Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 13, 2013

Bersiaran dari rumah emak abah

Gittew. Ni semalam la ni, lepas aku midnight dengan Qery, dapat wasap dari kak ida, bagitau abah call Ode sebab sakit sangat. Pastu pagi ni Qery gi kerja, aku tumpang nak balik rumah mak kejap. Tengok tengok abah, mana tau abah sakit sebab rindu anak bongsu dia ni. Pftttttt...

Sampai-sampai pagi tadi pukul 7 lebih, tengok abah dengan mak tengah tidur. Okey la tu kot. Pastu mak dah bangun, dia bagitau la semalam doktor bagi injection. Tadi aku tengok abah start kereta keluar lepak dengan kawan-kawan. Amboiiii sangat kan abah aku tuuuu.. Kalau sakit duduk rumah, kalau sihat melepak. Memanggg terbaik. Haha! Tp biarlah, asalkan happy sudah. Huhu!

Mak aku hari-hari puasa, sebab dia kata rumah takde orang. Abah pulak jenis makan luar. So lebih baik la dia puasa. Aku pulak menunggu Qery balik, kejap lagi balik rumah sendiri. Nak balut barang2..

Kan aku update gambar kat IG semua orang cakap aku macam Jemah kan. Jemah tu takde la gemok, haha! Tapi lebih berisi la dari aku pun. Ni semua salah hormon la ni. *tetiba*, aku tak makan sangat pun, tapi kenapakah aku kelihatan berisi? Ishh.. stress betul.

Jadi semalam terus la aku diet. Memang betul-betul lah diet. Semalam tak makan apa kot melainkan buah ni.

 tsk

Seumur hidup tak pernah diet kot. Paling aku stress, Qery pun diet. Apakah???

Dia tak makan nasi langsung. Lepas tu asik mintak oat je. Aku dah la tak suka oat. Ini memang merunsingkan kehidupanku. Aku kan, biarlahhh Qery gemok, jangan aku yang gemok. haaaaaa... Kalau Qery kurus aku gemok, memang down gila mak incik.

Jadi, nak tak nak, terpaksalah aku diet jugak. *nak nasikkkk...nangis dalam hati* 

 Dari melayan perasaan perut, baiklah kite keluar tengok wayang midnight. Nanti dah penat balik rumah boleh terus tidur. Dengan harapan tak ingat nasi la.


Cermin atas tu dari Ikea. Aku dengan Qery tampal-tampal ikut suka, tu yang senget benget. Mula-mula Qery tampal, 2 3 petak okey, masuk ke 4 dah senget, aku tak puas hati, aku pulak tampal. 2 3 okey, lepas tu senget jugak. Haha! Pastu kitorang hentam je tampal, senget pun senget la. Konon2 senget berseni. Puiiii...

Harini kat rumah mak, datang2 tengok ada orang bagi shawl. Dari Ihijaab. Nanti akan ku review ye.

Sapa ada IG boleh la follow Ihijaab =)

Copy gambar dari IG
TQ Onald sebab selalu bagi gambar cantik-cantik.

 bye bye bye

7 comments:

Motif ! Cer kOmen ... said...

sweet sangat...
terasa mcm nak khwin cepat ja.. tp apakan daya jodoh xdak .. hukhuk

Motif ! Cer kOmen ... said...

sweet sangat...
terasa mcm nak khwin cepat ja.. tp apakan daya jodoh xdak .. hukhuk
happy ja tgk hampa... yuhuuuu ..
cepat2 nak tgk baby.. hehe

Si Rose said...

Kak sepet sgt cantekkkk !! ^____^

Shazwani Ramly said...

alolo sweet je pengantin ni. suka la suka la.

Sya Mimie said...

alahai pn.sepet ni.. dia dah kurus kata gmuk ye.. x gmuk pun yunk.. krus sngt pun nti tak tantekk...

MasReena said...

Cantiknyaa rumah Sepet.. berseri tengok pengantin baru, suka! suka!=D

Pengalaman Saya Memandu Air Craft di Udara =)

NinaAz said...

comel ah cermin tuuuu. nak g cari ahhh