la segala bahan dalam tu, letak la apa yang ada. 

Kebetulan semalam ada urusan sikit dengan family mertua. Sekali Mak Qery tanya..

Mak Q : Dah makan?
Aku : Dah.
Mak Q : Masak apa?

Gulp!! Hahaha! Kang aku cakap masak Tomyam, dia rasa aku hebat sangat pulak. Nak cakap masak guna kiub, malu pulak. Hahaha! Dulu kan ada iklan yang mak mertua tak suka menantu dia masak guna kiub kan. Aku dah ter psycho sendiri. Ishhh.. Terus aku cakap aku masak bubur. 

Aku : Masak bubur mak, lagipun ada rice cooker je
Mak Q : Haha! Ok la tu, senang masak bubur je.

*lap peluh*

Mak Q : Nak masuk makan tak?
Qery : Dia nak makan mak. Makan bubur je mana kenyang

Pftttttt... Kongajooooo sangat Qery ni. Dia tau aku masak tomyam. Dia tau aku makan semangkuk kot. Huwaaa...Saja nak mengenakan aku. Tapi aku hanya mampu tersenyum. Hahaha!

Aku : Boleh la mak, makan sikit. Mak masak apa?
Mak Q : Mak masak ikan sambal.

Kecur ailioq. Hahaha! Mak mertua aku ni kalau masak asam pedas dengan masak sambal dengan masak sup ayam memang sedap gila. Tapi selalu time aku makan mesti mak mertua aku cakap ni tak cukup bahan lagi ni, atau sambal dia tak pedas sangat. Macam sebenarnya dia tak puas hati lagi la masakan dia tu. Tapi aku rasa sedap je. Haha! Kalau saudara mara Qery datang rumah mak mertua aku, memang dorang tunggu asam pedas je. Sedap sangat. Takyah gi Melaka la nak rasa asam pedas.. Haha!

Okla, aku sebenarnya tengah nak kumpul semangat nak cuci toilet. Aku tak sukaaaaa cuci toilet. Dulu kat rumah mak dengan abang aku yang buat. Nak nanesssss je waseee.. Haha!

Pagi tadi masa Qery otw gi kerja, dia dah pesan apa yang perlu dibuat.

1. Kemas dapur
2. Lap semua meja
3. Cuci toilet atas dengan bawah
4. Basuh baju
5. Lap atas peti ais.

Atas peti ais punnnnnnnnn dia nampak habuk. Tadi aku cek, habuk takde kot. Ada sehelai benang je. Grrrrrr...

 Nampak tak kat bawah hidung aku tu berplaster. Kan Ahad lepas mengemas dengan Qery, sekali hamik kau, terkena bucu almari, berdawahhhh.. Pastu Qery cam stress. Hahaha!

Q : Kenapa laaaaa kite ni asik cedera dekat-dekat area mulut.
S : Haha! Yela kan.
Q : Nanti orang lain fikir apa pulak. 

Haritu masa masak bubur, lidah aku melecur, tapi aku pegi cakap kat mak aku lidah aku luka. Mak aku dah sengih-sengih. Pastu yang bibir Qery luka sebab dia terlebih cukur janggut kot. Itu lagi la kan..betul2 kat bibir. OMG, mesti nanti kawan2 Qery jumpa aku pastu sengih2. Ish memalukan sungguh. Haha! Pastu yang ni atas bibir pulak. Kenapaaaaa la semua nak kat bibir ni... Sangat sesuatuuu tauuu..

Eh dah la. tatit peyot pulak. Bye

Comments

Unknown said…
Ihik2..eleh nak cover lettewwwww.. :P
kedinkyst said…
masam megi pun boleh laaa sepett. ahahahaha!
kedinkyst said…
salah, masam bubur! hahaha
Sheila Salim said…
Assalamualaikum sepet. hehehe. dugaan kan asyik luka sana sini. dulu masa sheila baru kawin camtu gak. hahaha. tebal muka nak hadap keluarga.. heeeeee. slow2, nanti dah full barang2 kat rumah dah boleh start masak sedap2 :)
atoyissan said…
it's okay sepet..mmg mcm tu kot sbb kak su pon dedulu suka masak magee utk diri sendiri lepas kawin smp husband akak warning..."no more mageee" alasannya: setakat masak utk diri sendiri malas nak masak yg proper bukan org lain nak mkn pong
NHML said…
baca sambil senyum2...sesuatu sangat asyik luka dekat mulut kekeke
mila said…
hahahaha..luka pon pndi je pilih tmpt..wakaka
Unknown said…
orang pandang korang mesti tersenyum simpul.. dalam ati kata.. ganas aih angpa ni..hahaha..
Rosewina said…
hahahaha,,sesuatu sangat =P
Kahkahkah :D korang berdua ni ada2 jelah.. Kelakar sgt perangai tu hihihi! :-)
NenetPenne (NP) said…
sepet ni kelakar laaa...hahahaha...

mentang2 baru kahwin, semua xcident area bibir je yer... pastu orang lain sengih2 jer... memang sesuatu!!!!
Unknown said…
nk mengelak ler tew... hahaha
lily lotus said…
hahaha sungguh sesuatu tau!
hahaha.. sangat sweet owkay...
eleh nk cover la 2.. sesuatu sangat ..puihh ! hahaha
hahaha.. sangat sweet owkay...
eleh nk cover la 2.. sesuatu sangat ..puihh ! hahaha
Unknown said…
so sweet sepet :))

tergelak2 baca entry2 sepet ni haha ^_^